Sunday, December 2, 2012

Misteri angin dalam badan

Biasanya kalau kita tanya doktor tentang angin dalam badan doktor akan menyangkal tentang dakwan itu. Pada tahun 2000 saya pernah mengalami sakit pinggang, badan tak boleh tegak, berjalan terbongkok-bongkok. Saya ke klinik. Doktor kata angin, dia bagi ubat cecair warna putih yang biasa dibagi untuk gastrik. Eh pelik doktor ni, saya tak sakit perut pun... Tapi tak apalah, saya makan ubat tu dan sakit berkurangan tapi belum hilang. Saya ke klinik yang sama dan doktor bagi ubat sama. Sakit hilang.
Dua minggu lepas tu saya buat pemeriksaan kesihatan tahunan. Doktor kata X-ray dada ok, tapi ada image bulat hitam sebesar bola golf di bahagian pinggang di kiri tulang belakang, kenapa doktor tak komen. Hairan, saya tanya doktor apa benda bulat hitam tu? Nak tau apa jawapannya? ANGIN. Memang betul itulah tempat yang saya sakit 2 minggu sebelumnya. Rupa-rupanya seorang kenalan pun pernah tenguk X-ray berimage bulat hitam semasa anaknya sakit kerana banyak angin dalam badan.

Melalui pemerhatian kalau angin banyak di bahagian atas badan, kita akan rasa penat, asyik nak baring aje tapi kalau tidur pun tak lena. Kalau angin banyak di pinggang ke bawah, kita rasa tak larat nak berjalan & duduk bangun. Bila dah diurut atau picit baru badan rasa bertenaga.

Saya dapati antara punca utama angin dalam badan ialah:-
1. Susah buang air besar --> usus penuh dengan angin --> bahagian lain badan pun rasa tak selesa. Kadang2 angin pun naik ke kepala. Adakah anda mengambil makanan yang berserat & minum secukupnya?
2. Banyak minum minuman berais. Saya perhatikan jika semasa mengandung banyak minum minuman berais, selepas bersalin angin banyak dalam badan.
3. Pengambilan makanan yang boleh mendatangkan angin, bergantung pada badan seseorang, ada yang sensitif dengan kobis, nangka, pulut, dan sebagainya. Perhatikan mana makanan yang anda tak boleh makan.
4. Kurang minum air (jumlah disarankan ialah 2 liter sehari). Sekiranya kurang air sistem peredaran darah & limfa akan terjejas. Sistem saraf juga tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
5. Kurang aktiviti fisikal. Dengan melakukan pergerakan badan kita menolong tubuh meningkatkan sistem peredaran, toksin dapat dinyahkan dan badan jadi lebih sihat.
Sekiranya anda ada masalah angin dalam badan ubahlah cara hidup anda, kenalpasti punca masalah. Anda boleh juga berurut, berbekam, atau bertungku.

Menjaga kesihatan adalah satu kewajipan kerana badan anda hanyalah satu pinjaman. Insya-Allah anda akan hidup lebih sihat & bahagia.