Makcik ni baru nak belajar meneroka alam blog. Kalau ada apa-apa kelemahan tu mintak maaflah ye... maklumlah belajar sendiri. Niat makcik untuk berkongsi pengalaman hidup yang hampir mencecah enam dekad ni. Dah cuba facebook tapi tak rajin lah pulak.
Apa yang makcik akan kongsikan adalah pendekatan yang makcik gunakan bagi menjamin kesihatan yang baik, cara merawat diri sendiri, rahsia kekal sihat & ceria, juga apa yang dapat makcik rumuskan dari pemerhatian dan perbandingan semasa mengurut ramai wanita. Semoga blog ni memberi manafaat kepada semua, terutamanya kaum wanita.
TERAPI URUTAN MATAHATI?
Minat tentang kesihatan dan urutan menyebabkan makcik beli bermacam-macam buku untuk dijadikan rujukan. Untuk urutan makcik telah meneroka bidang ni sejak lebih 20 tahun lalu, kursus mengurut pun ada pergi jugak, tapi yang banyaknya melalui pembacaan dan pengalaman mengurut. Apa yang makcik seronok lakukan ialah, jika terdapat apa-apa masalah baru makcik akan meneroka internet untuk memahami punca-punca masalah tersebut dan cara mangatasinya. Ini akan diaplikasikan bila jumpa kes yang sama & dapatkan maklumbalas. Dari situ kita akan dapat teknik-teknik baru. Sebab itulah rata-rata klien makcik sukakan cara rawatan makcik. Cara urutan makcik inilah yang dinamakan TERAPI URUTAN MATAHATI.
Ia merupakan seni urutan yang berteraskan:
- pengetahuan tentang anatomi. Mustahak untuk kita fahami bahagian-bahagian yang diurut supaya tidak mendatangkan mudharat.
- penggunaan deria tangan, mata, & telinga. Dapat menolong kita menentukan teknik dan tekanan yang sesuai dengan orang yang diurut.
- teknik urutan yang bersesuaian dengan orang yang diurut pada masa tersebut. Keperluan klien adalah berlainan, dan keadaan klien yang sama juga mungkin berlainan dimasa yang lain.
- pemusatan gerakhati. Pengalaman membuktikan konsentrasi kepada urutan yang diberikan mempunyai kesan yang lebih baik.
- jujur, ikhlas, & kreatif. Sekiranya ini diutamakan insya Allah segala urusan dipermudahkan oleh Nya.