Friday, July 29, 2011

Meningkatkan Daya Ingatan

   Mempunyai daya ingatan yang baik adalah satu kelebihan. Walaupun bukan semua orang mempunyai kelebihan ini kita boleh berusaha untuk meningkatkannya. Ada yang mengatakan daya ingatan boleh ditingkatkan dengan cara meminum madu atau melakukan bekam.
   Saya antara orang yang mempunyai daya ingatan yang lemah. Semasa bersekolah dahulu saya gemar kepada mata pelajaran yang memerlukan pemahaman dan pemikiran umpamanya matematik dan sains. Mata pelajaran yang memerlukan ingatan seperti lukisan (memerlukan bayangan tentang apa yang pernah dilihat) sangat lemah. Bahkan nama dan rupa orang yang pernah dikenali juga merupakan kelemahan saya.
   Semasa kanak-kanak dulu arwah emak saya selalu suruh saya hafalkan doa-doa yang diamalkannya. Katanya bila dah tua susah untuk menghafal. Tapi saya buat tak tahu aje. Bila dah tua barulah tahu kebenaran kata-katanya tu.

   Dalam sistem pendidikan sekolah cina paling banyak menggunakan sistem hafalan, mana tidaknya, murid-murid terpaksa mengingati beribu-ribu bentuk tulisan dan cara menulisnya. Sekolah arab & agama juga banyak menggunakan sistem hafalan. Paling saya kagum ialah para hafiz & hafizah.

   Antara tip yang boleh saya kongsi melalui pengalaman, pendengaran atau pembacaan: 
1. Fahami apa yang kita baca/hafal, kaitkan makna dengannya. Contohnya, saya pernah membaca 10 jilid Tafsir Al-Azhar tulisan Prof. Dr Hamka kerana ingin mengetahui isi kandungan Al-Quran. Walaupun saya tidak memahami bahasa arab atau mengingati kebanyakan apa yang telah dibaca, tetapi bila membaca Quran kekadang saya boleh mengagak apa yang dibaca.
   Semasa menjadi pelajar dulu pun saya banyak menulis nota untuk memberi penerangan kepada diri sendiri. Suatu yang tak akan saya lupa, dulu pensyarah Business Law selalu masuk kelas dan membaca setiap patah notanya, pelajar tak boleh bertanya, itu saja yang dia buat bila masuk kelas. Saya kuat tidur, kelas pula sebelah petang, ponteng memanjanglah. Bila kawan balik saya pinjam nota, baca buku, dan cuba fahamkan. Keputusannya "A".
2. Kajian membuktikan pelajaran boleh diingati dengan lebih baik sekiranya kita ulangkaji serta-merta selepas kuliah, kemudian mengulangi semula selepas satu jam, satu hari, satu minggu dan seterusnya. Ini kerana graf ingatan adalah lebih tinggi semasa ianya masih baru.
3. Tidur sebaik sahaja selesai mengulangkaji. Ini kerana semasa tidur otak akan menyimpan ingatan untuk jangka panjang. 
4. Rangsang otak dengan menghafal, semakin banyak anda menghafal, lebih mudah untuk menghafal.
5. Makan kismis. Kajian membuktikan kismis membuatkan sel-sel otak berhubungan.
6. Ibu saudara saya pernah kata yang dia beri anak-anaknya makan 7 biji badam setiap hari. Memang terbukti anak-anaknya antara sepupu saya yang paling cemerlang.
7. Baru-baru ni saya amalkan makan kismis bercampur badam setiap hari. Saya dapat bezakan kesannya dalam masa sebulan.

   Oleh kerana saya jarang buka email, sesiapa ingin berkongsi pendapat atau bertanya sila sms/ telefon Makcik Rokiah 012-3159028. Terbuka kepada wanita saja ye….