Biasanya kalau kita tanya doktor tentang angin dalam badan doktor akan menyangkal tentang dakwan itu. Pada tahun 2000 saya pernah mengalami sakit pinggang, badan tak boleh tegak, berjalan terbongkok-bongkok. Saya ke klinik. Doktor kata angin, dia bagi ubat cecair warna putih yang biasa dibagi untuk gastrik. Eh pelik doktor ni, saya tak sakit perut pun... Tapi tak apalah, saya makan ubat tu dan sakit berkurangan tapi belum hilang. Saya ke klinik yang sama dan doktor bagi ubat sama. Sakit hilang. |
Dua minggu lepas tu saya buat pemeriksaan kesihatan tahunan.
Doktor kata X-ray dada ok, tapi ada image bulat hitam sebesar bola golf di
bahagian pinggang di kiri tulang belakang, kenapa doktor tak komen. Hairan,
saya tanya doktor apa benda bulat hitam tu? Nak tau apa jawapannya? ANGIN.
Memang betul itulah tempat yang saya sakit 2 minggu sebelumnya. Rupa-rupanya
seorang kenalan pun pernah tenguk X-ray berimage bulat hitam semasa anaknya
sakit kerana banyak angin dalam badan. |
Melalui pemerhatian kalau angin banyak di bahagian atas badan,
kita akan rasa penat, asyik nak baring aje tapi kalau tidur pun tak lena.
Kalau angin banyak di pinggang ke bawah, kita rasa tak larat nak berjalan
& duduk bangun. Bila dah diurut atau picit baru badan rasa bertenaga. |
Saya dapati antara punca utama angin dalam badan ialah:- |
1. Susah buang air besar --> usus penuh dengan angin --> bahagian lain badan pun rasa tak selesa. Kadang2 angin pun naik ke kepala. Adakah anda mengambil makanan yang berserat & minum secukupnya? |
2. Banyak minum minuman berais. Saya perhatikan jika semasa mengandung banyak minum minuman berais, selepas bersalin angin banyak dalam badan. |
3. Pengambilan makanan yang boleh mendatangkan angin, bergantung pada badan seseorang, ada yang sensitif dengan kobis, nangka, pulut, dan sebagainya. Perhatikan mana makanan yang anda tak boleh makan. |
4. Kurang minum air (jumlah disarankan ialah 2 liter sehari). Sekiranya kurang air sistem peredaran darah & limfa akan terjejas. Sistem saraf juga tidak dapat berkomunikasi dengan baik. |
5. Kurang aktiviti fisikal. Dengan melakukan pergerakan badan kita menolong tubuh meningkatkan sistem peredaran, toksin dapat dinyahkan dan badan jadi lebih sihat. |
Sekiranya anda ada masalah angin dalam badan ubahlah cara hidup
anda, kenalpasti punca masalah. Anda boleh juga berurut, berbekam, atau
bertungku. |
Menjaga kesihatan adalah satu kewajipan kerana badan anda hanyalah satu pinjaman. Insya-Allah anda akan hidup lebih sihat & bahagia. |
Sunday, December 2, 2012
Misteri angin dalam badan
Thursday, October 18, 2012
Masalah sakit pinggang, punggung, dan pinggul - 2.
Ramai pembaca blog ni menghubungi saya kerana mempunyai masalah 3P ni. Sayangnya mereka menghantar email dan saya jarang bukanya. Jadi nasihat saya telefon/sms 012-3159028. Tolong jangan email sebab badan kita adalah satu ciptaan Allah yang sangat kompleks. Saya terpaksa tanya beberapa soalan untuk dapatkan sedikit gambaran. Oleh kerana saya tinggal di Klang, sekiranya anda tinggal jauh saya akan sarankan apa yang difikirkan sesuai. Gambaran yang lebih jelas bila saya tengok cara anda bergerak dan bertanya soalan lagi termasuk semasa anda diurut. Feedback anda akan lebih membantu. |
Sebagai contoh:- |
# Kes 1 - Puan A telefon saya, katanya selepas bersalin normal dia sakit untuk berjalan, Dr dah buat X-ray tapi tak ada masalah tulang. Pernah disuntik untuk menahan sakit. Semasa dia datang ke rumah saya dia sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Bila diurut rupa-rupanya otot punggung kejang dan banyak angin. Saya ajarkan dia cara bertungku, alhamdulillah keadaanya bertambah baik. Persoalannya kalau Dr bertauliah di depan mata pun susah untuk mengesan punca masalah, macamana saya nak bagi tip hanya dengan informasi di email? |
# Kes 2 - Puan B telefon saya, katanya dia baru 3 bulan bersalin anak pertama. Masalahnya, sakit bila duduk dan dia terpaksa berpaut untuk bangkit. Pada mulanya saya sangka otot di lantai punggung yang memberi masalah, tapi bila diurut rupa-rupanya ada banyak angin di celah-celah tulang sakrum. Yang ini pun saya ajar dia bertungku dan alhamdulillah keadaannya bertambah baik. |
# Kes 3 - Puan C mengandung 8 minggu anak pertama. Beliau sakit untuk bergerak dan berjalan. Dr gyne sarankan dia datang berurut dengan saya. Saya perhatikan untuk keluar dari kereta suaminya terpaksa mengangkatnya, kemudian dia berjalan perlahan, dan untuk duduk di kerusi suaminya terpaksa bantu. Bila saya suruh baring, suaminya terpaksa angkat & baringkannya. Rupa-rupanya otot gluteus yang tegang. Bila lembut otot dia boleh buat pergerakan sujud, katanya dah seminggu tak boleh sujud. Saya sarankan dia buat regangan yang di ajar. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. |
# Kes 4 - Puan D mengalami kemalangan dan beliau menendang cermin kereta untuk keluar. Akibatnya dah 12 tahun tak boleh bersila. Dia minta saya urutkan. Seperti biasa, permulaan urutan saya akan tekan-tekan seluruh badan semasa klien meniarap, untuk mengesan kawasan bermasalah. Bila sampai di punggung, ya Allah kerasnya... apa yang patut saya buat ni... Tak tahu apa yang patut dibuat saya hanya letakkan tangan di punggungnya, mengharapkan pertolongan Allah. Tiba-tiba saya mendapat ilham untuk menggongcang punggungnya. Masya-Allah, rasanya tak sampai 3 minit tiba-tiba punggungnya jadi lembut, sampaikan saya kehairanan. Dia pun hairan sampai terpancul dari mulutnya "macam magic" dan saya pun jawab, "ya macam magic". Dia bagi feedback tempat-tempat yang masih sangkut untuk bersila dan saya urut. Kami ulang proses cuba bersila & urut beberapa kali. Alhamdulillah pada hari tu dia berjaya bersila buat pertama kali selepas 12 tahun. |
Kesimpulan dari contoh-contoh di atas ialah :- |
(i) tuan badan mesti prihatin untuk mengesan sejak bila masalah bermula. |
(ii) pergerakan yang macamana yang menimbulkan masalah. |
(iii) adakah mana-mana bahagian badan yang terasa keras. |
(iv) jangan sandarkan harapan kepada saya, anda boleh berurut dengan sesiapa pun yang anda rasa confident - yang faham tentang anatomi badan dan body mechanics - dan dikurniakan kebolehan membuang angin. |
(v) yang paling penting sekali iringilah dengan berdoa kepada Allah. |
Monday, August 6, 2012
Serba sedikit tentang anatomi manusia
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Pemahaman jadi mudah jika dihuraikan mengikut sistem seperti berikut:
1. Sistem rangka – Meliputi rangka tubuh yang terdiri daripada tulang dan rawan. Ia memberi sokongan dan perlindungan.
2. Sistem otot – Terdiri daripada otot tubuh. Ia berfungsi menggerakkan tubuh.
3. Sistem peredaran terdiri daripada:-
- sistem kardiovaskular yang mengalirkan darah antara jantung ke seluruh tubuh.
- sistem pengaliran limfa yang dibentuk oleh nodus limfa dan saluran limfa. Ia mempunyai jaringan dengan aliran darah. Sistem limfa berperanan mempertahankan tubuh dari serangan benda yang menyebabkan penyakit.
4. Sistem saraf – Terdiri daripada otak, korda spina, saraf kranial, saraf spina dan ganglion. Sistem saraf: mengumpulkan, mengirim, dan memproses informasi dalam otak dan saraf keseluruh tubuh.
5. Sistem pernafasan – Terdiri daripada organ pernafasan bermula dari hidung hingga ke paru-paru.
6. Sistem endokrin – Terdiri daripada kelenjar tanpa duktus yang menghasilkan atau merembeskan hormon.
7. Sistem pencernaan – Terdiri daripada saluran pencernaan bermula dari mulut hingga ke dubur (anus) serta kelenjar yang terlibat dalam pencernaan seperti penkreas dan hepar. Ia memproses makanan yang terjadi di dalam mulut, perut, dan usus.
8. Sistem urinari – Merupakan sistem ekskresi yang terdiri daripada ginjal, pundi kencing dan saluran ekskrisinya.
9. Sistem pembiakan – Terdiri daripada organ genital internal dan eksternal.
10. Sistem artikular – Terdiri daripada sendi dan ligamen di sekeliling sendi.
11. Sistem integuman – Merupakan sistem luar badan yang terdiri daripada kulit, kuku, folikel rambut bersama dengan kelejar peluh dan sebum.
Friday, March 2, 2012
Perihal anak dan ibu
Tak perasan dah lama betul tak update blog ni. Bila ada masa masuk internet niat asal nak update blog tapi otak asyik berlegar apa lagi ilmu nak diteroka, terus tak jadi update. Sekarang ni tengah asyik cari pasal saraf, bekam, acupressure, meridian, dan chakra. Saya nak tahu apa kaitan diantaranya. | ||||||
Kali ni saya nak tulis pasal bayi memandangkan saya ada pengalaman menarik dengan cucu yang lahir hampir setahun lepas. | ||||||
1. Saya jaga menantu & cucu lebih kurang 10 hari sahaja. Kerana kesuntukan masa saya jarang berinteraksi dengan cucu ni. Semasa umurnya 4 bulan saya dapati kepalanya teleng ke kanan - sesuatu yang merisaukan saya sebab semua anak & cucu lain tak sebegitu. Mengikut gerak hati, dengan menggunakan jari telunjuk saya urut perlahan-lahan di atas bahu & pangkal leher. Alhamdulillah selepas beberapa minit aje kepalanya agak tegap sedikit. Saya suruh menantu buat cara sama setiap kali lepas mandi. Lepas seminggu kepalanya dah tegap. | ||||||
2. Dalam mencari ilmu tentang saraf saya terjumpa pasal "torticollis". Rupa-rupanya masalah cucu saya ni ada kaitan dengan masalah torticollis. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan tulang belakang bengkok. Cara untuk merawat ialah dengan meniarapkan bayi semasa jaga supaya tulang belakangnya jadi kuat. Rupa-rupanya cucu saya ni tak pernah ditiarapkan sehingga saat itu. Oleh kerana tak biasa, bila saya cuba tiarapkan selama satu minit pun dia dah menangis sebab tak selesa kerana tak biasa. Cara mengatasinya | ||||||
(a) biasakan bawa bayi dalam keadaan meniarap, tangan kita tampu dada dan lengan bawah tampu sepanjang badan. | ||||||
(b) biasakan bermain-main dengan bayi dengan badannya ditiarapkan atas bola fitness. Jangan tidurkan bayi dalam keadaan meniarap selepas umur 4 bulan kerana banyak kes kematian mengejut berlaku ketika bayi tidur meniarap. | ||||||
3. Baru-baru ni saya ke rumah sorang klien, kebetulan urut sorang jirannya. Sambil tu tengoklah bayinya yang dah berumur 2 bulan. Katanya anaknya tu asyik toleh ke kiri aje sampaikan kepalanya leper sebelah (memang betul pun...). Ini pun jenis "torticollis" jugak. Jadi saya gunalah jari telunjuk, urut perlahan-lahan pangkal leher depan (sternocleidomastoid muscle). Alhamdulillah selepas beberapa minit aje bayi dah toleh ke kanan. Selepas beberapa hari saya follow-up klien bagitau kepala bayinya dah ok. | ||||||
4. Cucu yang sama, lengan kanannya terpusing kebelakang sikit (tapak tangan mengadap belakang, bukan ke sisi badan). Gerak hati kata urut bahu, pangkal lengan dan sekitar ketiak (otot trapezius, deltoid, pectoralis, teres). Alhamdulillah, ok. | ||||||
5. Cucu ni lagi... ibu jari kanan asyik terlipat kedalam (macam genggam tangan dengan ibu jari di bahagian dalam). Saya urut-urut pergelangan tangan (pangkal ibu jari). Banyak pulaklah saya sendawa. Alhamdulillah terus ok. | ||||||
KITA HANYA BERUSAHA DAN BERDOA, ALLAH YANG MENYEMBUHKAN. | ||||||
Tu pasal anak, ni pasal mak pulak. Biasanya kalau anak jaundice ibu tak makan jamu. Cina pun biasanya tak ambik jamu masa berpantang tapi mereka amalkan minuman cara mereka. Jadi saya terfikir kenapa tak minum macam mereka (HALAL….) Resipi ni saya dapat dari seorang Cina dan diconfirmkan oleh Cina lain. Terima kasih kerana sudi berkongsi. | ||||||
10 biji red dates (kurma merah / buah bidara) | ||||||
10 biji longan (mata kucing) kering | ||||||
10 biji (ada yang guna 1 sudu) keici (sorry tak tau ejaan yang betul) tapi mat saleh panggil wolfberry, Melayu panggil goji. | ||||||
10 biji kurma hitam | ||||||
3 biji kurma madu (bukan kurma madu yang kita beli bulan puasa tu. Buahnya agak besar, sedikit keras & bergula)) | ||||||
(semua bahan boleh dibeli di kedai singseh. Kalau bahan tak cukup pun tak apa. Tanyalah apa khasiat setiap bahan tu) | ||||||
Caranya: Rebus semua bahan dengan 1.5 liter air selama 2 jam, api kecil, hingga tinggal 1 liter. | ||||||
Cara saya: Rebus bahan dengan 1.5 liter air dan sedikit gula batu, sehingga mendidih. Masukkan kesemuanya kedalam flask. Lepas 2 jam dah boleh minum. Hahaha… cara malas. | ||||||
Katanya, dalam pantang nak minum air rebusan ni seberapa banyak pun boleh. UPDATE PADA 22.6.2015
|
Subscribe to:
Posts (Atom)