Ramai pembaca blog ni menghubungi saya kerana mempunyai masalah 3P ni. Sayangnya mereka menghantar email dan saya jarang bukanya. Jadi nasihat saya telefon/sms 012-3159028. Tolong jangan email sebab badan kita adalah satu ciptaan Allah yang sangat kompleks. Saya terpaksa tanya beberapa soalan untuk dapatkan sedikit gambaran. Oleh kerana saya tinggal di Klang, sekiranya anda tinggal jauh saya akan sarankan apa yang difikirkan sesuai. Gambaran yang lebih jelas bila saya tengok cara anda bergerak dan bertanya soalan lagi termasuk semasa anda diurut. Feedback anda akan lebih membantu. |
Sebagai contoh:- |
# Kes 1 - Puan A telefon saya, katanya selepas bersalin normal dia sakit untuk berjalan, Dr dah buat X-ray tapi tak ada masalah tulang. Pernah disuntik untuk menahan sakit. Semasa dia datang ke rumah saya dia sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Bila diurut rupa-rupanya otot punggung kejang dan banyak angin. Saya ajarkan dia cara bertungku, alhamdulillah keadaanya bertambah baik. Persoalannya kalau Dr bertauliah di depan mata pun susah untuk mengesan punca masalah, macamana saya nak bagi tip hanya dengan informasi di email? |
# Kes 2 - Puan B telefon saya, katanya dia baru 3 bulan bersalin anak pertama. Masalahnya, sakit bila duduk dan dia terpaksa berpaut untuk bangkit. Pada mulanya saya sangka otot di lantai punggung yang memberi masalah, tapi bila diurut rupa-rupanya ada banyak angin di celah-celah tulang sakrum. Yang ini pun saya ajar dia bertungku dan alhamdulillah keadaannya bertambah baik. |
# Kes 3 - Puan C mengandung 8 minggu anak pertama. Beliau sakit untuk bergerak dan berjalan. Dr gyne sarankan dia datang berurut dengan saya. Saya perhatikan untuk keluar dari kereta suaminya terpaksa mengangkatnya, kemudian dia berjalan perlahan, dan untuk duduk di kerusi suaminya terpaksa bantu. Bila saya suruh baring, suaminya terpaksa angkat & baringkannya. Rupa-rupanya otot gluteus yang tegang. Bila lembut otot dia boleh buat pergerakan sujud, katanya dah seminggu tak boleh sujud. Saya sarankan dia buat regangan yang di ajar. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. |
# Kes 4 - Puan D mengalami kemalangan dan beliau menendang cermin kereta untuk keluar. Akibatnya dah 12 tahun tak boleh bersila. Dia minta saya urutkan. Seperti biasa, permulaan urutan saya akan tekan-tekan seluruh badan semasa klien meniarap, untuk mengesan kawasan bermasalah. Bila sampai di punggung, ya Allah kerasnya... apa yang patut saya buat ni... Tak tahu apa yang patut dibuat saya hanya letakkan tangan di punggungnya, mengharapkan pertolongan Allah. Tiba-tiba saya mendapat ilham untuk menggongcang punggungnya. Masya-Allah, rasanya tak sampai 3 minit tiba-tiba punggungnya jadi lembut, sampaikan saya kehairanan. Dia pun hairan sampai terpancul dari mulutnya "macam magic" dan saya pun jawab, "ya macam magic". Dia bagi feedback tempat-tempat yang masih sangkut untuk bersila dan saya urut. Kami ulang proses cuba bersila & urut beberapa kali. Alhamdulillah pada hari tu dia berjaya bersila buat pertama kali selepas 12 tahun. |
Kesimpulan dari contoh-contoh di atas ialah :- |
(i) tuan badan mesti prihatin untuk mengesan sejak bila masalah bermula. |
(ii) pergerakan yang macamana yang menimbulkan masalah. |
(iii) adakah mana-mana bahagian badan yang terasa keras. |
(iv) jangan sandarkan harapan kepada saya, anda boleh berurut dengan sesiapa pun yang anda rasa confident - yang faham tentang anatomi badan dan body mechanics - dan dikurniakan kebolehan membuang angin. |
(v) yang paling penting sekali iringilah dengan berdoa kepada Allah. |
Thursday, October 18, 2012
Masalah sakit pinggang, punggung, dan pinggul - 2.
Subscribe to:
Posts (Atom)