Ya, Alhamdulillah. Tanpa pengalaman tu saya tak akan dapat
bayangkan bagaimana sakitnya bila sakit pinggang. Untuk sakit kali keduanya?
Ya Allah ya tuhanku, jauhkanlah daku dari merasa sakitnya lagi. Cukuplah
hanya sekali. |
Alhamdulillah, dengan pengalaman tu dapat saya menghayati apa
yang dirasai oleh penderita sakit pinggang, apa yang dapat melegakan, dan
Insya-Allah dapat menolong insan lain dengan lebih berkesan. Baiklah, saya
ceritakan kronologi macamana saya boleh sakit pinggang. |
Saya mengalami sakit gigi, dentist yang selalu rawat saya dah
meninggal, nak pergi tempat lain tak confident, jadi bila makan tak boleh
kunyah betul2. Suatu hari pergi ke rumah abang, dia jamukan lamb chop. Apa
lagi, bila makan, kunyah sikit terus telan. Rasa kat perut tu kurang enak,
tapi teruskan juga. 2-3 hari lepas tu pinggang mula rasa tak selesa. Mula2 di
celah Lumber 5, kemudian ke sekitar lower back bahagian kanan, --> ke
pinggul --> ke sisi paha, punggung, dan betis. Semuanya sebelah kanan. |
Untuk rawatan sendiri saya guna tungku batu & masuk sauna
infrared. Lega sekejap. Makin lama makin sakit. Sembahyang pun bila dah duduk
tak boleh berdiri semula. Bila berjalan boleh langkah kecil2 aje. Bila nak
tidur, dari duduk tepi katil nak baringkan badan pun rasa sakit. Bila dah
baring, bila nak pusing ke kiri/kanan rasa sangat sakit, macam nak terkopak
tulang pelvik dari tulang sakrum. Meniarap pun tak boleh, rasa sakit di
pinggang. (Rupanya itulah juga pengalaman yang dirasai oleh pengidap sakit
pinggang). |
Dah teruk sangat tu, minta tolong anak urutkan. Kemudian bekam
semua tempat yang sakit, banyak darah keluar. Saya syak ini tentu sebab
makanan tak hadam. Saya ambil Gaviscon dan Panadol Extend. Pagi esoknya sakit
hilang. Lepas tu makan nasi, kunyah lebih kurang, terus telan. 4 jam lepas tu
sakit menyerang semula, lagi dahsyat. |
Minta tolong anak hantar ke klinik. Bagi tahu doktor sakit
pinggang sebab angin. Macam biasalah doktor kata mana ada angin kat badan. Ni
mesti masalah saraf. Kenalah lecture hampir setengah jam. Last sekali doktor
cek perut. Eh, perut lembut… kata doktor tu. Yang peliknya doktor tu bagi
charcoal tablet & 2 jenis pain killer (maknanya dia setuju memang masalah
angin). Balik rumah makan ubat2 tu. Malamnya masih sakit, minta tolong suami
urutkan sikit. Alhamdulillah, pagi esoknya sakit berkurangan & terus
hilang. |
3 hari lepas tu pinggang kiri pula rasa sakit sikit. Saya fikir
mungkin makanan yang tak hadam tu dah bergerak dari usus besar kanan ke kiri.
Ini petanda baik, maknanya bukan masalah saraf, tapi sebab angin. Lepas tu
saya mula simpan stok pil arang. Bila pinggang terasa sakit sikit terus makan
sebiji pil arang. Alhamdulillah, sekarang dah 3 bulan saya tak sakit
pinggang. |
Oleh kerana masih ada yang menghantar e-mail atau bertanyakan no. telefon, sila hubungi saya, Makcik Rokiah 012-3159028 |
Tuesday, April 23, 2013
Alhamdulillah. Allah bagi saya rasa sakitnya pinggang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment