Hari ni saya tak nak tulis berkenaan kesihatan tapi tentang
sejarah hidup. Sekiranya anda rasa ada sesuatu yang bermanafaat ambillah
sebagai tauladan, dan sekiranya ada yang kurang elok tu jadilah pengajaran. |
Saya dilahirkan pada 12 Jun 1951, di Kampung Raja, Besut. Memori
terawal ialah hari kelahiran adik pada 1 April 1954, maknanya saya baru
berusia 2 tahun, 9 bulan. Masih ingat masa tu saya pakai baju gaun putih
& kain tabir tempat mak bersalin warna merah berbunga. Yelah, masa tu
semua orang bersalin di rumah. Mak breastfeed semua anak2 tapi ada satu botol
susu kaca di rumah, mungkin digunakan abang saya sebab saya dah tak sabar nak
tenguk dunia ni, jarak usia abang dan saya cuma 11.5 bulan. |
Kenangan masa kecil sangat menyeronokkan. Saya anak yang paling
lasak (macam tomboy). Apa permainan abang main dengan kawan2 lelaki saya nak
ikut. Ni yang buat abang saya menyampah, tapi saya tak peduli. Cuma lastik
burung saja yang saya tak ikut serta. |
Rumah dekat dengan sekolah. Dulu tak ada tadika. Bila saya dah
tak sabar nak bersekolah, ayah tumpangkan saya di Sekolah Kebangsaan Kampung
Raja. Belajar pun seronok, pelajar tak ramai. Murid darjah 1 tak ada buku
tulis, hanya perlu bawa 1 papan batu & satu pensil batu (ada tak benda ni
kat musium?). Setiap apa yang cikgu ajar kami tulis di papan batu. Bila cikgu
ajar subjet lain, kami padam apa yang dah ditulis dengan kain basah (kalau
tak silap la..) dan tulis pula pelajaran lain. Kami hanya dibekalkan dengan 2
buah buku teks, buku bacaan jawi dan bacaan rumi. Hanya 3 subjet diajar,
menulis, membaca (jawi & rumi) dan mengira serta congak (mental
arithmetic lah tu...). Saya suka kaedah pengajaran zaman dulu sebab ia
menekankan kepada asas 3M. Dengan menggunakan papan batu kita kena tumpu
kepada apa yang cikgu ajar sebab dah tak ada peluang untuk ulangkaji kerana
apa yang diajar terpaksa dipadamkan. |
Semasa darjah 1 nama saya tiada dalam senarai murid sekolah
sebab saya hanya menumpang. Ada 3 orang murid yang menumpang darjah 1 pada
masa tu. Yang lucunya bila ujian akhir tahun no 1, 2, & 3 adalah milik 3
murid yang menumpang ni. Jadi kami layak naik ke darjah 2. Jadi dalam darjah
2 baru nama saya ada dalam senarai murid. |
Suatu hari masa darjah 1 cikgu suruh semua murid beratur di
padang Kg Raja. Cikgu sematkan lencana bulat ada gambar bendera. Saya ingat
sebab jarumnya tercucuk dada saya. Semua murid dapat 1 lencana. Rupa-rupanya
itulah hari Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Ya... 31 ogos 1957. Selepas tu
suasana kemerdekaan menceriakan suasana. Ada sorang jiran tu, setiap petang
bila dia balik dari pejabat dengan mengayuh basikal, setiap kanak2 yang jerit
Merdeka!!! dengan tangan diangkat ke atas seperti Bapa Kemerdekaan, akan
diberi 10 sen. Banyak tu... Bayangkanlah waktu tu duit 1/2 sen pun masih ada. |
Satu lagi yang saya masih ingat, mak akan simpan semua pakaian
kami yang dah tak boleh dipakai, tak dibagi orang lain. Bila anak2 kata buat
apa simpan, menyemak aje. Mak kata "anak2 tak tahu macam mana susahnya
masa jepun (perang dunia ke2). Orang ambil guni gandum, gunting buat
baju" |
Sekolah
Inggeris pertama di Besut dibuka pada 1954. Murid yang masuk terus ke sekolah
Inggeris dalam std 1 dikenakan yuran sekolah. Adik beradik saya semuanya
masuk darjah 1 sekolah Melayu sebab percuma. Murid sekolah Melayu berumur 10
tahun boleh duduki peperiksaan Special Malay Test. Kalau lulus boleh bertukar
ke sekolah Inggeris dengan dikecualikan yuran sekolah. Masuk Special Malay
Class (SMC1 = std 4), (SMC2 = std 5), seterusnya std 6 bersama-sama dengan
murid yang masuk dari std 1. Disebabkan saya bersekolah awal, semasa darjah 5
barulah saya dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut, dan lulus. Maka
bertukarlah saya ke Tengku Mahmood School. |
Special Malay Test yang saya duduki pada tahun 1961 adalah yang
terakhir. Lepas tu sesiapa yang nak bertukar ke sekolah Inggeris mesti duduki
peperiksaan penilaian darjah 6. Kalau lulus masuklah ke kelas peralihan
selama setahun dan seterusnya ke form 1. Kalau gagal, bye, bye... berhenti
sekolah atau ulang darjah 6. |
Semasa std 6 pada tahun 1964, Penilaian Darjah 6 dimansuhkan,
semua murid boleh teruskan persekolahan ke tingkatan 1, tapi murid dari
sekolah Melayu dah tak bertukar ke sekolah Inggeris, murid dari sekolah Cina
boleh masuk kelas peralihan selama setahun sebelum ke form 1. Saya tak pasti
samada ini undang2 atau pilihan sendiri. |
Tahun 1967 saya duduki Lower Certificate of Education (LCE). PMR
lah tu… Itulah kali pertama peniliaian tingkatan 3 diadakan secara objectif,
sebelumnya subjaktif. Tiba2 pensil 2B jadi popular dan dijual dengan harga 80
sen sebatang. Sebelum tu orang pakai pensil keras yang murah tu. |
Dari darjah 1 subjet yang paling saya suka ialah matematik.
Kenapa? Sebab saya tak perlu menghafal, Cuma fikir & faham. Bab menghafal
ni memang kelemahan saya. Satu lagi, saya suka membaca, lucunya saya tak suka
baca buku cerita, tapi buku yang berkaitan dengan pelajaran. Sampai sekarang
saya tak pernah baca novel. |
Dapat keputusan LCE cikgu bagitau di sekolah saya tak ada kelas sains tulin untuk form 4 & 5. Saya nak elak dari terpaksa ambil subjet History & English Literature. Pilihan saya adalah Maths, Additional Maths, Physics, Biology, Chemistry, Geogrophy, Malay & English. |
Kebetulan abang saya bertukar ke Melaka, saya pun ikutlah dia
kesana. Rupa-rupanya di Melaka pada masa itu hanya ada 1 sekolah perempuan
yang ada form 4 & 5 sains tulin. Maka belajarlah saya di Methodist Girls
School selama 2 tahun. Tahun 1969 adalah tahun terakhir murid form 5 duduki
satu peperiksaan tapi dapat 2 sijil - MCE (Malaysia Certificate of Education)
dan GCE (General Certificate of Education) dari UK. |
Entah macam mana tuah badan, untuk form 6 saya ditawarkan tempat
di sekolah berasrama penuh perempuan yang paling elite. 1970 adalah permulaan seluruh sekolah di Malaysia mengamalkan penggunaan pakaian seragam yang sama. Sebelum tu setiap kali bertukar sekolah saya pakai uniform yang berlainan. Dapat keputusan HSC saya ikut kawan2
masuk universiti, masa tu cuma ada 3 universiti - UM, UKM, & USM. IPT
lain belum capai taraf universiti. Plan asalnya nak jadi cikgu matematik,
tapi masuk tahun ke2 baru terfikir saya tak suka bercakap macam mana nak
mengajar? Diam2 aje saya tinggalkan universiti dan masuk UiTM, masa tu ITM. |
Pada masa tu kalau belajar diploma kena ambil 1 subjet bahasa
asing. Itu sesuatu yang menggerunkan saya sebab kelemahan dalam mengingati
sesuatu. Jadi saya pilih ICMA (The Institute of Cost and Management
Accountants). Malangnya saya gagal peperiksaan akhir sebab ada 1 paper yang
memerlukan saya tulis report. Hah, ni memang kelemahan saya sampai pencen. |
Semasa di ITM saya biasa tulis surat permohonan kepada syarikat2
swasta untuk jalani latihan praktikal semasa cuti semesta. Manafaatnya, habis
sahaja peperiksaan akhir, esoknya saya dah mula bekerja. Bekerjalah saya
sampai pencen + 1 tahun secara kontrak sehingga Jun 2007. |
Dulu saya memang bercita-cita tinggi dalam kerjaya, tapi suatu
hari entah macam mana saya tersentak, umpama baru tersedar dari mimpi.
Bertahun saya bekerja dari pagi sampai senja atau malam baru balik rumah.
Kadang2 Sabtu & Ahad pun kerja. Tambahan pula masa tu gawat 1987. Saya
hanya ada memori tentang anak bungsu sampai umur 3 tahun dan masa saya
tersedar dia dah berusia 5 tahun. Ya Allah... apa dah terjadi dalam masa 2
tahun tu... Memang saya layan anak2 setiap malam tapi tak ada aktiviti yang
melekat di memori. Kenapa? Sebab sepenuh perhatian diberi kepada pekerjaan.
Yelah, rumah baru beli, pinjaman kereta belum selesai. Kalau hilang pekerjaan
macam mana? Sedih dan kesal rasanya sebab sampai sekarang saya tak ada
kenangan dengan anak2 untuk jangka waktu itu. |
Malam tu saya peluk ketiga-tiga anak saya. Biarlah tak naik
pangkat asalkan kerja dengan tekun dan ikhlas, dapat gaji yang mencukupi
walaupun tak mewah. Keutamaan kepada keluarga dan pendapatan hanyalah untuk
kelangsungan hidup. Mujurlah suami & saya pilih untuk tinggal di kampung,
cabaran hidup taklah mencabar seperti di bandar. Dah 27 tahun kami tinggal di
kampung ni, di Klang. |
Lepas pencen saya rehat hampir setahun, menikmati hidup sebagai
seorang pesara, mengurut sekali sekala sahaja. Lama2 saya rasa mengurut satu
aktiviti menyeronokkan dan menyihatkan badan. Mulai April 2008 saya mula
mengurut secara serius dan ianya lebih menyeronokkan dari kerjaya dahulu.
Seronok sebab tak ada stress. Saya urut secara freelance, tak ada salun jadi
tak payah fikir fasal sewa atau gaji pekerja. Kalau ada orang perlukan
khidmat saya, saya urutlah, kalau tak ada saya rehat atau buat perkara2 lain
yang bermanafaat. Kalau badan kurang sihat atau penat saya minta tangguhkan
appointment kalau ada, & rehat. |
Dengan menulis blog saya dapat kongsi sedikit sebanyak ilmu yang
ada. Semoga mendatangkan faedah kepada sesiapa yang baca dan menjadi saham
akhirat untuk saya. Diusia begini tak ada banyak yang saya inginkan,
sementelah dari dulu saya sukakan kehidupan yang simple dan tak membazir. |
Untuk masa depan? Saya selalu bayangkan sampai usia 85 tahun
saya masih sihat. Oh ya… moyang, nenek & datuk saudara saya meninggal
sekitar usia 100 tahun. Emak meninggal semasa usia 90 tahun. Rasanya tak
salah kalau saya bayangkan di usia 85 tahun saya masih sihat. Saya sangat
takut kalau sakit. Jadi saya mesti berusaha menjaga kesihatan, sentiasa check
seluruh badan kalau ada signal yang menunjukkan ada sesuatu yang tak kena.
Ya, mesti prihatin dengan apa kata badan. Sentiasa berfikiran positif dan
jaga kesihatan rohani, jasmani, dan mental. Sentiasa tambah ilmu supaya sel2
otak berhubungan dan tak nyanyuk. Contohilah keaktifan Tun Mahathir dan Prof
Ungku Aziz. |
Makcik Rokiah : 012-3159028 |
Wednesday, June 12, 2013
Alhamdulillah, 62 tahun & sihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment