Sekarang ni kecoh pasal GST. Walaupun kekecohan timbul sejak tahun lepas, ramai yang merungut dan membangkang, GST tetap dilaksanakan. Saya tak naklah komen pasal GST tu, cuma kesannya kepada kesihatan kita dan kemampuan kewangan kita. |
A) Kesihatan kita. |
Jangan dok fikirkan sangat pasal masalah tu, ia akan menjejaskan kesihatan. Kalau dok fikirkan saja pun bukannya boleh menyelesaikan masalah. Lebih baik fikir cara mengatasi masalah. |
B) Kemampuan kewangan. |
Disini ada dua kaedah yang boleh dipilih. Boleh pilih mana satu tapi kalau pilih kedua-duanya lagi bagus. Syaratnya perbetulkan niat. Niat hendak lakukannya untuk menambahkan rezeki halal untuk menyara keluarga dan bersedekah kerana Allah Taala. |
Perhatikan
saya tak suruh minta jadi kaya. Kaya tu subjektif, dan kaya tak dapat
menjamin kebahagian. Saya pernah bertanya kepada seorang jutawan semasa
mengurut beliau (biasalah masa urut tu borak2, dari bercerita yang tak
berfaedah lebih baik berkongsi ilmu). |
Soalan: Apa rasanya jadi kaya? (Yalah, kita orang biasa, tak dapat jadi kaya dapat bayangkan rasa jadi kaya pun cukuplah) |
Jawapan: Tak ada bezanya jadi orang kaya atau orang biasa sebab kaya itu subjektif. Ada orang RM4juta dah rasa cukup, tapi ada orang RM9juta pun masih belum rasa cukup. Cuma, bila kaya kita mampu beli, tapi adakah itu keperluan atau kemahuan. Kekayaan dan kebahagiaan sebenar terletak di jiwa. |
Kesimpulan yang boleh saya buat dari jawapannya: |
- Tenangkan jiwa, jaga hubungan dengan Allah |
- Berbelanja ikut akal fikiran, bukan ikut nafsu. |
- Jangan kejar kekayaan, ianya umpama bayang2, makin dikejar makin lari. |
Berbalik kepada 2 kaedah yang saya sebutkan tadi:- |
1) Plan perbelanjaan anda. |
Ini sangat sesuai bagi orang yang bekerja makan gaji. Katakanlah gaji yang boleh dibawa balik RM2500. Dengan duit sebanyak itulah kita nak langsaikan segala bayaran dan perbelanjaan. Saranan saya, buatlah budget bulanan untuk beberapa bulan kehadapan. Sekiranya anda mendapat bonus tahunan, buatlah sampai ke bulan bonus. Gaji bulan bonus merupakan reserve tank anda. |
Senaraikan segala bayaran & perbelanjaan, sama ada yang bulanan atau berkala, susun dari yang wajib hingga kepada yang pilihan, dan jangan lupa sedikit reserve bulanan untuk perbelanjaan yang tak terduga. Tuliskan berapa jumlah bagi setiap perbelanjaan. Berapa jumlahnya? Cukup? Kalau belum cukup, perhatikan mana2 perbelanjaan yang boleh ditangguhkan tapi penangguhan ini hanya setakat bulan bonus sahaja kerana itulah sahaja talian hayat anda. |
Masih tak cukup? Teliti senarai tadi semula. Adakah semua perbelanjaan itu keperluan? Kalau bukan, potong! |
Masih tak cukup juga? Teliti senarai yang tinggal, adakah apa2
yang boleh di kurangkan? Astro? Bil telefon? Makan diluar? Perbelanjaan
dapur? Yang ini kita kena kreatif. Kalau berbelanja senaraikan semua barang
yang perlu dibeli beberapa hari sebelum berbelanja supaya kita dapat
pertimbangkan semula tahap keperluannya, dan jangan bawa duit lebih. Budget bulanan ni hendaklah dikemaskini setiap bulan. |
Sebenarnya inilah teknik yang saya gunakan bertahun-tahun. Tak pernah rasa stress bila duit bulanan tak cukup. Duit dalam bank kurang RM10 pun saya boleh rilek aje sebab yang penting2 sudah diselesaikan. Pernah saya bercuti dari cara budget bulanan ni selama 2-3 bulan. Akibatnya, lingkup... Kena adjust perbelanjaan sampai time bonus. |
Kalau dah diperah macam mana pun masih tak cukup juga, cubalah
kaedah kedua. |
Pesanan penting: Kalau tak cukup duit jangan sekali-kali guna kad kredit. Ingat, jangan guna kad kredit. Itulah ibu segala kanser kewangan. |
2) Tambah pendapatan. |
Ini perlu kreatif. Perlu fikir diluar kotak. Jangan harapkan
overtime kerana sifatnya tak menentu. Ingat, jangan kerana mengharapkan
overtime kita mula bekerja dengan perlahan supaya dapat selasaikan kerja
dalam masa overtime. Itu tidak jujur. Bersihkah duit gaji yang kita dapat tu?
Berkatkah rezeki yang kita suapkan ke mulut anak isteri? Antara cadangan
saya:- |
- Kalau isteri tak
bekerja. Isteri boleh tolong jaga anak2 jiran. Saya sarankan jaga kanak2
yang dah pergi tadika. Boleh juga buat rumah transit untuk anak yang dah
bersekolah, sediakan makanan & apa2 keperluan sebelum ke sekolah petang. |
- Kepada sesiapa yang
gemar memasak, tak kira lelaki / perempuan boleh buat katering masak lauk
untuk mereka yang bekerja. Buat menu tetap ala-ala asrama. Customer balik
masak nasi, dah boleh makan. Customer seronok jimat masa & belanja tak
perlu makan diluar, katerer seronok dapat tolong kawan2 selain dapat rezeki
lebih. |
- Buat business di kawasan sekitar tempat
tinggal. Tak perlu skala besar. Dengan RM20 pun dah boleh mula jual kacang
kuda rebus. Ini yang saya buat masa student, tahun 1975 dulu. Ceritanya
begini, Saya kehilangan RM50 dan itulah sahaja duit yang saya ada. Menangis.
Lepas tu saya pinjam RM10 dari kawan sebilik, pergi Klang beli kacang kuda.
Balik asrama rebus, jual murah2 kepada rakan2 student. Tak sangka untung
100%+. Lepas langsai hutang beli lagi, jual lagi, beli lagi... Beberapa bulan
aje dah untung beratus ringgit. Alhamdulillah. |
- Buat business
on-line. Ini lebih bagus sebab pasaran tak terhad. Ramai klien yang saya urut
buat business on-line dan mereka mampu beli rumah yang agak selesa. Tak tahu
apa nak dijual? Boleh cuba produk baru dipasaran. Sila google facebook Magic
Therapy by Aura Herbal. |
- Jana pendapatan
melalui minat dan kebolehan anda, tak kira apa pun. Ini lagi seronok, tak
stress, malahan satu terapi. Anda boleh ikut cara saya - mengurut. Tak
semestinya sepenuh masa. Sebenarnya ramai yang ada bakat mengurut tapi takut
salah urut atau malu kalau2 dipandang rendah. Yakinlah dengan niat yang betul
anda juga mampu. Bagi saya? Alhamdulillah, melalui mengurut Allah kurniakan
rezeki yang tak terduga, kesihatan diri pun meningkat. Sekiranya anda berminat
(wanita sahaja) saya seronok berkongsi ilmu. Bayarannya? Sama saja dengan caj
saya urut orang - RM50/jam. Itu hanyalah bayaran masa saya, bukannya ilmu
yang dikongsi. Sekiranya anda datang bersedia dengan soalan lagi banyak
manafaat yang anda dapat. |
Sekian coretan saya untuk kali ini. Sekiranya anda suka tulisan2 di blog ni, silalah kongsi dengan kawan2. |
Makcik Rokiah : 012-3159028 (Klang) |
Wednesday, April 1, 2015
GST? - Gangguan Stress Terlampau
Subscribe to:
Posts (Atom)