IBU KU IDOLA KU. |
Arwah mak lahir pada 1912, berkahwin pada usia 15 tahun, melahirkan 13 orang anak, saya anak kesebelas. |
Arwah mak tak bersekolah tapi sikap positif dan kesungguhannya menjaga kesihatan, penampilan, dan kepandaiannya buat saya kagum. |
Saya dilahirkan semasa usia mak 39 tahun, masa adik bungsu lahir umur mak 45 tahun & saya 6 tahun. Sempatlah saya ingat cara penjagaan & rawatan mak sehingga dia dikatogorikan sebagai wanita sihat dan cergas sehingga meninggal pada usia 90 tahun, pada November 2002. Al Fatihah. |
Sepanjang dalam pantang mak banyak berbaring atas pangkin kayu,
bawahnya tu ada dapur arang, rawatan ni orang panggil bersalai. Sekarang ni
dah tak ramai yang praktik cara ni, tapi feedback yang saya dapat dari
generasi sekarang yang melalui rawatan ni katanya mula2 tu rasa panas macam
tak tahan tapi lama2 rasa sedap pulak. Yang seronoknya susu badan pun jadi
banyak. Yelahkan, bila badan dah tak sejuk, pengaliran darah lebih lancar,
tentulah susu badan banyak. |
Berurut. Biasalah orang bersalin berurut, tapi mak tak berhenti
berurut setelah habis pantang. Seingat saya dia sangat rajin berurut,
sekurang2nya setiap 1-3 bulan. Berurut ni dia amalkan sehingga usia 80an.
Untuk pengetahun, saya tak pernah lihat mak urut orang, walaupun keluarga
sendiri. |
Bertungku. Ni mak lakukan sendiri, ulang beberapa kali sehari,
sepanjang masa berpantang. Bertungku ni pun dia teruskan sampai usia tua,
setiap kali rasa badan kurang sedap. |
Minum air rebusan herba sepanjang berpantang. Sesekali dia
amalkan juga sehingga usia 60an. |
Makan makjun. Yang paling dia suka makjun Delima & makjun
Warisan. Ni pun dia makan sesekali sampai usia 70an. |
Mak orang Kelantan, tak guna bengkung, cuma sapu perut dengan
garam kunyit & barut perut. |
Yang paling penting sepanjang tempuh berpantang mak rehat secukup-cukupnya. Langsung tak buat kerja rumah, dia hanya jaga baby & badan sendiri. Perhatikan, inilah juga cara orang Cina berpantang, walaupun tempuh pantangnya hanya 30 hari tapi mereka betul2 rehat, hingga sanggup bayar confinement lady RM4K untuk tempuh sebulan. Maaf kalau saya katakan ramai orang Cina lebih sihat dari orang Melayu sebab mereka pentingkan penjagaan kesihatan. |
Itu kisah mak. Sekarang kisah saya. Bersalin anak sulung pada 1979, mak datang tolong masak & jaga baby. Urut tukang urut lakukan. Bertungku tu ada sorang makcik lakukan 2-3 kali, lepas tu saya buat sendiri. Saya pakai bengkung Jawa yang panjang tu, sedap.. |
Suatu pagi tu saya masih berbengkung, nak mandi, bawalah air
panas dalam cerek kecil, sekali mak nampak, terus kena marah, katanya
"jangan bawak" saya kata "pakai bengkung ni mak", dia
jawab " pakai bengkung pun jangan, nanti tua sakit2 siapa nak
jaga". Owh... Ni rahsia berguna. Sejak tu setiap kali berpantang saya
layan diri sendiri & baby aje. Yelah, kalau asyik sakit2 orang pun
menyampah dengan kita kan? |
Jamu, bersalin anak pertama makan kapsul herba nenek buat (nenek meninggal tahun 1992, usia 101 tahun), tapi panasnya sampai berpeluh2. Bersalin anak kedua makan jamu Air Mancur. Bersalin anak ketiga saya banyak minum air rebusan manjakani. Orang kata manjakani ni tak tahan pahit kelatnya, tapi masa tu saya kebas2 sampai lidah jadi mampulah minum pekat2 selamba jer. Baru2 ni aje saya tahu rupa2nya manjakani ni rahsia awet muda. |
Bila anak & menantu bersalin saya urutkan tapi bab bertungku
ni saya suruh mereka buat sendiri, lepas mandi suruh sapu badan dengan minyak
supaya tak masuk angin. Saya tak suka param sebab bila kering akan jatuh
berguguran ke lantai. Selain tu saya suruh panaskan tungku herba microwave,
bentang atas tilam, baring atas tungku. Senang, sambil berehat sambil
bertuam. Kalau bentang 3 tungku herba microwave dah jadi macam orang dulu2
bersalai. Kalau bentang atas kerusi & duduk sambil menyusu baby, dah jadi
macam bertangas kering. |
Pasal jamu semasa pantang, anak bersalin kali pertama saya belikan set berharga RM200+, kali kedua set Indon harga bawah RM100, kali ketiga set Malaysia harga bawah RM100. Pendapat anak, kesannya lebihkurang sama aje. Sekarang anak masih berpantang anak keempat. Saya belikan sepang kederang suruh rebus & minum. Saya dapat tahu tentang kebaikan sepang kederang ni melalui orang2 yang saya urut. Anak juga ambil madu manjakani yang saya buat, dapat kebaikan madu tualang asli & manjakani, rasanya pun lebih mesra pengguna. |
Berkenaan dengan bertungku:- |
1. Tungku batulah yang paling bagus sebab ia bahan semulajadi, panasnya tahan lama, mampu memecahkan biji angin bila ditekan dengan lama. |
2. Tungku besi. Dulu saya suka pakai tungku besi berbentuk bulat (besi sukan baling peluru) sebab panasnya tahan lama & berat, dah tak perlu tekan, sehinggalah saya terjumpa hadis yang berbunyi lebihkurang begini, “Pengubatan itu ada tiga cara, iaitu berbekam, minum madu dan tusukan besi panas tapi aku melarang umatku menggunakan besi panas”. Saya tertanya2 sehingga suatu hari abang cakap "ada sorang lelaki tua bagi tahu tungku besi tak bagus sebab ia menyebabkan rosak saraf" Sejak tu saya terus simpan tungku besi & tak guna sampai sekarang. |
3. Tungku air letrik. Saya pernah guna tungku ni. Biasanya saya sarankan sesiapa yang nak bersalin bawa tungku ni ke hospital. Lepas bersalin, sementara tunggu masa untuk balik ke rumah dah boleh mula bertuam. Masalahnya kita tak boleh tekan2 tungku ni kat badan sebab dia mengandungi cecair. kalau nasib kurang baik, tungku ni cepat rosak. |
4. Tungku herba yang bulat & kena kukus sebelum guna. Maklumbalas dari mereka yang beli tungku ni ialah leceh sebab kena kukus selama 15 minit, panasnya tak tahan lama, rasa tak puas sebab ringan sangat. Rata2 mereka menggunanya 2-3 kali sahaja. Satu pembaziran. |
Dari pengalaman bertahun2 bertungku, (sampai sekarang pun saya
rajin bertungku, bukan masa bersalin aje tau..) dan maklumbalas dari pengguna
tungku herba kukus, saya cipta tungku herba microwave. Saya mula buat tungku
herba microwave ni 7 tahun lepas untuk kegunaan sendiri, keluarga, dan orang
yang saya urut sahaja sebab saya tak suka menjual (lihatlah kandungan blog
ni, semuanya tentang perkongsian rahsia sihat cara mudah & jimat). Bila
orang yang saya urut banyak angin saya akan guna tungku herba saya untuk
panaskan badan dia sambil diurut, kesannya lebih cepat. Kalau badan orang tu
selalu sejuk2 & sakit2 baru saya sarankan dia beli. |
Enam tahun lepas, semasa urut seseorang dalam pantang, saya
katakan "kalau tak nak panggil makcik urut, tak nak bagi duit kat
makcik, beli tungku ni, tapi rajin2lah pakai. Kalau beli tapi tak nak guna
makcik tak nak jual". Dia yang sentiasa sibuk ni beli dan tak panggil
makcik urut hingga hampir 2 tahun. Suatu hari dia telefon, cakap nak order 3
tungku. Rupa2nya dia rajin guna tungku tu hinggalah pakciknya yang kurang
sihat datang, dia pinjamkan, terus pakcik tu bawa balik. Sekarang ni dia guna
2 serentak, hanya minta diurut & dibekam setiap 1-2 tahun. Tungku yang dua ni
dia dah guna 4 tahun & masih elok. |
Ada banyak lagi pengalaman menarik yang dikongsi oleh orang yang dah guna tungku herba makcik ni, tapi nantilah makcik akan kongsikan cerita dalam masa terdekat. Insya Allah. |
Dalam masa 7 tahun dari mula buat tungku ni makcik sentiasa buat
kajian untuk menambah baik campuran bahan2 & sukatannya. Sekarang dah ada
yang berminat untuk memasarkan TUNGKU HERBA MICROWAVE menggunakan resipi
terkini, sebab ianya sangat mudah diguna, tahan lama, berkesan, kegunaannya
pun mengikut kreativiti pengguna. Bahkan ada seorang pengguna tu tak ada
microwave, dia cuma letakkan atas dashboard kereta, bila cuaca panas tungku
jadi panas, dah boleh guna. |
Kat mana nak beli? Nah, tanya kat sini: https://www.facebook.com/produk.kesihatan.darul.falah/ |
Makcik Rokiah, Meru, Klang. 012-3159028 |
Sunday, May 22, 2016
Rawatan Lepas Bersalin.
Subscribe to:
Posts (Atom)