Bagaimana ianya bermula. |
Saya suka bertungku setiap kali rasa ada yang tak kena dengan
badan ni. Berurut tu kurang sebab takut kalau diurut terlampau kuat.
Bertungku ni bagus bukan sahaja semasa berpantang tetapi juga bila2 masa
terutamanya bila badan rasa sakit2 & banyak angin.
|
Bila dah mula urut orang bersalin ramai yang minta rawatan
bertungku tapi saya tak rajin buat, boring. Biasanya saya ajar mereka
bertungku sendiri sambil saya urutkan badan. Masa tu saya tenguk ramai yang
beli tungku herba yang kena kukus tu tapi guna 2-3 kali sahaja kerana leceh
untuk dipanaskan & kurang berkesan. Jadi saya jahit 1 kain & masukkan
rempah ratus kedalam kain tu. Cara guna pula, mula2 panaskan tungku batu,
sementara tu sediakan pembalutnya iaitu kain pembungkus tungku, kain mengandungi
rempahratus, tuala kecil yang sudah dilembabkan. Bila batu tungku dah panas,
angkat & letak atas lapisan pembalut. Tungku yang panas akan menyebabkan
tuala basah bertukar kepada wap, seterunya mengukus rempahratus, seterusnya
kebaikan rempahratus berpindah ke badan orang yang ditungku. Masalahnya orang
tu dapat manafat bertungku hanya pada hari2 saya urut sahaja. Kalau dia nak
beli tungku tu pun masalah mendapatkan batu yang sesuai. Bila difikir-fikir,
timbullah idea nak buat tungku herba microwave yang mudah diguna, memberikan
manafaat herba & tahan lama. |
|
Kenapa tak guna tungku letrik yang kat dalam tu ada air? |
Dulu saya biasa juga sarankan orang beli tungku tu. Dulu
harganya mahal, sekarang murah tapi sekarang ni kualitinya dah kurang bagus,
tak tahan lama, jadi untuk jangkamasa panjang dia perlu pelaburan yang lebih.
Selain tu kalau ada tempat2 yang sakit & mahu ditekan2 kita tak boleh
buat dengan tungku letrik. |
|
Melalui pembacaan saya dapati suhu panas & lembab lebih
bagus untuk merawat badan dari suhu panas & kering. Setiap rempahratus
walaupun kelihatan kering namun tetap mengandungi peratusan lembapan.
Disinilah letaknya manafaat tungku herba berbanding tungku letrik, bahkan
lebih bagus dari tungku batu. |
|
Sepanjang 7 tahun saya buat tungku herba microwave dah beberapa
kali resipinya diubah setelah melakukan kajian & percubaan. Maklumbalas
dari pengguna sangat memberangsangkan. Antara komen yang saya terima:- |
- Puan A kata suaminya guna sampai 3 tungku herba microwave
sebagai alas tidur, walaupun kebiasaannya beliau tidak panaskan dulu.
Kesannya, kalau dulu asyik mengigau semasa tidur, sekarang sudah tak mengigau
lagi. Sekarang Puan A ikut jejak langkah suami, guna 2 sebagai alas
tidur. |
- Puan B retak tulang punggung sebab jatuh terduduk. Dr kata kena
baring 3 bulan untuk baik sebab faktor umur. Puan B baring atas tungku herba
microwave yang dipanaskan dengan memastikan ia kena pada pinggang &
punggung. Hasilnya, selepas 1 1/2 bulan beliau dah boleh berjalan. Kesan
sampingan, nyamuk tak pergi ke tempat dia tidur padahal biasanya tempat tu
banyak nyamuk. Mungkin bau rempahratus tu yang buatkan nyamuk lari. |
- Puan C minta saya urutkan 2 kali dalam masa 5 minggu. Katanya
sakit belakang sampai tak boleh pergi kerja. Saya syorkan dia beli tungku
herba microwave. Alhamdulillah, masalahnya hilang, dah 6 bulan tak minta
urut. Suaminya turut suka guna tungku tu, terpaksalah beli lagi satu supaya
tak berebut atau terpaksa tunggu giliran. |
- Puan D beli satu untuk ibunya yang kurang sihat. Cuba guna
sendiri, sedap rupa nya, terus beli lagi satu. Baru2 ni beli lagi satu,
katanya cucunya yang ada masalah lelah suka guna tungku herba ni. |
- Abang saya umur 75 tahun, angkat beban berat. Akibatnya sakit
pinggang yang amat sangat. Saya berikan 1 tungku herba microwave untuk
dipanaskan & baring atas tu, bagi kena tempat yang sakit. Selain dari tu
saya cadangkan dia beli TDP infrared lamp yang berharga RM350 sebab sangkaan
saya TDP infrared lamp lebih bagus sebab ianya digunakan di hospital2 untuk
rawatan. Tau apa dia kata baru2 ni. Tungku herba microwave lebih berkesan
dari TDP infrared lamp. Bila saya kata yang saiz besar tu nak jual harga
RM80, dia kata sangat murah, patutnya jual harga RM120, Tapi saya kata tak
apalah sebab saya mahu lebih ramai orang yang mampu beli dan dapat
manafaatnya.
Cara gunanya pun sangat mudah, panaskan, bentang atas tilam
(lebih elok guna tilam kekabu kalau ada), & baring atas tungku, bagi kena
tempat2 yang bermasalah:- |
- Kalau susah bernafas, baring mengiring & bagi tungku kena
pada rusuk & sebahagian dada. |
- Kalau sakit tengkuk & bahu, Bentag tungku biar sebahagian
atas bantal & sebahagian lagi atas tilam. Baring melentang bagi kena
tengkuk & bahu hingga belakang. |
- Kalau sakit pinggang, letak bantal memanjang ke bawah, letak
sebahagian tungku atas bantal & sebahagian lagi atas tilam. Baring
melentang bagi kena belakang, pinggang & punggung. |
- Kalau ketat pinggul, bentang atas tilam. Baring mengiring bagi
kena tempat pinggang, pinggul & paha. |
- Kalau lenguh betis, letak tungku atas bantal. Baring melentang
atau mengiring, letak betis atas tungku. |
- Kalau lenguh bahagian depan paha, letak tungku atas tilam.
Baring meniarap bagi tungku kena pada paha. |
- Kalau sakit perut, bentang tungku atas tilam. Baring meniarap
bagi tungku kena perut dan paha. |
- Kalau bernafas pun rasa penat, letak tungku pada bantal peluk.
Baring dan peluk bantal biar tungku kena dada. |
- Kalau belakang paha rasa tegang, bentang tungku atas kerusi
& duduk.
|
Banyak cara kita boleh guna tungku herba, ia
bergantung kepada kreativiti masing2. Yang pasti kalau kita baring atas
tungku kepanasannya tahan lebih lama. Kalau diletak di atas kita kenalah
tutup dengan bantal atau selimut tebal supaya suhu panasnya tak mudah hilang. Kalau dah kurang panas, terbalikkan tungku kesebelah lagi satu & kita dapat rasa panas semula.
Tungku ni boleh diguna dalam keadaan berlipat dua. Katakan yang luar kita panggil side A & side B, yang dalam side C & side D. Boleh guna begini: side A ==> side B ==> side A ==> side C ==> side D ==> side C. Tu pun kalau anda masih belum tertidur. Selamat bertungku...
Makcik Rokiah (Meru, Klang) 012-3159028 |
|
|
|