Seperti tahun2 lepas sempana ulang tahun ke 64 saya update lagi di blog ni. Alhamdulillah saya sihat. Nak sihat kita mesti bina satu lebuhraya cita2 ingin jadi sihat dan kekal sihat.Tujuan membina lebuhraya itu adalah untuk menjaga amanah Allah yang meminjamkan jasad ini sebagai raga untuk menempatkan roh kita semasa hayat di dunia.Jangan cakap "ikut suka akulah nak buat apa pun, kalau sakit aku tanggung sendirilah" Ingat! Jasad kita bukan kepunyaan kita. |
Saya katakan tadi bina lebuhraya cita2, bukan angan2. Mesti ada planning, kalau jumpa halangan atau kesukaran fokus kepada penyelesaian bukan kepada masalah, teruskan misi hingga sampai ke destinasi. Hidup dalam keadaan sihat sangat mengembirakan, jimat, dan tanpa stress. Insya Allah. |
Industri
makanan & minum kesihatan sangat mendapat sambutan tapi perlu
perbelanjaan besar. Hasilnya belum pasti. Kenapa perlu membazir duit?
Bukankan lebih jimat kalau kita membudayakan cara hidup sihat semenjak kecil
melalui aktiviti fisikal, pemakanan sederhana, dan minum secukupnya? |
Saya ingin kongsi satu pengalaman minggu keempat Syawal 2012. Seorang kawan telifon: |
Kawan : "Kak, pagi esok boleh datang urut anak saudara saya, dah 3 tahun bila nak raya dia tak boleh berjalan." |
Pagi esoknya saya pergilah. Rumahnya tak jauh dari rumah saya. Sampai di sana baru saya terfikir, kalau ni penyakit misteri macam mana? Saya bukannya tahu pengubatan Islam. Sebab dah sampai sana saya pun masuklah. Anak saudaranya seorang kanak2 perempuan, darjah 6, cantik & berbadan slim. Dah boleh berjalan perlahan-lahan. |
Dalam dok fikir2 tu teringatlah saya bilamana sampai minggu ketiga & keempat Ramadhan ramailah orang mengadu sakit2 badan. Hah, ini satu clue… Saya ajak girl meniarap atas karpet bersama dengan kawan tu. |
Saya : Ok, sekarang kita sama2 angkat kepala & lengkungkan
badan kebelakang. Boleh menekan dengan tangan (untuk support badan &
lihat berapa lenturnya badan). |
Kawan dan saya dapat angkat kepala hingga dagu melebihi 40cm
dari karpet. Kasihan, girl hanya mampu mengangkat lebihkurang 10cm sahaja.
Sah. Badannya sangat kejang, tak cukup air dalam badan. Kalau urut pun tak
ada kesan, sakit lagi adalah. Peringatan: kalau nak dapatkan rawatan urutan
pastikan minum banyak air supaya otot2 senang lembut. Bukankan badan kita
sepatutnya mengandungi lebihkurang 60% air? Bukankah asal usul kita dari tanah? Bukankah
tanah liat yang ingin diadun jadi pasu pun perlu air mencukupi? |
Saya : Setiap hari minum berapa gelas air? |
Girl : 4 cawan. |
Saya : Hari ni makcik tak nak urut. Kita main2 aje tapi sebelum tu pergi minum air kosong seberapa banyak yang boleh. |
Ibu girl : Kalau perut buncit macam mana? |
Saya : Nak cantik atau nak sihat? |
Ibunya tak jawab. Selasai minum girl datang. |
Saya : Berapa banyak minum? |
Girl : 4 gelas. |
Saya : Sekarang kita duduk kat karpet, kita main2. |
Kami pun duduk bersila berhadapan. |
Saya : Sekarang kita goyang2 badan. Kita gerak2kan tangan. Goyang2 kepala. (Macam2 lagilah pergerakan yang kami lakukan sambil duduk tu. Dah rasa tenaganya meningkat saya suruh dia duduk di kerusi sofa). |
Saya : Sekarang gerak-gerakkan kaki. Lurus, bengkok, lurus, bengkok. |
Saya : Sekarang berdiri, pegang pada kerusi sofa. Goyang-goyangkan punggung. Tulis hurus A,B,C,…. dengan menggunakan punggung. Buat ketuk ketampi tapi tangan pegang sofa. |
Sejam lebih jugalah kami dok main2 tu kami pun berhenti. |
Saya dimaklumkan yang girl tak melakukan aktiviti fisikal. Balik sekolah duduk depan PC. Pergi sekolah, waktu rehat tak pergi kantin sebab badan lemah, kawan2 tolong belikan makanan. |
Lepas sesi main2 kawan, ibu girl & saya duduk makan minum di meja, belakang saya tangga ke tingkat atas. Tiba2 mereka kata " tenguk tu… dia naik sendiri ketingkat atas". Rupa-rupanya selama ni kalau nak naik tangga dia terpaksa dipimpin. Lihat... kesan air mencukupi dalam badan. Raya tahun2 berikutnya girl tak lagi menghadapi masalah tak boleh berjalan. |
Pesanan saya jangan takut minum kerana tak nak asyik berulang ke bilik air. Bayangkan betapa siksanya pesakit kegagalan fungsi buah pinggang apabila terasa hendak kencing yang teramat sangat tapi tak mampu keluarkannya. Kenalah dialisis 3 kali seminggu. Lagi leceh & perlu perbelanjaan yang tinggi. |
Bersyukurlah dengan nikmat yang dikurnikanNya. Jagalah,
peliharalah dengan sebaik mungkin, jangan kufur nikmat. Sempena Ramadhan yang akan menjelang minggu depan, pastikan anda minum air secukupnya agar sihat & dapat beribadah dengan sempurna. Selamat berpuasa. |
Makcik Rokiah, Meru, Klang. 012-3159028 |
Friday, June 12, 2015
Rahsia saya…. BANYAK MINUM AIR
Wednesday, April 1, 2015
GST? - Gangguan Stress Terlampau
Sekarang ni kecoh pasal GST. Walaupun kekecohan timbul sejak tahun lepas, ramai yang merungut dan membangkang, GST tetap dilaksanakan. Saya tak naklah komen pasal GST tu, cuma kesannya kepada kesihatan kita dan kemampuan kewangan kita. |
A) Kesihatan kita. |
Jangan dok fikirkan sangat pasal masalah tu, ia akan menjejaskan kesihatan. Kalau dok fikirkan saja pun bukannya boleh menyelesaikan masalah. Lebih baik fikir cara mengatasi masalah. |
B) Kemampuan kewangan. |
Disini ada dua kaedah yang boleh dipilih. Boleh pilih mana satu tapi kalau pilih kedua-duanya lagi bagus. Syaratnya perbetulkan niat. Niat hendak lakukannya untuk menambahkan rezeki halal untuk menyara keluarga dan bersedekah kerana Allah Taala. |
Perhatikan
saya tak suruh minta jadi kaya. Kaya tu subjektif, dan kaya tak dapat
menjamin kebahagian. Saya pernah bertanya kepada seorang jutawan semasa
mengurut beliau (biasalah masa urut tu borak2, dari bercerita yang tak
berfaedah lebih baik berkongsi ilmu). |
Soalan: Apa rasanya jadi kaya? (Yalah, kita orang biasa, tak dapat jadi kaya dapat bayangkan rasa jadi kaya pun cukuplah) |
Jawapan: Tak ada bezanya jadi orang kaya atau orang biasa sebab kaya itu subjektif. Ada orang RM4juta dah rasa cukup, tapi ada orang RM9juta pun masih belum rasa cukup. Cuma, bila kaya kita mampu beli, tapi adakah itu keperluan atau kemahuan. Kekayaan dan kebahagiaan sebenar terletak di jiwa. |
Kesimpulan yang boleh saya buat dari jawapannya: |
- Tenangkan jiwa, jaga hubungan dengan Allah |
- Berbelanja ikut akal fikiran, bukan ikut nafsu. |
- Jangan kejar kekayaan, ianya umpama bayang2, makin dikejar makin lari. |
Berbalik kepada 2 kaedah yang saya sebutkan tadi:- |
1) Plan perbelanjaan anda. |
Ini sangat sesuai bagi orang yang bekerja makan gaji. Katakanlah gaji yang boleh dibawa balik RM2500. Dengan duit sebanyak itulah kita nak langsaikan segala bayaran dan perbelanjaan. Saranan saya, buatlah budget bulanan untuk beberapa bulan kehadapan. Sekiranya anda mendapat bonus tahunan, buatlah sampai ke bulan bonus. Gaji bulan bonus merupakan reserve tank anda. |
Senaraikan segala bayaran & perbelanjaan, sama ada yang bulanan atau berkala, susun dari yang wajib hingga kepada yang pilihan, dan jangan lupa sedikit reserve bulanan untuk perbelanjaan yang tak terduga. Tuliskan berapa jumlah bagi setiap perbelanjaan. Berapa jumlahnya? Cukup? Kalau belum cukup, perhatikan mana2 perbelanjaan yang boleh ditangguhkan tapi penangguhan ini hanya setakat bulan bonus sahaja kerana itulah sahaja talian hayat anda. |
Masih tak cukup? Teliti senarai tadi semula. Adakah semua perbelanjaan itu keperluan? Kalau bukan, potong! |
Masih tak cukup juga? Teliti senarai yang tinggal, adakah apa2
yang boleh di kurangkan? Astro? Bil telefon? Makan diluar? Perbelanjaan
dapur? Yang ini kita kena kreatif. Kalau berbelanja senaraikan semua barang
yang perlu dibeli beberapa hari sebelum berbelanja supaya kita dapat
pertimbangkan semula tahap keperluannya, dan jangan bawa duit lebih. Budget bulanan ni hendaklah dikemaskini setiap bulan. |
Sebenarnya inilah teknik yang saya gunakan bertahun-tahun. Tak pernah rasa stress bila duit bulanan tak cukup. Duit dalam bank kurang RM10 pun saya boleh rilek aje sebab yang penting2 sudah diselesaikan. Pernah saya bercuti dari cara budget bulanan ni selama 2-3 bulan. Akibatnya, lingkup... Kena adjust perbelanjaan sampai time bonus. |
Kalau dah diperah macam mana pun masih tak cukup juga, cubalah
kaedah kedua. |
Pesanan penting: Kalau tak cukup duit jangan sekali-kali guna kad kredit. Ingat, jangan guna kad kredit. Itulah ibu segala kanser kewangan. |
2) Tambah pendapatan. |
Ini perlu kreatif. Perlu fikir diluar kotak. Jangan harapkan
overtime kerana sifatnya tak menentu. Ingat, jangan kerana mengharapkan
overtime kita mula bekerja dengan perlahan supaya dapat selasaikan kerja
dalam masa overtime. Itu tidak jujur. Bersihkah duit gaji yang kita dapat tu?
Berkatkah rezeki yang kita suapkan ke mulut anak isteri? Antara cadangan
saya:- |
- Kalau isteri tak
bekerja. Isteri boleh tolong jaga anak2 jiran. Saya sarankan jaga kanak2
yang dah pergi tadika. Boleh juga buat rumah transit untuk anak yang dah
bersekolah, sediakan makanan & apa2 keperluan sebelum ke sekolah petang. |
- Kepada sesiapa yang
gemar memasak, tak kira lelaki / perempuan boleh buat katering masak lauk
untuk mereka yang bekerja. Buat menu tetap ala-ala asrama. Customer balik
masak nasi, dah boleh makan. Customer seronok jimat masa & belanja tak
perlu makan diluar, katerer seronok dapat tolong kawan2 selain dapat rezeki
lebih. |
- Buat business di kawasan sekitar tempat
tinggal. Tak perlu skala besar. Dengan RM20 pun dah boleh mula jual kacang
kuda rebus. Ini yang saya buat masa student, tahun 1975 dulu. Ceritanya
begini, Saya kehilangan RM50 dan itulah sahaja duit yang saya ada. Menangis.
Lepas tu saya pinjam RM10 dari kawan sebilik, pergi Klang beli kacang kuda.
Balik asrama rebus, jual murah2 kepada rakan2 student. Tak sangka untung
100%+. Lepas langsai hutang beli lagi, jual lagi, beli lagi... Beberapa bulan
aje dah untung beratus ringgit. Alhamdulillah. |
- Buat business
on-line. Ini lebih bagus sebab pasaran tak terhad. Ramai klien yang saya urut
buat business on-line dan mereka mampu beli rumah yang agak selesa. Tak tahu
apa nak dijual? Boleh cuba produk baru dipasaran. Sila google facebook Magic
Therapy by Aura Herbal. |
- Jana pendapatan
melalui minat dan kebolehan anda, tak kira apa pun. Ini lagi seronok, tak
stress, malahan satu terapi. Anda boleh ikut cara saya - mengurut. Tak
semestinya sepenuh masa. Sebenarnya ramai yang ada bakat mengurut tapi takut
salah urut atau malu kalau2 dipandang rendah. Yakinlah dengan niat yang betul
anda juga mampu. Bagi saya? Alhamdulillah, melalui mengurut Allah kurniakan
rezeki yang tak terduga, kesihatan diri pun meningkat. Sekiranya anda berminat
(wanita sahaja) saya seronok berkongsi ilmu. Bayarannya? Sama saja dengan caj
saya urut orang - RM50/jam. Itu hanyalah bayaran masa saya, bukannya ilmu
yang dikongsi. Sekiranya anda datang bersedia dengan soalan lagi banyak
manafaat yang anda dapat. |
Sekian coretan saya untuk kali ini. Sekiranya anda suka tulisan2 di blog ni, silalah kongsi dengan kawan2. |
Makcik Rokiah : 012-3159028 (Klang) |
Subscribe to:
Posts (Atom)