Kali ni saya tak nak tulis panjang. Saya hanya ingin mengajak anda semua menjaga postur (ada masanya saya pun lupa juga...) sebabnya postur baik dapat menjamin kesihatan yang lebih baik.
Apakah yang dimaksudkan dengan postur yang baik?
Postur kedudukan dimana anda memegang badan anda tegak melawan graviti semasa berdiri, berjalan, duduk atau berbaring. Postur yang baik melibatkan latihan badan yang meletakkannya dalam kedudukan yang paling kurang memberi tekanan kepada otot dan ligamen yang menyokong aktiviti semasa pergerakan atau menanggung berat badan.
Antara kesan postur yang baik:-
- Mengelakkan keletihan kerana otot sedang digunakan dengan lebih cekap, membolehkan tubuh mengguna tenaga yang kurang.
- Mencegah sakit belakang dan sakit otot.
- Menyumbang kepada penampilan baik.
Melalui pengalaman mengurut saya dapati banyak masaalah yang dihadapi oleh klien disebabkan postur yang kurang baik. Saya akan urut otot-otot yang menegang agar postur akan kembali kepada keadaan yang sepatutnya.
Antara penyumbang utama masalah postur kurang baik dan sakit pinggang dan belakang (ini pun melalui pemerhatian):-
- berjalan menunduk
- berdiri dengan berat badan tidak diseimbangkan antara kanan dan kiri
- berdiri dengan lutut tidak dibengkokkan sedikit (akibatnya kepala akan kehadapan)
- duduk membongkok dihadapan komputer
- otot teras yang lemah. Insya Allah dimasa hadapan saya tulis tentang mustahaknya otot teras yang kuat.
Sebagai renungan bersama saya sertakan petikan dari salah satu blog yang saya baca:
Membiasakan Yang Betul dan membetulkan yang Biasa...
Untuk( Berubah)- membuang suatu kebiasaan yang negatif - kita mulai dengan mengubah factor-faktor pendorong dan kecenderungan yang mengarah kepada kebiasaan negatif itu. Lalu secara perlahan-lahan kita mulai meninggalkan kebiasaan tersebut. Perkara yang penting untuk mengubah kebiasaan yang negatif memerlukan keyakinan kita tentang kesan negatif dari kebiasaan tersebut dan keinginan untuk mengubahnya.
No comments:
Post a Comment