Kenapa saya sakit bila menghadapi peperiksaan tetapi tiada masalah walaupun mengurut 5-6jam sehari, kecuali penat? Jawapannya mudah. Tubuh badan kita dijadikan untuk melakukan berbagai pergerakan dalam menjalani kehidupan seharian, bukannya mesin yang ditugaskan untuk melakukan pergerakan tertentu sahaja. Pergerakan terjadi apabila otot-otot bekerja.
Otot biasanya bekerja secara berpasangan. Sebagai contoh, pergerakan lengan manusia. Otot di bahagian depan lengan dipanggil otot bisep. Otot di belakang lengan dipanggil otot triceps. Apabila otot bisep bekerja (menguncup) otot triceps berada dalam keadaan rilek. Apabila otot triceps menguncup otot bisep pula rilek. Otot boleh menguncup bila semua sel-sel otot tersebut sama-sama menguncup (contract). Apabila otot berada dalam keadaan menguncup atau rilek memanjang....masalah pun timbul....Pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otot berkenaan terjejas dan saraf hantar isyarat sakit, otak mengerahkan segala balatentera untuk merawat tempat bermasaalah. Maka terjadilah parut-parut dalam otot.
Parut-parut inilah yang membatas pergerakan antara urat-urat otot. (Bila potong daging lembu tu cuba perhatikan bahagian yang keras, susah dipotong tu ada banyak urat-urat halus warna putih antara urat-urat daging. Sama la tu....) Saraf boleh terhimpit, pengaliran darah, oksigen, dan nutrien terjejas, darah berasid, dan toksin berkumpul. Pusingan tindakbalas berterusan.... Kalau dibiarkan kawasan yang kecil, mungkin tak disedari pun akan merebak jadi masalah besar dan anda mula rasa sakit walaupun disebabkan oleh perkara kecil. Pada tahap lebih teruk saraf mula memberontak sebab anda tak peduli dengan isyarat-isyarat sakit yang dihantar, jadi saraf pun tidur. Anda dah tak rasa sakit lagi walaupun diurut dengan kuat. Bagus? Tidak! sebab organ-organ dalaman juga sudah tidak dapat berfungsi secara optimum.
Biasanya bila klien minta diurut, mereka dah mula rasa sakit. Ada juga yang katanya saja nak servis bagi segar badan, tapi bila saya urut terjumpalah masalah-masalah yang tuan badan sendiri tak sedar.
Bagaimana saya lakukan rawatan?
- saya bertanya apa masalah/hajat.
- perhatikan cara dia berjalan atau lakukan pergerakan.
- jenis pekerjaan yang dilakukan
- banyak duduk/berjalan/dll
- mungkin klien cerita sejarah masaalah
- urut dilakukan setakat klien rasa sakit-sakit sedap dan masih rasa rileks. Jangan paksa diri menahan sakit semasa diurut sebab tujuan urutan ialah untuk melembutkan otot-otot yang tegang, jadi kalau klien menegang menahan sakit ianya sudah bertentengan dengan tujuan urutan dilakukan. Ini prinsip saya, orang lain saya tak tahulah. Jadi, kalau sakit bagitau saya ye.....
- saya analisa pergerakan-pergerakan yang menjadi punca masaalah dan mula urutan dari tempat puncanya. Sebab itulah saya sangat-sangat mengalukan maklumbalas, ia memudahkan kerja saya dan memberi kepuasan kepada klien.
- kalau masalah masih baru, masa urutan lebih pendek, mungkin sekali urut saje dah ok. Masalah kronik perlu rawatan berulang kali, berapa kali saya tak tahu sebab bergantung kepada keadaan. Hanya Allah yang menyembuhkan, saya berusaha, anda berdoa.
- kadang-kadang saya cadangkan klien lakukan bekam kalau saya fikir itu dapat membantu. Sebabnya kalau berurut, otot yang melekat-lekat (orang Melayu kata urat tersimpul) dapat dipecahkan, pengaliran darah meningkat, toksin dikeluarkan melalui perkumuhan, kesannya tak secepat bekam. Ada juga kadang-kadang tu darah bekam pun susah keluar, bukan tak ada toksin, tapi tersumbat. Bila diulangi urut dan bekam pada sesi lain barulah darah keluar dengan lebih banyak. Aah.. lega...
- saya minta klien minum air sebelum dan selepas urut untuk meningkatkan proses detoksifikasi. Klien boleh alami kesakitan selepas urut kalau tidak minum air atau kurang minum air. Sebab itulah saya cuba elak urut selain orang bersalin semasa puasa.
Kenapa perlu bekam?
Dalam Hadits riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Israk Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda Rasul takut hal tersebut menjadi Fardlu atas umatnya.
Gaya hidup kita yang semakin meningkat sibuk dan pengambilan bahan pengawet, bahan kimia didalam diet dan dadah sintetik (seperti paracetamol), dan sebagainya, menambahkan toksin yang terdapat dalam aliran darah yang boleh melemahkan organ-organ dan mempercepatkan proses penuaan. Badan tidak dapat yang terbaik dari nutrien disebabkan oleh aliran darah yang terjejas. Bekam membantu membuang toksin-toksin ini, mengurangkan asid darah, badan dapat menghasilkan hormon "gembira" yang dipanggil endorfin yang membuatkan anda rasa lebih segar dan rilek.
Kadang-kadang ada juga orang yang telefon saya bertanyakan apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masaalah. Sejujurnya susah saya nak jawab sebab saya hanya dapat mengagak puncanya. Kalau tak dilihat secara fisikal dan testing lokasi sakit saya tak dapat bagi cadangan membina. Kerap juga semasa mengurut baru mendapat ilham rawatan. Hanya Allah yang maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment