Wednesday, June 12, 2013

Alhamdulillah, 62 tahun & sihat.

Hari ni saya tak nak tulis berkenaan kesihatan tapi tentang sejarah hidup. Sekiranya anda rasa ada sesuatu yang bermanafaat ambillah sebagai tauladan, dan sekiranya ada yang kurang elok tu jadilah pengajaran.

Saya dilahirkan pada 12 Jun 1951, di Kampung Raja, Besut. Memori terawal ialah hari kelahiran adik pada 1 April 1954, maknanya saya baru berusia 2 tahun, 9 bulan. Masih ingat masa tu saya pakai baju gaun putih & kain tabir tempat mak bersalin warna merah berbunga. Yelah, masa tu semua orang bersalin di rumah. Mak breastfeed semua anak2 tapi ada satu botol susu kaca di rumah, mungkin digunakan abang saya sebab saya dah tak sabar nak tenguk dunia ni, jarak usia abang dan saya cuma 11.5 bulan.

Kenangan masa kecil sangat menyeronokkan. Saya anak yang paling lasak (macam tomboy). Apa permainan abang main dengan kawan2 lelaki saya nak ikut. Ni yang buat abang saya menyampah, tapi saya tak peduli. Cuma lastik burung saja yang saya tak ikut serta.

Rumah dekat dengan sekolah. Dulu tak ada tadika. Bila saya dah tak sabar nak bersekolah, ayah tumpangkan saya di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja. Belajar pun seronok, pelajar tak ramai. Murid darjah 1 tak ada buku tulis, hanya perlu bawa 1 papan batu & satu pensil batu (ada tak benda ni kat musium?). Setiap apa yang cikgu ajar kami tulis di papan batu. Bila cikgu ajar subjet lain, kami padam apa yang dah ditulis dengan kain basah (kalau tak silap la..) dan tulis pula pelajaran lain. Kami hanya dibekalkan dengan 2 buah buku teks, buku bacaan jawi dan bacaan rumi. Hanya 3 subjet diajar, menulis, membaca (jawi & rumi) dan mengira serta congak (mental arithmetic lah tu...). Saya suka kaedah pengajaran zaman dulu sebab ia menekankan kepada asas 3M. Dengan menggunakan papan batu kita kena tumpu kepada apa yang cikgu ajar sebab dah tak ada peluang untuk ulangkaji kerana apa yang diajar terpaksa dipadamkan.

Semasa darjah 1 nama saya tiada dalam senarai murid sekolah sebab saya hanya menumpang. Ada 3 orang murid yang menumpang darjah 1 pada masa tu. Yang lucunya bila ujian akhir tahun no 1, 2, & 3 adalah milik 3 murid yang menumpang ni. Jadi kami layak naik ke darjah 2. Jadi dalam darjah 2 baru nama saya ada dalam senarai murid.

Suatu hari masa darjah 1 cikgu suruh semua murid beratur di padang Kg Raja. Cikgu sematkan lencana bulat ada gambar bendera. Saya ingat sebab jarumnya tercucuk dada saya. Semua murid dapat 1 lencana. Rupa-rupanya itulah hari Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Ya... 31 ogos 1957. Selepas tu suasana kemerdekaan menceriakan suasana. Ada sorang jiran tu, setiap petang bila dia balik dari pejabat dengan mengayuh basikal, setiap kanak2 yang jerit Merdeka!!! dengan tangan diangkat ke atas seperti Bapa Kemerdekaan, akan diberi 10 sen. Banyak tu... Bayangkanlah waktu tu duit 1/2 sen pun masih ada.

Satu lagi yang saya masih ingat, mak akan simpan semua pakaian kami yang dah tak boleh dipakai, tak dibagi orang lain. Bila anak2 kata buat apa simpan, menyemak aje. Mak kata "anak2 tak tahu macam mana susahnya masa jepun (perang dunia ke2). Orang ambil guni gandum, gunting buat baju"

Sekolah Inggeris pertama di Besut dibuka pada 1954. Murid yang masuk terus ke sekolah Inggeris dalam std 1 dikenakan yuran sekolah. Adik beradik saya semuanya masuk darjah 1 sekolah Melayu sebab percuma. Murid sekolah Melayu berumur 10 tahun boleh duduki peperiksaan Special Malay Test. Kalau lulus boleh bertukar ke sekolah Inggeris dengan dikecualikan yuran sekolah. Masuk Special Malay Class (SMC1 = std 4), (SMC2 = std 5), seterusnya std 6 bersama-sama dengan murid yang masuk dari std 1. Disebabkan saya bersekolah awal, semasa darjah 5 barulah saya dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut, dan lulus. Maka bertukarlah saya ke Tengku Mahmood School.

Special Malay Test yang saya duduki pada tahun 1961 adalah yang terakhir. Lepas tu sesiapa yang nak bertukar ke sekolah Inggeris mesti duduki peperiksaan penilaian darjah 6. Kalau lulus masuklah ke kelas peralihan selama setahun dan seterusnya ke form 1. Kalau gagal, bye, bye... berhenti sekolah atau ulang darjah 6.

Semasa std 6 pada tahun 1964, Penilaian Darjah 6 dimansuhkan, semua murid boleh teruskan persekolahan ke tingkatan 1, tapi murid dari sekolah Melayu dah tak bertukar ke sekolah Inggeris, murid dari sekolah Cina boleh masuk kelas peralihan selama setahun sebelum ke form 1. Saya tak pasti samada ini undang2 atau pilihan sendiri.

Tahun 1967 saya duduki Lower Certificate of Education (LCE). PMR lah tu… Itulah kali pertama peniliaian tingkatan 3 diadakan secara objectif, sebelumnya subjaktif. Tiba2 pensil 2B jadi popular dan dijual dengan harga 80 sen sebatang. Sebelum tu orang pakai pensil keras yang murah tu.

Dari darjah 1 subjet yang paling saya suka ialah matematik. Kenapa? Sebab saya tak perlu menghafal, Cuma fikir & faham. Bab menghafal ni memang kelemahan saya. Satu lagi, saya suka membaca, lucunya saya tak suka baca buku cerita, tapi buku yang berkaitan dengan pelajaran. Sampai sekarang saya tak pernah baca novel.

Dapat keputusan LCE cikgu bagitau di sekolah saya tak ada kelas sains tulin untuk form 4 & 5. Saya nak elak dari terpaksa ambil subjet History & English Literature. Pilihan saya adalah Maths, Additional Maths, Physics, Biology, Chemistry, Geogrophy, Malay & English.
Kebetulan abang saya bertukar ke Melaka, saya pun ikutlah dia kesana. Rupa-rupanya di Melaka pada masa itu hanya ada 1 sekolah perempuan yang ada form 4 & 5 sains tulin. Maka belajarlah saya di Methodist Girls School selama 2 tahun. Tahun 1969 adalah tahun terakhir murid form 5 duduki satu peperiksaan tapi dapat 2 sijil - MCE (Malaysia Certificate of Education) dan GCE (General Certificate of Education) dari UK.

Entah macam mana tuah badan, untuk form 6 saya ditawarkan tempat di sekolah berasrama penuh perempuan yang paling elite. 1970 adalah permulaan seluruh sekolah di Malaysia mengamalkan penggunaan pakaian seragam yang sama. Sebelum tu setiap kali bertukar sekolah saya pakai uniform yang berlainan. Dapat keputusan HSC saya ikut kawan2 masuk universiti, masa tu cuma ada 3 universiti - UM, UKM, & USM. IPT lain belum capai taraf universiti. Plan asalnya nak jadi cikgu matematik, tapi masuk tahun ke2 baru terfikir saya tak suka bercakap macam mana nak mengajar? Diam2 aje saya tinggalkan universiti dan masuk UiTM, masa tu ITM.

Pada masa tu kalau belajar diploma kena ambil 1 subjet bahasa asing. Itu sesuatu yang menggerunkan saya sebab kelemahan dalam mengingati sesuatu. Jadi saya pilih ICMA (The Institute of Cost and Management Accountants). Malangnya saya gagal peperiksaan akhir sebab ada 1 paper yang memerlukan saya tulis report. Hah, ni memang kelemahan saya sampai pencen.

Semasa di ITM saya biasa tulis surat permohonan kepada syarikat2 swasta untuk jalani latihan praktikal semasa cuti semesta. Manafaatnya, habis sahaja peperiksaan akhir, esoknya saya dah mula bekerja. Bekerjalah saya sampai pencen + 1 tahun secara kontrak sehingga Jun 2007.

Dulu saya memang bercita-cita tinggi dalam kerjaya, tapi suatu hari entah macam mana saya tersentak, umpama baru tersedar dari mimpi. Bertahun saya bekerja dari pagi sampai senja atau malam baru balik rumah. Kadang2 Sabtu & Ahad pun kerja. Tambahan pula masa tu gawat 1987. Saya hanya ada memori tentang anak bungsu sampai umur 3 tahun dan masa saya tersedar dia dah berusia 5 tahun. Ya Allah... apa dah terjadi dalam masa 2 tahun tu... Memang saya layan anak2 setiap malam tapi tak ada aktiviti yang melekat di memori. Kenapa? Sebab sepenuh perhatian diberi kepada pekerjaan. Yelah, rumah baru beli, pinjaman kereta belum selesai. Kalau hilang pekerjaan macam mana? Sedih dan kesal rasanya sebab sampai sekarang saya tak ada kenangan dengan anak2 untuk jangka waktu itu.

Malam tu saya peluk ketiga-tiga anak saya. Biarlah tak naik pangkat asalkan kerja dengan tekun dan ikhlas, dapat gaji yang mencukupi walaupun tak mewah. Keutamaan kepada keluarga dan pendapatan hanyalah untuk kelangsungan hidup. Mujurlah suami & saya pilih untuk tinggal di kampung, cabaran hidup taklah mencabar seperti di bandar. Dah 27 tahun kami tinggal di kampung ni, di Klang.

Lepas pencen saya rehat hampir setahun, menikmati hidup sebagai seorang pesara, mengurut sekali sekala sahaja. Lama2 saya rasa mengurut satu aktiviti menyeronokkan dan menyihatkan badan. Mulai April 2008 saya mula mengurut secara serius dan ianya lebih menyeronokkan dari kerjaya dahulu. Seronok sebab tak ada stress. Saya urut secara freelance, tak ada salun jadi tak payah fikir fasal sewa atau gaji pekerja. Kalau ada orang perlukan khidmat saya, saya urutlah, kalau tak ada saya rehat atau buat perkara2 lain yang bermanafaat. Kalau badan kurang sihat atau penat saya minta tangguhkan appointment kalau ada, & rehat.

Dengan menulis blog saya dapat kongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada. Semoga mendatangkan faedah kepada sesiapa yang baca dan menjadi saham akhirat untuk saya. Diusia begini tak ada banyak yang saya inginkan, sementelah dari dulu saya sukakan kehidupan yang simple dan tak membazir.

Untuk masa depan? Saya selalu bayangkan sampai usia 85 tahun saya masih sihat. Oh ya… moyang, nenek & datuk saudara saya meninggal sekitar usia 100 tahun. Emak meninggal semasa usia 90 tahun. Rasanya tak salah kalau saya bayangkan di usia 85 tahun saya masih sihat. Saya sangat takut kalau sakit. Jadi saya mesti berusaha menjaga kesihatan, sentiasa check seluruh badan kalau ada signal yang menunjukkan ada sesuatu yang tak kena. Ya, mesti prihatin dengan apa kata badan. Sentiasa berfikiran positif dan jaga kesihatan rohani, jasmani, dan mental. Sentiasa tambah ilmu supaya sel2 otak berhubungan dan tak nyanyuk. Contohilah keaktifan Tun Mahathir dan Prof Ungku Aziz.

Makcik Rokiah : 012-3159028

Wednesday, April 24, 2013

Rahsia sihat tanpa berbelanja besar

Semenjak berkecimpung dalam bidang rawatan alternatif saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Bahkan rakan2 sekerja dulu pun memberi komen positif. Bukan hendak memuji diri, tapi sekadar satu perkongsian, ada juga yang tercengang kerana katanya saya kelihatan lebih muda jika dibandingkan sebelum pencen 6 tahun lepas. Alhamdulillah. Sebab kurang stress? Mungkin juga, tapi dulu pun saya taklah rasa stress sangat sebab saya sukakan kerjaya tu dan suasananya menyeronokkan.

Dari pengelaman sendiri dan pemerhatian keatas klien, urut dan bekam boleh meningkatkan kesihatan. Saya dapat rasa berbekam lebih berkesan dari berurut. Manafaatnya sangat besar. Saya bekam orang yang saya urut sahaja. Saya lebih gemar melakukan urutan pemulihan berbanding urutan biasa. Sekiranya masalahnya teruk saya akan cadangkan dibuat bekam. Kesan lebih cepat dan jimat belanja. Ramai juga yang takut pada mulanya, tapi bila diterangkan caranya ramai juga yang ingin mencuba. Biasanya saya cakap "kita cuba dulu sikit, kalau tak suka boleh berhenti, tiada paksaan"

Saya banyak membuat kajian melalui pembacaan dan pengalaman mengurut kerana ingin tahu kaitan dari segi sains/medical, fahaman timur seperti chakra, meridian, Qi/Chi energy, dan quantum energy. Umpamanya, bila seseorang banyak duduk membuat kerja menggunakan komputer dalam jangka waktu yang lama, otot trapezius akan menegang dan keras, kawasan sekitar agak sejuk dan rasa lenguh. Pengaliran dalaman akan terjejas, badan cepat penat. Bila diurut barulah terasa lega. Awas, sekiranya ada angin saya biasanya akan sendawa, lagi teruk lagi besar sendawanya. Kadang2 saya boleh berkahak, muntah atau berhingus sekiranya masalah anda teruk atau dah lama. Anehnya klien biasanya terus rasa lega. Saya agak itu maknanya energy blockage dah hilang.

Untuk dikongsi ilmu tentang pembacaan dan pengalaman agak rumit bagi saya. Cuma tadi saya terjumpa satu artikel tentang bekam yang memberi contoh tentang hubungkaitnya dari Hijama Health Centre seperti dibawah:-

Benefits of Cupping...
Importance of the skin
The skin protects the body from pathogens and plays a role in a number of body functions. It is the main organ of sensation, through many millions of nerve endings contained in its structure.
 
The main 14 channels with a direct link to the internal organs lie within the skin. When stimulating a particular point through Hijama, the organ’s blood and Qi is manipulated.
In Chinese medicine the skin is directly controlled and influenced by the lungs. The lungs spread the Qi and fluids all over the body through the skin.
 
Stagnation
Cold drinks and foods or irregular feeding habits can also cause accumulation problems. All these impair the Spleen’s function of transformation and transportation. Clinical manifestations of this are restlessness, vomiting, the production of phlegm, diarrhea, constipation, a hardened stomach and painful abdomen. Hijama relieves all these symptoms.
 
Regardless of the cause, Hijama can be applied to specific points of the body like what is done in acupuncture, to the area that is dysfunctional. After a short time the patient will feel warmth and there will be a reduction of pain.
 
Fluids in the body can also become stagnant and they are necessary to help the stomach carry out its proper digestive function.
 
Hijama therapy regulates the flow of Qi and blood. It also helps draw out and eliminate pathogenic factors like wind, cold, damp and heat. Hijama also moves Qi and blood and opens the pores of the skin, thus, assisting the removal of pathogens through the skin.
 
Beauty therapy
Hijama is also beneficial in beauty therapy as it promotes the production of hormones, encourages blood flow and body fluid movement in the bowels and internal organs. In this way toxins are removed and this is important because toxins speed up the aging process and cause other negative conditions. Amazingly! It can also give a person a natural facelift as the skin is stretched to the acupuncture point, releasing toxins & helps with wrinkles as the suction has amazing pulling suction with is the vacuum created. Why pay thousands of pounds, when it can be achieved with either dry or wet cupping @ the therapy clinic for just a fraction of the cost…!
 
Aging
Kidney weakness also speeds up the aging process and leads to dry and damaged hair, early graying or hair loss. Imbalance in ladies also manifests in the early signs of menopause with hot flushes, night sweats and dry skin. Simply applying external lotion to the skin or hair does not access the root cause as it’s only a superficial treatment. Hijama is the fastest & most direct form of detox known to mankind!
 
Evil Eye
Hijama can help against evil eye as hijama therapy purifies the body’s internal state by purifying the internal body. The negative and unseen forces can have a huge impact on the persons mental & physical state.
 
General wellbeing
By having cupping/hijama therapy it is a very good preventative treatment for many illness’s and excellent for one’s health & wellbeing. If one doesn’t have hijama treatment as maintenance to their health, then one can be more prone & their health will decline over the years due to the buildup of waste that the body holds.
 
Practice of The Prophets
As well as a practice and a guidance from Prophet Muhammad (pbuh) it’s also known to us that of hijama/cupping or bloodletting was a practice that many Prophets of Our Creator had advised the whole of mankind to practice, as the treatment holds great benefit and cures as well as beautiful blessings as its truly a divine gift, therefore in this case knowledge really is power. As this treatment is from Our Lord, we know cupping/hijama to be a living miracle from Him, Allah. (The Most High, The Most Knowing)


Makcik Rokiah boleh dihubungi di 012-3159028.

Tuesday, April 23, 2013

Alhamdulillah. Allah bagi saya rasa sakitnya pinggang.

    Ya, Alhamdulillah. Tanpa pengalaman tu saya tak akan dapat bayangkan bagaimana sakitnya bila sakit pinggang. Untuk sakit kali keduanya? Ya Allah ya tuhanku, jauhkanlah daku dari merasa sakitnya lagi. Cukuplah hanya sekali.

    Alhamdulillah, dengan pengalaman tu dapat saya menghayati apa yang dirasai oleh penderita sakit pinggang, apa yang dapat melegakan, dan Insya-Allah dapat menolong insan lain dengan lebih berkesan. Baiklah, saya ceritakan kronologi macamana saya boleh sakit pinggang.

    Saya mengalami sakit gigi, dentist yang selalu rawat saya dah meninggal, nak pergi tempat lain tak confident, jadi bila makan tak boleh kunyah betul2. Suatu hari pergi ke rumah abang, dia jamukan lamb chop. Apa lagi, bila makan, kunyah sikit terus telan. Rasa kat perut tu kurang enak, tapi teruskan juga. 2-3 hari lepas tu pinggang mula rasa tak selesa. Mula2 di celah Lumber 5, kemudian ke sekitar lower back bahagian kanan, --> ke pinggul --> ke sisi paha, punggung, dan betis. Semuanya sebelah kanan.

    Untuk rawatan sendiri saya guna tungku batu & masuk sauna infrared. Lega sekejap. Makin lama makin sakit. Sembahyang pun bila dah duduk tak boleh berdiri semula. Bila berjalan boleh langkah kecil2 aje. Bila nak tidur, dari duduk tepi katil nak baringkan badan pun rasa sakit. Bila dah baring, bila nak pusing ke kiri/kanan rasa sangat sakit, macam nak terkopak tulang pelvik dari tulang sakrum. Meniarap pun tak boleh, rasa sakit di pinggang. (Rupanya itulah juga pengalaman yang dirasai oleh pengidap sakit pinggang).

    Dah teruk sangat tu, minta tolong anak urutkan. Kemudian bekam semua tempat yang sakit, banyak darah keluar. Saya syak ini tentu sebab makanan tak hadam. Saya ambil Gaviscon dan Panadol Extend. Pagi esoknya sakit hilang. Lepas tu makan nasi, kunyah lebih kurang, terus telan. 4 jam lepas tu sakit menyerang semula, lagi dahsyat.

    Minta tolong anak hantar ke klinik. Bagi tahu doktor sakit pinggang sebab angin. Macam biasalah doktor kata mana ada angin kat badan. Ni mesti masalah saraf. Kenalah lecture hampir setengah jam. Last sekali doktor cek perut. Eh, perut lembut… kata doktor tu. Yang peliknya doktor tu bagi charcoal tablet & 2 jenis pain killer (maknanya dia setuju memang masalah angin). Balik rumah makan ubat2 tu. Malamnya masih sakit, minta tolong suami urutkan sikit. Alhamdulillah, pagi esoknya sakit berkurangan & terus hilang.

    3 hari lepas tu pinggang kiri pula rasa sakit sikit. Saya fikir mungkin makanan yang tak hadam tu dah bergerak dari usus besar kanan ke kiri. Ini petanda baik, maknanya bukan masalah saraf, tapi sebab angin. Lepas tu saya mula simpan stok pil arang. Bila pinggang terasa sakit sikit terus makan sebiji pil arang. Alhamdulillah, sekarang dah 3 bulan saya tak sakit pinggang.

    Oleh kerana masih ada yang menghantar e-mail atau bertanyakan no. telefon, sila hubungi saya, Makcik Rokiah 012-3159028

Sunday, December 2, 2012

Misteri angin dalam badan

Biasanya kalau kita tanya doktor tentang angin dalam badan doktor akan menyangkal tentang dakwan itu. Pada tahun 2000 saya pernah mengalami sakit pinggang, badan tak boleh tegak, berjalan terbongkok-bongkok. Saya ke klinik. Doktor kata angin, dia bagi ubat cecair warna putih yang biasa dibagi untuk gastrik. Eh pelik doktor ni, saya tak sakit perut pun... Tapi tak apalah, saya makan ubat tu dan sakit berkurangan tapi belum hilang. Saya ke klinik yang sama dan doktor bagi ubat sama. Sakit hilang.
Dua minggu lepas tu saya buat pemeriksaan kesihatan tahunan. Doktor kata X-ray dada ok, tapi ada image bulat hitam sebesar bola golf di bahagian pinggang di kiri tulang belakang, kenapa doktor tak komen. Hairan, saya tanya doktor apa benda bulat hitam tu? Nak tau apa jawapannya? ANGIN. Memang betul itulah tempat yang saya sakit 2 minggu sebelumnya. Rupa-rupanya seorang kenalan pun pernah tenguk X-ray berimage bulat hitam semasa anaknya sakit kerana banyak angin dalam badan.

Melalui pemerhatian kalau angin banyak di bahagian atas badan, kita akan rasa penat, asyik nak baring aje tapi kalau tidur pun tak lena. Kalau angin banyak di pinggang ke bawah, kita rasa tak larat nak berjalan & duduk bangun. Bila dah diurut atau picit baru badan rasa bertenaga.

Saya dapati antara punca utama angin dalam badan ialah:-
1. Susah buang air besar --> usus penuh dengan angin --> bahagian lain badan pun rasa tak selesa. Kadang2 angin pun naik ke kepala. Adakah anda mengambil makanan yang berserat & minum secukupnya?
2. Banyak minum minuman berais. Saya perhatikan jika semasa mengandung banyak minum minuman berais, selepas bersalin angin banyak dalam badan.
3. Pengambilan makanan yang boleh mendatangkan angin, bergantung pada badan seseorang, ada yang sensitif dengan kobis, nangka, pulut, dan sebagainya. Perhatikan mana makanan yang anda tak boleh makan.
4. Kurang minum air (jumlah disarankan ialah 2 liter sehari). Sekiranya kurang air sistem peredaran darah & limfa akan terjejas. Sistem saraf juga tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
5. Kurang aktiviti fisikal. Dengan melakukan pergerakan badan kita menolong tubuh meningkatkan sistem peredaran, toksin dapat dinyahkan dan badan jadi lebih sihat.
Sekiranya anda ada masalah angin dalam badan ubahlah cara hidup anda, kenalpasti punca masalah. Anda boleh juga berurut, berbekam, atau bertungku.

Menjaga kesihatan adalah satu kewajipan kerana badan anda hanyalah satu pinjaman. Insya-Allah anda akan hidup lebih sihat & bahagia.

Thursday, October 18, 2012

Masalah sakit pinggang, punggung, dan pinggul - 2.

Ramai pembaca blog ni menghubungi saya kerana mempunyai masalah 3P ni. Sayangnya mereka menghantar email dan saya jarang bukanya. Jadi nasihat saya telefon/sms 012-3159028. Tolong jangan email sebab badan kita adalah satu ciptaan Allah yang sangat kompleks. Saya terpaksa tanya beberapa soalan untuk dapatkan sedikit gambaran. Oleh kerana saya tinggal di Klang, sekiranya anda tinggal jauh saya akan sarankan apa yang difikirkan sesuai. Gambaran yang lebih jelas bila saya tengok cara anda bergerak dan bertanya soalan lagi termasuk semasa anda diurut. Feedback anda akan lebih membantu.
Sebagai contoh:-
#  Kes 1 - Puan A telefon saya, katanya selepas bersalin normal dia sakit untuk berjalan, Dr dah buat X-ray tapi tak ada masalah tulang. Pernah disuntik untuk menahan sakit. Semasa dia datang ke rumah saya dia sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Bila diurut rupa-rupanya otot punggung kejang dan banyak angin. Saya ajarkan dia cara bertungku, alhamdulillah keadaanya bertambah baik. Persoalannya kalau Dr bertauliah di depan mata pun susah untuk mengesan punca masalah, macamana saya nak bagi tip hanya dengan informasi di email?
#  Kes 2 - Puan B telefon saya, katanya dia baru 3 bulan bersalin anak pertama. Masalahnya, sakit bila duduk dan dia terpaksa berpaut untuk bangkit. Pada mulanya saya sangka otot di lantai punggung yang memberi masalah, tapi bila diurut rupa-rupanya ada banyak angin di celah-celah tulang sakrum. Yang ini pun saya ajar dia bertungku dan alhamdulillah keadaannya bertambah baik.
#  Kes 3 -  Puan C mengandung 8 minggu anak pertama. Beliau sakit untuk bergerak dan berjalan. Dr gyne sarankan dia datang berurut dengan saya. Saya perhatikan untuk keluar dari kereta suaminya terpaksa mengangkatnya, kemudian dia berjalan perlahan, dan untuk duduk di kerusi suaminya terpaksa bantu. Bila saya suruh baring, suaminya terpaksa angkat & baringkannya. Rupa-rupanya otot gluteus yang tegang. Bila lembut otot dia boleh buat pergerakan sujud, katanya dah seminggu tak boleh sujud. Saya sarankan dia buat regangan yang di ajar. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik.
#  Kes 4 - Puan D mengalami kemalangan dan beliau menendang cermin kereta untuk keluar. Akibatnya dah 12 tahun tak boleh bersila. Dia minta saya urutkan. Seperti biasa, permulaan urutan saya akan tekan-tekan seluruh badan semasa klien meniarap, untuk mengesan kawasan bermasalah. Bila sampai di punggung, ya Allah kerasnya... apa yang patut saya buat ni... Tak tahu apa yang patut dibuat saya hanya letakkan tangan di punggungnya, mengharapkan pertolongan Allah. Tiba-tiba saya mendapat ilham untuk menggongcang punggungnya. Masya-Allah, rasanya tak sampai 3 minit tiba-tiba punggungnya jadi lembut, sampaikan saya kehairanan. Dia pun hairan sampai terpancul dari mulutnya "macam magic" dan saya pun jawab, "ya macam magic". Dia bagi feedback tempat-tempat yang masih sangkut untuk bersila dan saya urut. Kami ulang proses cuba bersila & urut beberapa kali. Alhamdulillah pada hari tu dia berjaya bersila buat pertama kali selepas 12 tahun.
Kesimpulan dari contoh-contoh di atas ialah :- 
(i) tuan badan mesti prihatin untuk mengesan sejak bila masalah bermula. 
(ii) pergerakan yang macamana yang menimbulkan masalah. 
(iii) adakah mana-mana bahagian badan yang terasa keras. 
(iv) jangan sandarkan harapan kepada saya, anda boleh berurut dengan sesiapa pun yang anda rasa confident - yang faham tentang anatomi badan dan body mechanics - dan dikurniakan kebolehan membuang angin. 
(v) yang paling penting sekali iringilah dengan berdoa kepada Allah.

Monday, August 6, 2012

Serba sedikit tentang anatomi manusia


Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Pemahaman jadi mudah jika dihuraikan mengikut sistem seperti berikut:
1. Sistem rangka – Meliputi rangka tubuh yang terdiri daripada tulang dan rawan. Ia memberi sokongan dan perlindungan.
2. Sistem otot – Terdiri daripada otot tubuh. Ia berfungsi menggerakkan tubuh.
3. Sistem peredaran terdiri daripada:-
   - sistem kardiovaskular yang mengalirkan darah antara jantung ke seluruh tubuh.
   - sistem pengaliran limfa yang dibentuk oleh nodus limfa dan saluran limfa. Ia mempunyai jaringan dengan aliran darah. Sistem limfa berperanan mempertahankan tubuh dari serangan benda yang menyebabkan penyakit.
4. Sistem saraf – Terdiri daripada otak, korda spina, saraf kranial, saraf spina dan ganglion. Sistem saraf: mengumpulkan, mengirim, dan memproses informasi dalam otak dan saraf keseluruh tubuh.
5. Sistem pernafasan – Terdiri daripada organ pernafasan bermula dari hidung hingga ke paru-paru.
6. Sistem endokrin – Terdiri daripada kelenjar tanpa duktus yang menghasilkan atau merembeskan hormon.
7. Sistem pencernaan – Terdiri daripada saluran pencernaan bermula dari mulut hingga ke dubur (anus) serta kelenjar yang terlibat dalam pencernaan seperti penkreas dan hepar. Ia memproses makanan yang terjadi di dalam mulut, perut, dan usus.
8. Sistem urinari – Merupakan sistem ekskresi yang terdiri daripada ginjal, pundi kencing dan saluran ekskrisinya.
9. Sistem pembiakan – Terdiri daripada organ genital internal dan eksternal.
10. Sistem artikular – Terdiri daripada sendi dan ligamen di sekeliling sendi.
11. Sistem integuman – Merupakan sistem luar badan yang terdiri daripada kulit, kuku, folikel rambut bersama dengan kelejar peluh dan sebum.

Friday, March 2, 2012

Perihal anak dan ibu

Tak perasan dah lama betul tak update blog ni. Bila ada masa masuk internet niat asal nak update blog tapi otak asyik berlegar apa lagi ilmu nak diteroka, terus tak jadi update. Sekarang ni tengah asyik cari pasal saraf, bekam, acupressure, meridian, dan chakra. Saya nak tahu apa kaitan diantaranya.
Kali ni saya nak tulis pasal bayi memandangkan saya ada pengalaman menarik dengan cucu yang lahir hampir setahun lepas.
1. Saya jaga menantu & cucu lebih kurang 10 hari sahaja. Kerana kesuntukan masa saya jarang berinteraksi dengan cucu ni. Semasa umurnya 4 bulan saya dapati kepalanya teleng ke kanan - sesuatu yang merisaukan saya sebab semua anak & cucu lain tak sebegitu. Mengikut gerak hati, dengan menggunakan jari telunjuk saya urut perlahan-lahan di atas bahu & pangkal leher. Alhamdulillah selepas beberapa minit aje kepalanya agak tegap sedikit. Saya suruh menantu buat cara sama setiap kali lepas mandi. Lepas seminggu kepalanya dah tegap.
2. Dalam mencari ilmu tentang saraf saya terjumpa pasal "torticollis". Rupa-rupanya masalah cucu saya ni ada kaitan dengan masalah torticollis. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan tulang belakang bengkok. Cara untuk merawat ialah dengan meniarapkan bayi semasa jaga supaya tulang belakangnya jadi kuat. Rupa-rupanya cucu saya ni tak pernah ditiarapkan sehingga saat itu. Oleh kerana tak biasa, bila saya cuba tiarapkan selama satu minit pun dia dah menangis sebab tak selesa kerana tak biasa. Cara mengatasinya
 (a) biasakan bawa bayi dalam keadaan meniarap, tangan kita tampu dada dan lengan bawah tampu sepanjang badan.
 (b) biasakan bermain-main dengan bayi dengan badannya ditiarapkan atas bola fitness. Jangan tidurkan bayi dalam keadaan meniarap selepas umur 4 bulan kerana banyak kes kematian mengejut berlaku ketika bayi tidur meniarap.
3. Baru-baru ni saya ke rumah sorang klien, kebetulan urut sorang jirannya. Sambil tu tengoklah bayinya yang dah berumur 2 bulan. Katanya anaknya tu asyik toleh ke kiri aje sampaikan kepalanya leper sebelah (memang betul pun...). Ini pun jenis "torticollis" jugak. Jadi saya gunalah jari telunjuk, urut perlahan-lahan pangkal leher depan (sternocleidomastoid muscle). Alhamdulillah selepas beberapa minit aje bayi dah toleh ke kanan. Selepas beberapa hari saya follow-up klien bagitau kepala bayinya dah ok.
4. Cucu yang sama, lengan kanannya terpusing kebelakang sikit (tapak tangan mengadap belakang, bukan ke sisi badan). Gerak hati kata urut bahu, pangkal lengan dan sekitar ketiak (otot trapezius, deltoid, pectoralis, teres). Alhamdulillah, ok.
5. Cucu ni lagi... ibu jari kanan asyik terlipat kedalam (macam genggam tangan dengan ibu jari di bahagian dalam). Saya urut-urut pergelangan tangan (pangkal ibu jari). Banyak pulaklah saya sendawa. Alhamdulillah terus ok.
KITA HANYA BERUSAHA DAN BERDOA, ALLAH YANG MENYEMBUHKAN.
Tu pasal anak, ni pasal mak pulak. Biasanya kalau anak jaundice ibu tak makan jamu. Cina pun biasanya tak ambik jamu masa berpantang tapi mereka amalkan minuman cara mereka. Jadi saya terfikir kenapa tak minum macam mereka (HALAL….) Resipi ni saya dapat dari seorang Cina dan diconfirmkan oleh Cina lain. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
   10 biji red dates (kurma merah / buah bidara)
   10 biji longan (mata kucing) kering
   10 biji (ada yang guna 1 sudu) keici (sorry tak tau ejaan yang betul) tapi mat saleh panggil wolfberry, Melayu panggil goji.
   10 biji kurma hitam
   3 biji kurma madu (bukan kurma madu yang kita beli bulan puasa tu. Buahnya agak besar, sedikit keras & bergula))
   (semua bahan boleh dibeli di kedai singseh. Kalau bahan tak cukup pun tak apa. Tanyalah apa khasiat setiap bahan tu)
   Caranya: Rebus semua bahan dengan 1.5 liter air selama 2 jam, api kecil, hingga tinggal 1 liter. 
   Cara saya: Rebus bahan dengan 1.5 liter air dan sedikit gula batu, sehingga mendidih. Masukkan kesemuanya kedalam flask. Lepas 2 jam dah boleh minum. Hahaha… cara malas.
Katanya, dalam pantang nak minum air rebusan ni seberapa banyak pun boleh.

UPDATE PADA 22.6.2015
Saya terima banyak pertanyaan tentang torticollis & ibu jari baby terlipat ke dalam genggam tangan. Yang bertanya tu ada yang tinggal jauh. Nak terangkan agak susah untuk difahami.
Google di youtube jumpalah video yang mungkin dapat membantu. Cubalah, mungkin dapat menyelesaikan masalah.

Untuk torticollis:
Infant Phys Therapy - Torticollis exercises_Part6   by Elizabeth Barden
dan,
Torticollis Exercise: Football Hold  by My Torticollis Baby

Untuk masalah ibu jari boleh tenguk video yang bagus ni. Walaupun peneragannya untuk orang dewasa tapi boleh juga diapplikasikan kepada baby. Kalau kita faham anatomi & apa yang berlaku senanglah kita buat rawatan.
Massage therapist self-care: Thumb pain by Massage Sloth

Nampaknya siri video oleh Massage Sloth sangat bagus sebab penerangannya berpandukan anatomi & body mechanics. (Baru jumpa hari ni).

Makcik Rokiah, Meru, Klang. 012-3159028