| Semenjak berkecimpung dalam bidang rawatan alternatif saya rasa
lebih sihat dan bertenaga. Bahkan rakan2 sekerja dulu pun memberi komen
positif. Bukan hendak memuji diri, tapi sekadar satu perkongsian, ada juga
yang tercengang kerana katanya saya kelihatan lebih muda jika dibandingkan
sebelum pencen 6 tahun lepas. Alhamdulillah. Sebab kurang stress? Mungkin
juga, tapi dulu pun saya taklah rasa stress sangat sebab saya sukakan kerjaya
tu dan suasananya menyeronokkan. |
| Dari pengelaman sendiri dan pemerhatian keatas klien, urut dan
bekam boleh meningkatkan kesihatan. Saya dapat rasa berbekam lebih berkesan
dari berurut. Manafaatnya sangat besar. Saya bekam orang yang saya urut
sahaja. Saya lebih gemar melakukan urutan pemulihan berbanding urutan biasa.
Sekiranya masalahnya teruk saya akan cadangkan dibuat bekam. Kesan lebih
cepat dan jimat belanja. Ramai juga yang takut pada mulanya, tapi bila
diterangkan caranya ramai juga yang ingin mencuba. Biasanya saya cakap "kita
cuba dulu sikit, kalau tak suka boleh berhenti, tiada paksaan" |
| Saya banyak membuat kajian melalui pembacaan dan pengalaman
mengurut kerana ingin tahu kaitan dari segi sains/medical, fahaman timur
seperti chakra, meridian, Qi/Chi energy, dan quantum energy. Umpamanya, bila
seseorang banyak duduk membuat kerja menggunakan komputer dalam jangka waktu
yang lama, otot trapezius akan menegang dan keras, kawasan sekitar agak sejuk
dan rasa lenguh. Pengaliran dalaman akan terjejas, badan cepat penat. Bila
diurut barulah terasa lega. Awas, sekiranya ada angin saya biasanya akan
sendawa, lagi teruk lagi besar sendawanya. Kadang2 saya boleh berkahak, muntah atau
berhingus sekiranya masalah anda teruk atau dah lama. Anehnya klien biasanya
terus rasa lega. Saya agak itu maknanya energy blockage dah hilang. |
| Untuk dikongsi ilmu tentang pembacaan dan pengalaman agak rumit
bagi saya. Cuma tadi saya terjumpa satu artikel tentang bekam yang memberi
contoh tentang hubungkaitnya dari Hijama Health Centre seperti dibawah:- |
|
Benefits
of Cupping...
|
| Importance of the skin |
| The skin protects the body from pathogens and plays a role in a number of body functions. It is the main organ of sensation, through many millions of nerve endings contained in its structure. |
| The main 14 channels with a direct link to the internal organs lie within the skin. When stimulating a particular point through Hijama, the organ’s blood and Qi is manipulated. |
| In Chinese medicine the skin is directly controlled and influenced by the lungs. The lungs spread the Qi and fluids all over the body through the skin. |
| Stagnation |
| Cold drinks and foods or irregular feeding habits can also cause accumulation problems. All these impair the Spleen’s function of transformation and transportation. Clinical manifestations of this are restlessness, vomiting, the production of phlegm, diarrhea, constipation, a hardened stomach and painful abdomen. Hijama relieves all these symptoms. |
| Regardless of the cause, Hijama can be applied to specific points of the body like what is done in acupuncture, to the area that is dysfunctional. After a short time the patient will feel warmth and there will be a reduction of pain. |
| Fluids in the body can also become stagnant and they are necessary to help the stomach carry out its proper digestive function. |
| Hijama therapy regulates the flow of Qi and blood. It also helps draw out and eliminate pathogenic factors like wind, cold, damp and heat. Hijama also moves Qi and blood and opens the pores of the skin, thus, assisting the removal of pathogens through the skin. |
| Beauty therapy |
| Hijama is also beneficial in beauty therapy as it promotes the production of hormones, encourages blood flow and body fluid movement in the bowels and internal organs. In this way toxins are removed and this is important because toxins speed up the aging process and cause other negative conditions. Amazingly! It can also give a person a natural facelift as the skin is stretched to the acupuncture point, releasing toxins & helps with wrinkles as the suction has amazing pulling suction with is the vacuum created. Why pay thousands of pounds, when it can be achieved with either dry or wet cupping @ the therapy clinic for just a fraction of the cost…! |
| Aging |
| Kidney weakness also speeds up the aging process and leads to dry and damaged hair, early graying or hair loss. Imbalance in ladies also manifests in the early signs of menopause with hot flushes, night sweats and dry skin. Simply applying external lotion to the skin or hair does not access the root cause as it’s only a superficial treatment. Hijama is the fastest & most direct form of detox known to mankind! |
| Evil Eye |
| Hijama can help against evil eye as hijama therapy purifies the body’s internal state by purifying the internal body. The negative and unseen forces can have a huge impact on the persons mental & physical state. |
| General wellbeing |
| By having cupping/hijama therapy it is a very good preventative treatment for many illness’s and excellent for one’s health & wellbeing. If one doesn’t have hijama treatment as maintenance to their health, then one can be more prone & their health will decline over the years due to the buildup of waste that the body holds. |
| Practice of The Prophets |
| As
well as a practice and a guidance from Prophet Muhammad (pbuh) it’s also
known to us that of hijama/cupping or bloodletting was a practice that many
Prophets of Our Creator had advised the whole of mankind to practice, as the
treatment holds great benefit and cures as well as beautiful blessings as its
truly a divine gift, therefore in this case knowledge really is power. As
this treatment is from Our Lord, we know cupping/hijama to be a living
miracle from Him, Allah. (The Most High, The Most Knowing)
Makcik Rokiah boleh dihubungi di 012-3159028. |
Wednesday, April 24, 2013
Rahsia sihat tanpa berbelanja besar
Tuesday, April 23, 2013
Alhamdulillah. Allah bagi saya rasa sakitnya pinggang.
| Ya, Alhamdulillah. Tanpa pengalaman tu saya tak akan dapat
bayangkan bagaimana sakitnya bila sakit pinggang. Untuk sakit kali keduanya?
Ya Allah ya tuhanku, jauhkanlah daku dari merasa sakitnya lagi. Cukuplah
hanya sekali. |
| Alhamdulillah, dengan pengalaman tu dapat saya menghayati apa
yang dirasai oleh penderita sakit pinggang, apa yang dapat melegakan, dan
Insya-Allah dapat menolong insan lain dengan lebih berkesan. Baiklah, saya
ceritakan kronologi macamana saya boleh sakit pinggang. |
| Saya mengalami sakit gigi, dentist yang selalu rawat saya dah
meninggal, nak pergi tempat lain tak confident, jadi bila makan tak boleh
kunyah betul2. Suatu hari pergi ke rumah abang, dia jamukan lamb chop. Apa
lagi, bila makan, kunyah sikit terus telan. Rasa kat perut tu kurang enak,
tapi teruskan juga. 2-3 hari lepas tu pinggang mula rasa tak selesa. Mula2 di
celah Lumber 5, kemudian ke sekitar lower back bahagian kanan, --> ke
pinggul --> ke sisi paha, punggung, dan betis. Semuanya sebelah kanan. |
| Untuk rawatan sendiri saya guna tungku batu & masuk sauna
infrared. Lega sekejap. Makin lama makin sakit. Sembahyang pun bila dah duduk
tak boleh berdiri semula. Bila berjalan boleh langkah kecil2 aje. Bila nak
tidur, dari duduk tepi katil nak baringkan badan pun rasa sakit. Bila dah
baring, bila nak pusing ke kiri/kanan rasa sangat sakit, macam nak terkopak
tulang pelvik dari tulang sakrum. Meniarap pun tak boleh, rasa sakit di
pinggang. (Rupanya itulah juga pengalaman yang dirasai oleh pengidap sakit
pinggang). |
| Dah teruk sangat tu, minta tolong anak urutkan. Kemudian bekam
semua tempat yang sakit, banyak darah keluar. Saya syak ini tentu sebab
makanan tak hadam. Saya ambil Gaviscon dan Panadol Extend. Pagi esoknya sakit
hilang. Lepas tu makan nasi, kunyah lebih kurang, terus telan. 4 jam lepas tu
sakit menyerang semula, lagi dahsyat. |
| Minta tolong anak hantar ke klinik. Bagi tahu doktor sakit
pinggang sebab angin. Macam biasalah doktor kata mana ada angin kat badan. Ni
mesti masalah saraf. Kenalah lecture hampir setengah jam. Last sekali doktor
cek perut. Eh, perut lembut… kata doktor tu. Yang peliknya doktor tu bagi
charcoal tablet & 2 jenis pain killer (maknanya dia setuju memang masalah
angin). Balik rumah makan ubat2 tu. Malamnya masih sakit, minta tolong suami
urutkan sikit. Alhamdulillah, pagi esoknya sakit berkurangan & terus
hilang. |
| 3 hari lepas tu pinggang kiri pula rasa sakit sikit. Saya fikir
mungkin makanan yang tak hadam tu dah bergerak dari usus besar kanan ke kiri.
Ini petanda baik, maknanya bukan masalah saraf, tapi sebab angin. Lepas tu
saya mula simpan stok pil arang. Bila pinggang terasa sakit sikit terus makan
sebiji pil arang. Alhamdulillah, sekarang dah 3 bulan saya tak sakit
pinggang. |
| Oleh kerana masih ada yang menghantar e-mail atau bertanyakan no. telefon, sila hubungi saya, Makcik Rokiah 012-3159028 |
Sunday, December 2, 2012
Misteri angin dalam badan
| Biasanya kalau kita tanya doktor tentang angin dalam badan doktor akan menyangkal tentang dakwan itu. Pada tahun 2000 saya pernah mengalami sakit pinggang, badan tak boleh tegak, berjalan terbongkok-bongkok. Saya ke klinik. Doktor kata angin, dia bagi ubat cecair warna putih yang biasa dibagi untuk gastrik. Eh pelik doktor ni, saya tak sakit perut pun... Tapi tak apalah, saya makan ubat tu dan sakit berkurangan tapi belum hilang. Saya ke klinik yang sama dan doktor bagi ubat sama. Sakit hilang. |
| Dua minggu lepas tu saya buat pemeriksaan kesihatan tahunan.
Doktor kata X-ray dada ok, tapi ada image bulat hitam sebesar bola golf di
bahagian pinggang di kiri tulang belakang, kenapa doktor tak komen. Hairan,
saya tanya doktor apa benda bulat hitam tu? Nak tau apa jawapannya? ANGIN.
Memang betul itulah tempat yang saya sakit 2 minggu sebelumnya. Rupa-rupanya
seorang kenalan pun pernah tenguk X-ray berimage bulat hitam semasa anaknya
sakit kerana banyak angin dalam badan. |
| Melalui pemerhatian kalau angin banyak di bahagian atas badan,
kita akan rasa penat, asyik nak baring aje tapi kalau tidur pun tak lena.
Kalau angin banyak di pinggang ke bawah, kita rasa tak larat nak berjalan
& duduk bangun. Bila dah diurut atau picit baru badan rasa bertenaga. |
| Saya dapati antara punca utama angin dalam badan ialah:- |
| 1. Susah buang air besar --> usus penuh dengan angin --> bahagian lain badan pun rasa tak selesa. Kadang2 angin pun naik ke kepala. Adakah anda mengambil makanan yang berserat & minum secukupnya? |
| 2. Banyak minum minuman berais. Saya perhatikan jika semasa mengandung banyak minum minuman berais, selepas bersalin angin banyak dalam badan. |
| 3. Pengambilan makanan yang boleh mendatangkan angin, bergantung pada badan seseorang, ada yang sensitif dengan kobis, nangka, pulut, dan sebagainya. Perhatikan mana makanan yang anda tak boleh makan. |
| 4. Kurang minum air (jumlah disarankan ialah 2 liter sehari). Sekiranya kurang air sistem peredaran darah & limfa akan terjejas. Sistem saraf juga tidak dapat berkomunikasi dengan baik. |
| 5. Kurang aktiviti fisikal. Dengan melakukan pergerakan badan kita menolong tubuh meningkatkan sistem peredaran, toksin dapat dinyahkan dan badan jadi lebih sihat. |
| Sekiranya anda ada masalah angin dalam badan ubahlah cara hidup
anda, kenalpasti punca masalah. Anda boleh juga berurut, berbekam, atau
bertungku. |
| Menjaga kesihatan adalah satu kewajipan kerana badan anda hanyalah satu pinjaman. Insya-Allah anda akan hidup lebih sihat & bahagia. |
Thursday, October 18, 2012
Masalah sakit pinggang, punggung, dan pinggul - 2.
| Ramai pembaca blog ni menghubungi saya kerana mempunyai masalah 3P ni. Sayangnya mereka menghantar email dan saya jarang bukanya. Jadi nasihat saya telefon/sms 012-3159028. Tolong jangan email sebab badan kita adalah satu ciptaan Allah yang sangat kompleks. Saya terpaksa tanya beberapa soalan untuk dapatkan sedikit gambaran. Oleh kerana saya tinggal di Klang, sekiranya anda tinggal jauh saya akan sarankan apa yang difikirkan sesuai. Gambaran yang lebih jelas bila saya tengok cara anda bergerak dan bertanya soalan lagi termasuk semasa anda diurut. Feedback anda akan lebih membantu. |
| Sebagai contoh:- |
| # Kes 1 - Puan A telefon saya, katanya selepas bersalin normal dia sakit untuk berjalan, Dr dah buat X-ray tapi tak ada masalah tulang. Pernah disuntik untuk menahan sakit. Semasa dia datang ke rumah saya dia sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Bila diurut rupa-rupanya otot punggung kejang dan banyak angin. Saya ajarkan dia cara bertungku, alhamdulillah keadaanya bertambah baik. Persoalannya kalau Dr bertauliah di depan mata pun susah untuk mengesan punca masalah, macamana saya nak bagi tip hanya dengan informasi di email? |
| # Kes 2 - Puan B telefon saya, katanya dia baru 3 bulan bersalin anak pertama. Masalahnya, sakit bila duduk dan dia terpaksa berpaut untuk bangkit. Pada mulanya saya sangka otot di lantai punggung yang memberi masalah, tapi bila diurut rupa-rupanya ada banyak angin di celah-celah tulang sakrum. Yang ini pun saya ajar dia bertungku dan alhamdulillah keadaannya bertambah baik. |
| # Kes 3 - Puan C mengandung 8 minggu anak pertama. Beliau sakit untuk bergerak dan berjalan. Dr gyne sarankan dia datang berurut dengan saya. Saya perhatikan untuk keluar dari kereta suaminya terpaksa mengangkatnya, kemudian dia berjalan perlahan, dan untuk duduk di kerusi suaminya terpaksa bantu. Bila saya suruh baring, suaminya terpaksa angkat & baringkannya. Rupa-rupanya otot gluteus yang tegang. Bila lembut otot dia boleh buat pergerakan sujud, katanya dah seminggu tak boleh sujud. Saya sarankan dia buat regangan yang di ajar. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. |
| # Kes 4 - Puan D mengalami kemalangan dan beliau menendang cermin kereta untuk keluar. Akibatnya dah 12 tahun tak boleh bersila. Dia minta saya urutkan. Seperti biasa, permulaan urutan saya akan tekan-tekan seluruh badan semasa klien meniarap, untuk mengesan kawasan bermasalah. Bila sampai di punggung, ya Allah kerasnya... apa yang patut saya buat ni... Tak tahu apa yang patut dibuat saya hanya letakkan tangan di punggungnya, mengharapkan pertolongan Allah. Tiba-tiba saya mendapat ilham untuk menggongcang punggungnya. Masya-Allah, rasanya tak sampai 3 minit tiba-tiba punggungnya jadi lembut, sampaikan saya kehairanan. Dia pun hairan sampai terpancul dari mulutnya "macam magic" dan saya pun jawab, "ya macam magic". Dia bagi feedback tempat-tempat yang masih sangkut untuk bersila dan saya urut. Kami ulang proses cuba bersila & urut beberapa kali. Alhamdulillah pada hari tu dia berjaya bersila buat pertama kali selepas 12 tahun. |
| Kesimpulan dari contoh-contoh di atas ialah :- |
| (i) tuan badan mesti prihatin untuk mengesan sejak bila masalah bermula. |
| (ii) pergerakan yang macamana yang menimbulkan masalah. |
| (iii) adakah mana-mana bahagian badan yang terasa keras. |
| (iv) jangan sandarkan harapan kepada saya, anda boleh berurut dengan sesiapa pun yang anda rasa confident - yang faham tentang anatomi badan dan body mechanics - dan dikurniakan kebolehan membuang angin. |
| (v) yang paling penting sekali iringilah dengan berdoa kepada Allah. |
Monday, August 6, 2012
Serba sedikit tentang anatomi manusia
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Pemahaman jadi mudah jika dihuraikan mengikut sistem seperti berikut:
1. Sistem rangka – Meliputi rangka tubuh yang terdiri daripada tulang dan rawan. Ia memberi sokongan dan perlindungan.
2. Sistem otot – Terdiri daripada otot tubuh. Ia berfungsi menggerakkan tubuh.
3. Sistem peredaran terdiri daripada:-
- sistem kardiovaskular yang mengalirkan darah antara jantung ke seluruh tubuh.
- sistem pengaliran limfa yang dibentuk oleh nodus limfa dan saluran limfa. Ia mempunyai jaringan dengan aliran darah. Sistem limfa berperanan mempertahankan tubuh dari serangan benda yang menyebabkan penyakit.
4. Sistem saraf – Terdiri daripada otak, korda spina, saraf kranial, saraf spina dan ganglion. Sistem saraf: mengumpulkan, mengirim, dan memproses informasi dalam otak dan saraf keseluruh tubuh.
5. Sistem pernafasan – Terdiri daripada organ pernafasan bermula dari hidung hingga ke paru-paru.
6. Sistem endokrin – Terdiri daripada kelenjar tanpa duktus yang menghasilkan atau merembeskan hormon.
7. Sistem pencernaan – Terdiri daripada saluran pencernaan bermula dari mulut hingga ke dubur (anus) serta kelenjar yang terlibat dalam pencernaan seperti penkreas dan hepar. Ia memproses makanan yang terjadi di dalam mulut, perut, dan usus.
8. Sistem urinari – Merupakan sistem ekskresi yang terdiri daripada ginjal, pundi kencing dan saluran ekskrisinya.
9. Sistem pembiakan – Terdiri daripada organ genital internal dan eksternal.
10. Sistem artikular – Terdiri daripada sendi dan ligamen di sekeliling sendi.
11. Sistem integuman – Merupakan sistem luar badan yang terdiri daripada kulit, kuku, folikel rambut bersama dengan kelejar peluh dan sebum.
Friday, March 2, 2012
Perihal anak dan ibu
| Tak perasan dah lama betul tak update blog ni. Bila ada masa masuk internet niat asal nak update blog tapi otak asyik berlegar apa lagi ilmu nak diteroka, terus tak jadi update. Sekarang ni tengah asyik cari pasal saraf, bekam, acupressure, meridian, dan chakra. Saya nak tahu apa kaitan diantaranya. | ||||||
| Kali ni saya nak tulis pasal bayi memandangkan saya ada pengalaman menarik dengan cucu yang lahir hampir setahun lepas. | ||||||
| 1. Saya jaga menantu & cucu lebih kurang 10 hari sahaja. Kerana kesuntukan masa saya jarang berinteraksi dengan cucu ni. Semasa umurnya 4 bulan saya dapati kepalanya teleng ke kanan - sesuatu yang merisaukan saya sebab semua anak & cucu lain tak sebegitu. Mengikut gerak hati, dengan menggunakan jari telunjuk saya urut perlahan-lahan di atas bahu & pangkal leher. Alhamdulillah selepas beberapa minit aje kepalanya agak tegap sedikit. Saya suruh menantu buat cara sama setiap kali lepas mandi. Lepas seminggu kepalanya dah tegap. | ||||||
| 2. Dalam mencari ilmu tentang saraf saya terjumpa pasal "torticollis". Rupa-rupanya masalah cucu saya ni ada kaitan dengan masalah torticollis. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan tulang belakang bengkok. Cara untuk merawat ialah dengan meniarapkan bayi semasa jaga supaya tulang belakangnya jadi kuat. Rupa-rupanya cucu saya ni tak pernah ditiarapkan sehingga saat itu. Oleh kerana tak biasa, bila saya cuba tiarapkan selama satu minit pun dia dah menangis sebab tak selesa kerana tak biasa. Cara mengatasinya | ||||||
| (a) biasakan bawa bayi dalam keadaan meniarap, tangan kita tampu dada dan lengan bawah tampu sepanjang badan. | ||||||
| (b) biasakan bermain-main dengan bayi dengan badannya ditiarapkan atas bola fitness. Jangan tidurkan bayi dalam keadaan meniarap selepas umur 4 bulan kerana banyak kes kematian mengejut berlaku ketika bayi tidur meniarap. | ||||||
| 3. Baru-baru ni saya ke rumah sorang klien, kebetulan urut sorang jirannya. Sambil tu tengoklah bayinya yang dah berumur 2 bulan. Katanya anaknya tu asyik toleh ke kiri aje sampaikan kepalanya leper sebelah (memang betul pun...). Ini pun jenis "torticollis" jugak. Jadi saya gunalah jari telunjuk, urut perlahan-lahan pangkal leher depan (sternocleidomastoid muscle). Alhamdulillah selepas beberapa minit aje bayi dah toleh ke kanan. Selepas beberapa hari saya follow-up klien bagitau kepala bayinya dah ok. | ||||||
| 4. Cucu yang sama, lengan kanannya terpusing kebelakang sikit (tapak tangan mengadap belakang, bukan ke sisi badan). Gerak hati kata urut bahu, pangkal lengan dan sekitar ketiak (otot trapezius, deltoid, pectoralis, teres). Alhamdulillah, ok. | ||||||
| 5. Cucu ni lagi... ibu jari kanan asyik terlipat kedalam (macam genggam tangan dengan ibu jari di bahagian dalam). Saya urut-urut pergelangan tangan (pangkal ibu jari). Banyak pulaklah saya sendawa. Alhamdulillah terus ok. | ||||||
| KITA HANYA BERUSAHA DAN BERDOA, ALLAH YANG MENYEMBUHKAN. | ||||||
| Tu pasal anak, ni pasal mak pulak. Biasanya kalau anak jaundice ibu tak makan jamu. Cina pun biasanya tak ambik jamu masa berpantang tapi mereka amalkan minuman cara mereka. Jadi saya terfikir kenapa tak minum macam mereka (HALAL….) Resipi ni saya dapat dari seorang Cina dan diconfirmkan oleh Cina lain. Terima kasih kerana sudi berkongsi. | ||||||
| 10 biji red dates (kurma merah / buah bidara) | ||||||
| 10 biji longan (mata kucing) kering | ||||||
| 10 biji (ada yang guna 1 sudu) keici (sorry tak tau ejaan yang betul) tapi mat saleh panggil wolfberry, Melayu panggil goji. | ||||||
| 10 biji kurma hitam | ||||||
| 3 biji kurma madu (bukan kurma madu yang kita beli bulan puasa tu. Buahnya agak besar, sedikit keras & bergula)) | ||||||
| (semua bahan boleh dibeli di kedai singseh. Kalau bahan tak cukup pun tak apa. Tanyalah apa khasiat setiap bahan tu) | ||||||
| Caranya: Rebus semua bahan dengan 1.5 liter air selama 2 jam, api kecil, hingga tinggal 1 liter. | ||||||
| Cara saya: Rebus bahan dengan 1.5 liter air dan sedikit gula batu, sehingga mendidih. Masukkan kesemuanya kedalam flask. Lepas 2 jam dah boleh minum. Hahaha… cara malas. | ||||||
| Katanya, dalam pantang nak minum air rebusan ni seberapa banyak pun boleh. UPDATE PADA 22.6.2015
|
Friday, October 28, 2011
Tulang Belakang Sihat Menjadikan Badan Lebih Sihat
Tulang belakang membolehkan anda berpusing, membongkok, dan menegak. Ia juga melindungi saraf tunjang, kumpulan saraf utama yang menghantar maklumat dari otak ke seluruh badan anda.
Ada 26 tulang yang dipanggil vertebra terdiri daripada:-
- 7 tulang servikal di belakang leher untuk menyokong kepala.
- 12 tulang toraksik memegang tulang rusuk.
- 5 tulang lumbar di bahagian pinggang.
- sakrum yang merupakan 5 tulang yang sudah bercantum menjadi satu.
- koksiks yang merupakan 4 tulang yang sudah bercantum menjadi satu.
(secara umumnya semasa lahir bayi mempunyai sekitar 270 tulang, sebahagian kemudiannya bercantum menjadikan orang dewasa mempunyai sekitar 206 tulang).
Saya sudah katakan otot teras yang kuat sangat mustahak. Sekiranya otot teras lemah, tulang belakang menjadi lemah, postur kurang bagus, dan kesihatan terganggu. Postur kurang bagus boleh menyebabkan anda bongkok, badan lemah, sakit berpanjangan, dan ketidakmampuan untuk melakukan sesetengah pergerakan.(saya suka bayangkan tulang belakang sebagai satu-satunya lebuhraya yang ada. Apa saja yang berlaku di lebuhraya ini akan menyebabkan aliran trafik terganggu!)
Bila bercakap pasal otot teras ramai orang akan terfikirkan tentang otot abdomen yang kuat dan cantik. Sebenarnya otot teras terdiri dari kumpulan otot yang membentuk bahagian tengah badan sehingga punggung (umpama korset). Kumpulan otot inilah yang berfungsi menstabilkan dan menguatkan pergerakan.
Saya telah terangkan kaitan antara otot teras yang baik dangan tulang belakang yang bagus. Antara tip menguatkan tulang belakang:-
- bersenam
- lakukan regangan
- lakukan pergerakan, jangan duduk di tempat sama dalam jangka masa yang lama
- minum air secukupnya bagi mengekalkan kelembapan cakera antara vertebra
- kurangkan berat badan supaya beban keatas tulang belakang berkurangan
Senaman yang paling bagus untuk menguatkan otot teras dan tulang belakang ialah Pilates. Senaman ini dapat meregangkan dan juga menguatkan otot. Ia adalah sejenis senaman pemulihan dan menjadikan pergerakan anda lebih dinamik.
Ada 26 tulang yang dipanggil vertebra terdiri daripada:-
- 7 tulang servikal di belakang leher untuk menyokong kepala.
- 12 tulang toraksik memegang tulang rusuk.
- 5 tulang lumbar di bahagian pinggang.
- sakrum yang merupakan 5 tulang yang sudah bercantum menjadi satu.
- koksiks yang merupakan 4 tulang yang sudah bercantum menjadi satu.
(secara umumnya semasa lahir bayi mempunyai sekitar 270 tulang, sebahagian kemudiannya bercantum menjadikan orang dewasa mempunyai sekitar 206 tulang).
Saya sudah katakan otot teras yang kuat sangat mustahak. Sekiranya otot teras lemah, tulang belakang menjadi lemah, postur kurang bagus, dan kesihatan terganggu. Postur kurang bagus boleh menyebabkan anda bongkok, badan lemah, sakit berpanjangan, dan ketidakmampuan untuk melakukan sesetengah pergerakan.(saya suka bayangkan tulang belakang sebagai satu-satunya lebuhraya yang ada. Apa saja yang berlaku di lebuhraya ini akan menyebabkan aliran trafik terganggu!)
Bila bercakap pasal otot teras ramai orang akan terfikirkan tentang otot abdomen yang kuat dan cantik. Sebenarnya otot teras terdiri dari kumpulan otot yang membentuk bahagian tengah badan sehingga punggung (umpama korset). Kumpulan otot inilah yang berfungsi menstabilkan dan menguatkan pergerakan.
Saya telah terangkan kaitan antara otot teras yang baik dangan tulang belakang yang bagus. Antara tip menguatkan tulang belakang:-
- bersenam
- lakukan regangan
- lakukan pergerakan, jangan duduk di tempat sama dalam jangka masa yang lama
- minum air secukupnya bagi mengekalkan kelembapan cakera antara vertebra
- kurangkan berat badan supaya beban keatas tulang belakang berkurangan
Senaman yang paling bagus untuk menguatkan otot teras dan tulang belakang ialah Pilates. Senaman ini dapat meregangkan dan juga menguatkan otot. Ia adalah sejenis senaman pemulihan dan menjadikan pergerakan anda lebih dinamik.
Subscribe to:
Posts (Atom)