Thursday, October 18, 2012

Masalah sakit pinggang, punggung, dan pinggul - 2.

Ramai pembaca blog ni menghubungi saya kerana mempunyai masalah 3P ni. Sayangnya mereka menghantar email dan saya jarang bukanya. Jadi nasihat saya telefon/sms 012-3159028. Tolong jangan email sebab badan kita adalah satu ciptaan Allah yang sangat kompleks. Saya terpaksa tanya beberapa soalan untuk dapatkan sedikit gambaran. Oleh kerana saya tinggal di Klang, sekiranya anda tinggal jauh saya akan sarankan apa yang difikirkan sesuai. Gambaran yang lebih jelas bila saya tengok cara anda bergerak dan bertanya soalan lagi termasuk semasa anda diurut. Feedback anda akan lebih membantu.
Sebagai contoh:-
#  Kes 1 - Puan A telefon saya, katanya selepas bersalin normal dia sakit untuk berjalan, Dr dah buat X-ray tapi tak ada masalah tulang. Pernah disuntik untuk menahan sakit. Semasa dia datang ke rumah saya dia sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Bila diurut rupa-rupanya otot punggung kejang dan banyak angin. Saya ajarkan dia cara bertungku, alhamdulillah keadaanya bertambah baik. Persoalannya kalau Dr bertauliah di depan mata pun susah untuk mengesan punca masalah, macamana saya nak bagi tip hanya dengan informasi di email?
#  Kes 2 - Puan B telefon saya, katanya dia baru 3 bulan bersalin anak pertama. Masalahnya, sakit bila duduk dan dia terpaksa berpaut untuk bangkit. Pada mulanya saya sangka otot di lantai punggung yang memberi masalah, tapi bila diurut rupa-rupanya ada banyak angin di celah-celah tulang sakrum. Yang ini pun saya ajar dia bertungku dan alhamdulillah keadaannya bertambah baik.
#  Kes 3 -  Puan C mengandung 8 minggu anak pertama. Beliau sakit untuk bergerak dan berjalan. Dr gyne sarankan dia datang berurut dengan saya. Saya perhatikan untuk keluar dari kereta suaminya terpaksa mengangkatnya, kemudian dia berjalan perlahan, dan untuk duduk di kerusi suaminya terpaksa bantu. Bila saya suruh baring, suaminya terpaksa angkat & baringkannya. Rupa-rupanya otot gluteus yang tegang. Bila lembut otot dia boleh buat pergerakan sujud, katanya dah seminggu tak boleh sujud. Saya sarankan dia buat regangan yang di ajar. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik.
#  Kes 4 - Puan D mengalami kemalangan dan beliau menendang cermin kereta untuk keluar. Akibatnya dah 12 tahun tak boleh bersila. Dia minta saya urutkan. Seperti biasa, permulaan urutan saya akan tekan-tekan seluruh badan semasa klien meniarap, untuk mengesan kawasan bermasalah. Bila sampai di punggung, ya Allah kerasnya... apa yang patut saya buat ni... Tak tahu apa yang patut dibuat saya hanya letakkan tangan di punggungnya, mengharapkan pertolongan Allah. Tiba-tiba saya mendapat ilham untuk menggongcang punggungnya. Masya-Allah, rasanya tak sampai 3 minit tiba-tiba punggungnya jadi lembut, sampaikan saya kehairanan. Dia pun hairan sampai terpancul dari mulutnya "macam magic" dan saya pun jawab, "ya macam magic". Dia bagi feedback tempat-tempat yang masih sangkut untuk bersila dan saya urut. Kami ulang proses cuba bersila & urut beberapa kali. Alhamdulillah pada hari tu dia berjaya bersila buat pertama kali selepas 12 tahun.
Kesimpulan dari contoh-contoh di atas ialah :- 
(i) tuan badan mesti prihatin untuk mengesan sejak bila masalah bermula. 
(ii) pergerakan yang macamana yang menimbulkan masalah. 
(iii) adakah mana-mana bahagian badan yang terasa keras. 
(iv) jangan sandarkan harapan kepada saya, anda boleh berurut dengan sesiapa pun yang anda rasa confident - yang faham tentang anatomi badan dan body mechanics - dan dikurniakan kebolehan membuang angin. 
(v) yang paling penting sekali iringilah dengan berdoa kepada Allah.

Monday, August 6, 2012

Serba sedikit tentang anatomi manusia


Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Pemahaman jadi mudah jika dihuraikan mengikut sistem seperti berikut:
1. Sistem rangka – Meliputi rangka tubuh yang terdiri daripada tulang dan rawan. Ia memberi sokongan dan perlindungan.
2. Sistem otot – Terdiri daripada otot tubuh. Ia berfungsi menggerakkan tubuh.
3. Sistem peredaran terdiri daripada:-
   - sistem kardiovaskular yang mengalirkan darah antara jantung ke seluruh tubuh.
   - sistem pengaliran limfa yang dibentuk oleh nodus limfa dan saluran limfa. Ia mempunyai jaringan dengan aliran darah. Sistem limfa berperanan mempertahankan tubuh dari serangan benda yang menyebabkan penyakit.
4. Sistem saraf – Terdiri daripada otak, korda spina, saraf kranial, saraf spina dan ganglion. Sistem saraf: mengumpulkan, mengirim, dan memproses informasi dalam otak dan saraf keseluruh tubuh.
5. Sistem pernafasan – Terdiri daripada organ pernafasan bermula dari hidung hingga ke paru-paru.
6. Sistem endokrin – Terdiri daripada kelenjar tanpa duktus yang menghasilkan atau merembeskan hormon.
7. Sistem pencernaan – Terdiri daripada saluran pencernaan bermula dari mulut hingga ke dubur (anus) serta kelenjar yang terlibat dalam pencernaan seperti penkreas dan hepar. Ia memproses makanan yang terjadi di dalam mulut, perut, dan usus.
8. Sistem urinari – Merupakan sistem ekskresi yang terdiri daripada ginjal, pundi kencing dan saluran ekskrisinya.
9. Sistem pembiakan – Terdiri daripada organ genital internal dan eksternal.
10. Sistem artikular – Terdiri daripada sendi dan ligamen di sekeliling sendi.
11. Sistem integuman – Merupakan sistem luar badan yang terdiri daripada kulit, kuku, folikel rambut bersama dengan kelejar peluh dan sebum.

Friday, March 2, 2012

Perihal anak dan ibu

Tak perasan dah lama betul tak update blog ni. Bila ada masa masuk internet niat asal nak update blog tapi otak asyik berlegar apa lagi ilmu nak diteroka, terus tak jadi update. Sekarang ni tengah asyik cari pasal saraf, bekam, acupressure, meridian, dan chakra. Saya nak tahu apa kaitan diantaranya.
Kali ni saya nak tulis pasal bayi memandangkan saya ada pengalaman menarik dengan cucu yang lahir hampir setahun lepas.
1. Saya jaga menantu & cucu lebih kurang 10 hari sahaja. Kerana kesuntukan masa saya jarang berinteraksi dengan cucu ni. Semasa umurnya 4 bulan saya dapati kepalanya teleng ke kanan - sesuatu yang merisaukan saya sebab semua anak & cucu lain tak sebegitu. Mengikut gerak hati, dengan menggunakan jari telunjuk saya urut perlahan-lahan di atas bahu & pangkal leher. Alhamdulillah selepas beberapa minit aje kepalanya agak tegap sedikit. Saya suruh menantu buat cara sama setiap kali lepas mandi. Lepas seminggu kepalanya dah tegap.
2. Dalam mencari ilmu tentang saraf saya terjumpa pasal "torticollis". Rupa-rupanya masalah cucu saya ni ada kaitan dengan masalah torticollis. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan tulang belakang bengkok. Cara untuk merawat ialah dengan meniarapkan bayi semasa jaga supaya tulang belakangnya jadi kuat. Rupa-rupanya cucu saya ni tak pernah ditiarapkan sehingga saat itu. Oleh kerana tak biasa, bila saya cuba tiarapkan selama satu minit pun dia dah menangis sebab tak selesa kerana tak biasa. Cara mengatasinya
 (a) biasakan bawa bayi dalam keadaan meniarap, tangan kita tampu dada dan lengan bawah tampu sepanjang badan.
 (b) biasakan bermain-main dengan bayi dengan badannya ditiarapkan atas bola fitness. Jangan tidurkan bayi dalam keadaan meniarap selepas umur 4 bulan kerana banyak kes kematian mengejut berlaku ketika bayi tidur meniarap.
3. Baru-baru ni saya ke rumah sorang klien, kebetulan urut sorang jirannya. Sambil tu tengoklah bayinya yang dah berumur 2 bulan. Katanya anaknya tu asyik toleh ke kiri aje sampaikan kepalanya leper sebelah (memang betul pun...). Ini pun jenis "torticollis" jugak. Jadi saya gunalah jari telunjuk, urut perlahan-lahan pangkal leher depan (sternocleidomastoid muscle). Alhamdulillah selepas beberapa minit aje bayi dah toleh ke kanan. Selepas beberapa hari saya follow-up klien bagitau kepala bayinya dah ok.
4. Cucu yang sama, lengan kanannya terpusing kebelakang sikit (tapak tangan mengadap belakang, bukan ke sisi badan). Gerak hati kata urut bahu, pangkal lengan dan sekitar ketiak (otot trapezius, deltoid, pectoralis, teres). Alhamdulillah, ok.
5. Cucu ni lagi... ibu jari kanan asyik terlipat kedalam (macam genggam tangan dengan ibu jari di bahagian dalam). Saya urut-urut pergelangan tangan (pangkal ibu jari). Banyak pulaklah saya sendawa. Alhamdulillah terus ok.
KITA HANYA BERUSAHA DAN BERDOA, ALLAH YANG MENYEMBUHKAN.
Tu pasal anak, ni pasal mak pulak. Biasanya kalau anak jaundice ibu tak makan jamu. Cina pun biasanya tak ambik jamu masa berpantang tapi mereka amalkan minuman cara mereka. Jadi saya terfikir kenapa tak minum macam mereka (HALAL….) Resipi ni saya dapat dari seorang Cina dan diconfirmkan oleh Cina lain. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
   10 biji red dates (kurma merah / buah bidara)
   10 biji longan (mata kucing) kering
   10 biji (ada yang guna 1 sudu) keici (sorry tak tau ejaan yang betul) tapi mat saleh panggil wolfberry, Melayu panggil goji.
   10 biji kurma hitam
   3 biji kurma madu (bukan kurma madu yang kita beli bulan puasa tu. Buahnya agak besar, sedikit keras & bergula))
   (semua bahan boleh dibeli di kedai singseh. Kalau bahan tak cukup pun tak apa. Tanyalah apa khasiat setiap bahan tu)
   Caranya: Rebus semua bahan dengan 1.5 liter air selama 2 jam, api kecil, hingga tinggal 1 liter. 
   Cara saya: Rebus bahan dengan 1.5 liter air dan sedikit gula batu, sehingga mendidih. Masukkan kesemuanya kedalam flask. Lepas 2 jam dah boleh minum. Hahaha… cara malas.
Katanya, dalam pantang nak minum air rebusan ni seberapa banyak pun boleh.

UPDATE PADA 22.6.2015
Saya terima banyak pertanyaan tentang torticollis & ibu jari baby terlipat ke dalam genggam tangan. Yang bertanya tu ada yang tinggal jauh. Nak terangkan agak susah untuk difahami.
Google di youtube jumpalah video yang mungkin dapat membantu. Cubalah, mungkin dapat menyelesaikan masalah.

Untuk torticollis:
Infant Phys Therapy - Torticollis exercises_Part6   by Elizabeth Barden
dan,
Torticollis Exercise: Football Hold  by My Torticollis Baby

Untuk masalah ibu jari boleh tenguk video yang bagus ni. Walaupun peneragannya untuk orang dewasa tapi boleh juga diapplikasikan kepada baby. Kalau kita faham anatomi & apa yang berlaku senanglah kita buat rawatan.
Massage therapist self-care: Thumb pain by Massage Sloth

Nampaknya siri video oleh Massage Sloth sangat bagus sebab penerangannya berpandukan anatomi & body mechanics. (Baru jumpa hari ni).

Makcik Rokiah, Meru, Klang. 012-3159028

Friday, October 28, 2011

Tulang Belakang Sihat Menjadikan Badan Lebih Sihat

Tulang belakang membolehkan anda berpusing, membongkok, dan menegak. Ia juga melindungi saraf tunjang, kumpulan saraf utama yang menghantar maklumat dari otak ke seluruh badan anda.
 
Ada 26 tulang yang dipanggil vertebra terdiri daripada:-
- 7 tulang servikal di belakang leher untuk menyokong kepala.
- 12 tulang toraksik memegang tulang rusuk.
- 5 tulang lumbar di bahagian pinggang.
- sakrum yang merupakan 5 tulang yang sudah bercantum menjadi satu.
- koksiks yang merupakan 4 tulang yang sudah bercantum menjadi satu.
(secara umumnya semasa lahir bayi mempunyai sekitar 270 tulang, sebahagian kemudiannya bercantum menjadikan orang dewasa mempunyai sekitar 206 tulang).

Saya sudah katakan otot teras yang kuat sangat mustahak. Sekiranya otot teras lemah, tulang belakang menjadi lemah, postur kurang bagus, dan kesihatan terganggu. Postur kurang bagus boleh menyebabkan anda bongkok, badan lemah, sakit berpanjangan, dan ketidakmampuan untuk melakukan sesetengah pergerakan.(saya suka bayangkan tulang belakang sebagai satu-satunya lebuhraya yang ada. Apa saja yang berlaku di lebuhraya ini akan menyebabkan aliran trafik terganggu!)


Bila bercakap pasal otot teras ramai orang akan terfikirkan tentang otot abdomen yang kuat dan cantik. Sebenarnya otot teras terdiri dari kumpulan otot yang membentuk bahagian tengah badan sehingga punggung (umpama korset). Kumpulan otot inilah yang berfungsi menstabilkan dan menguatkan pergerakan.  


Saya telah terangkan kaitan antara otot teras yang baik dangan tulang belakang yang bagus. Antara tip menguatkan tulang belakang:- 
- bersenam 
- lakukan regangan 
- lakukan pergerakan, jangan duduk di tempat sama dalam jangka masa yang lama 
- minum air secukupnya bagi mengekalkan kelembapan cakera antara vertebra 
- kurangkan berat badan supaya beban keatas tulang belakang berkurangan 


Senaman yang paling bagus untuk menguatkan otot teras dan tulang belakang ialah Pilates. Senaman ini dapat meregangkan dan juga menguatkan otot. Ia adalah sejenis senaman pemulihan dan menjadikan pergerakan anda lebih dinamik.  

Thursday, October 27, 2011

Kesan kecederaan

Kesakitan otot yang berpanjangan boleh bermula dengan kecederaan kecil kepada otot, tendon dan fascia yang membalutnya, yang disebabkan oleh kecederaan atau penggunaan terlampau. Kalau tidak dirawat dengan segera ia boleh mewujudkan kitaran kesakitan yang menjadikannya lebih teruk. 

Secara amnya lingkaran kesakitan ini seperti berikut:- 
   Kesakitan & disfungsi ---> tekanan (stres) ---> ketegangan (tension) ---> otot menegang ---> aliran darah terjejas ---> sisa metabolik (toksin) berkumpul ---> kesakitan & disfungsi menjadi lebih teruk ---> tekanan bertambah ---> ketegangan otot meningkat ---> pengaliran darah makin berkurang ---> toksin makin banyak ---> dan seterusnya.... 
   Keluasan kawasan yang sakit juga makin merebak. Semakin lama otot jadi sangat tegang, saraf terhimpit, anda tidak dapat merasa sakit lagi. Sangkaan anda, kalau dibiarkan baiklah sendiri. Buktinya sakitnya dah hilang.

Malang sekali sebab sangkaan anda meleset. Contohnya, kecederaan bermula di pinggang tepi tulang belakang. Kecederaan yang bermula sedikit akan merebak hingga ke sisi pinggul, kemudian kelutut, akhirnya anda berjalan seperti robot - kiri, kanan, kiri, kanan... Kita biasa tengok perempuan tua jalan macam ni kan? Tapi orang lelaki jarang jalan macam robot.... Sebabnya orang lelaki tak tahan sakit, sakit sikit aje terus pergi urut. Orang perempuan banyak berkorban, banyak yang hendak difikirkan, dan sentiasa sibuk, banyak duduk, bangun, berjalan, yang menyebabkan otot sekitar tulang belakang menegang. Bila otot tegang, tulang rangka boleh tertarik, alignment out!!! 

Hey... alignment kereta kita betulkan, alignment sendiri tak nak betulkan ker? Kereta ada spare part & boleh ditukar ganti. Badan kita ada spare part ker? 

Nasihat saya rawatlah sebelum merebak, ianya lebih senang dan menjimatkan.  

Tuesday, October 25, 2011

Jagalah postur anda

Kali ni saya tak nak tulis panjang. Saya hanya ingin mengajak anda semua menjaga postur (ada masanya saya pun lupa juga...) sebabnya postur baik dapat menjamin kesihatan yang lebih baik.

Apakah yang dimaksudkan dengan postur yang baik?
Postur kedudukan dimana anda memegang badan anda tegak melawan graviti semasa berdiri, berjalan, duduk atau berbaring. Postur yang baik melibatkan latihan badan yang meletakkannya dalam kedudukan yang paling kurang memberi tekanan kepada otot dan ligamen yang menyokong aktiviti semasa pergerakan atau menanggung berat badan.


Antara kesan postur yang baik:- 
- Mengelakkan keletihan kerana otot sedang digunakan dengan lebih cekap, membolehkan tubuh mengguna tenaga yang kurang.
- Mencegah sakit belakang dan sakit otot.
- Menyumbang kepada penampilan baik.

Melalui pengalaman mengurut saya dapati banyak masaalah yang dihadapi oleh klien disebabkan postur yang kurang baik. Saya akan urut otot-otot yang menegang agar postur akan kembali kepada keadaan yang sepatutnya.

Antara penyumbang utama masalah postur kurang baik dan sakit pinggang dan belakang (ini pun melalui pemerhatian):-
- berjalan menunduk
- berdiri dengan berat badan tidak diseimbangkan antara kanan dan kiri
- berdiri dengan lutut tidak dibengkokkan sedikit (akibatnya kepala akan kehadapan)
- duduk membongkok dihadapan komputer
- otot teras yang lemah. Insya Allah dimasa hadapan saya tulis tentang mustahaknya otot teras yang kuat.

Sebagai renungan bersama saya sertakan petikan dari salah satu blog yang saya baca:
   
        Membiasakan Yang Betul dan membetulkan yang Biasa...
        Untuk( Berubah)- membuang suatu kebiasaan yang negatif - kita mulai dengan mengubah factor-faktor pendorong dan kecenderungan yang mengarah kepada kebiasaan negatif itu. Lalu secara perlahan-lahan kita mulai meninggalkan kebiasaan tersebut. Perkara yang penting untuk mengubah kebiasaan yang negatif memerlukan keyakinan kita tentang kesan negatif dari kebiasaan tersebut dan keinginan untuk mengubahnya.

Thursday, August 11, 2011

Sakit, urut, dan bekam

   Dulu semasa belajar dan bekerja saya selalu menghadapi ketegangan tengkuk, bahu, dan belikat. Masa peperikasaan, lebih 2 jam dalam dewan, sakit belikat macam ada seketul batu besar melekat kat situ. Kalau ada orang tolong tekan-tekankan aah… lega…Semenjak aktif mengurut orang, alhamdulillah, masalah tu hilang. Tapi sekarang bulan puasa saya hadkan aktiviti mengurut kepada orang bersalin & yang urgent sangat, lebih masa depan komputer (sebab tu lah sekarang dapat update blog) rasa sakit di trapezius dah kembali. Dah macam orang-orang yang saya urut tu. Sebab tu lah saya faham apa yang anda rasakan. Saya anggap ianya hikmah Allah kurniakan kepada saya supaya dapat beri rawatan yang lebih memuaskan, dan saya seronok melakukan urutan penyembuhan.
   Kenapa saya sakit bila menghadapi peperiksaan tetapi tiada masalah walaupun mengurut 5-6jam sehari, kecuali penat? Jawapannya mudah. Tubuh badan kita dijadikan untuk melakukan berbagai pergerakan dalam menjalani kehidupan seharian, bukannya mesin yang ditugaskan untuk melakukan pergerakan tertentu sahaja.  Pergerakan terjadi apabila otot-otot bekerja.
   Otot biasanya bekerja secara berpasangan. Sebagai contoh, pergerakan lengan manusia. Otot di bahagian depan lengan dipanggil otot bisep. Otot di belakang lengan dipanggil otot triceps. Apabila otot bisep bekerja (menguncup) otot triceps berada dalam keadaan rilek. Apabila otot triceps menguncup otot bisep pula rilek. Otot boleh menguncup bila semua sel-sel otot tersebut sama-sama menguncup (contract). Apabila otot berada dalam keadaan menguncup atau rilek memanjang....masalah pun timbul....Pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otot berkenaan terjejas dan saraf hantar isyarat sakit, otak mengerahkan segala balatentera untuk merawat tempat bermasaalah. Maka terjadilah parut-parut dalam otot. 
   Parut-parut inilah yang membatas pergerakan antara urat-urat otot. (Bila potong daging lembu tu cuba perhatikan bahagian yang keras, susah dipotong tu ada banyak urat-urat halus warna putih antara urat-urat daging. Sama la tu....) Saraf boleh terhimpit, pengaliran darah, oksigen, dan nutrien terjejas, darah berasid, dan toksin berkumpul. Pusingan tindakbalas berterusan.... Kalau dibiarkan kawasan yang kecil, mungkin tak disedari pun akan merebak jadi masalah besar dan anda mula rasa sakit walaupun disebabkan oleh perkara kecil. Pada tahap lebih teruk saraf mula memberontak sebab anda tak peduli dengan isyarat-isyarat sakit yang dihantar, jadi saraf pun tidur. Anda dah tak rasa sakit lagi walaupun diurut dengan kuat. Bagus? Tidak! sebab organ-organ dalaman juga sudah tidak dapat berfungsi secara optimum.
   Biasanya bila klien minta diurut, mereka dah mula rasa sakit. Ada juga yang katanya saja nak servis bagi segar badan, tapi bila saya urut terjumpalah masalah-masalah yang tuan badan sendiri tak sedar.

Bagaimana saya lakukan rawatan?
- saya bertanya apa masalah/hajat.
- perhatikan cara dia berjalan atau lakukan pergerakan.
- jenis pekerjaan yang dilakukan
- banyak duduk/berjalan/dll
- mungkin klien cerita sejarah masaalah
- urut dilakukan setakat klien rasa sakit-sakit sedap dan masih rasa rileks. Jangan paksa diri menahan sakit semasa diurut sebab tujuan urutan ialah untuk melembutkan otot-otot yang tegang, jadi kalau klien menegang menahan sakit ianya sudah bertentengan dengan tujuan urutan dilakukan. Ini prinsip saya, orang lain saya tak tahulah. Jadi, kalau sakit bagitau saya ye.....
- saya analisa pergerakan-pergerakan yang menjadi punca masaalah dan mula urutan dari tempat puncanya. Sebab itulah saya sangat-sangat mengalukan maklumbalas, ia memudahkan kerja saya dan memberi kepuasan kepada klien.
- kalau masalah masih baru, masa urutan lebih pendek, mungkin sekali urut saje dah ok. Masalah kronik perlu rawatan berulang kali, berapa kali saya tak tahu sebab bergantung kepada keadaan. Hanya Allah yang menyembuhkan, saya berusaha, anda berdoa.
- kadang-kadang saya cadangkan klien lakukan bekam kalau saya fikir itu dapat membantu. Sebabnya kalau berurut, otot yang melekat-lekat (orang Melayu kata urat tersimpul) dapat dipecahkan, pengaliran darah meningkat, toksin dikeluarkan melalui perkumuhan, kesannya tak secepat bekam. Ada juga kadang-kadang tu darah bekam pun susah keluar, bukan tak ada toksin, tapi tersumbat. Bila diulangi urut dan bekam pada sesi lain barulah darah keluar dengan lebih banyak. Aah.. lega...
- saya minta klien minum air sebelum dan selepas urut untuk meningkatkan proses detoksifikasi. Klien boleh alami kesakitan selepas urut kalau tidak minum air atau kurang minum air. Sebab itulah saya cuba elak urut selain orang bersalin semasa puasa.

Kenapa perlu bekam?
   Dalam Hadits riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Israk Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda Rasul takut hal tersebut menjadi Fardlu atas umatnya.
   Gaya hidup kita yang semakin meningkat sibuk dan pengambilan bahan pengawet, bahan kimia didalam diet   dan dadah sintetik (seperti paracetamol), dan sebagainya, menambahkan toksin yang terdapat dalam aliran darah yang boleh melemahkan organ-organ dan mempercepatkan proses penuaan. Badan tidak dapat yang terbaik dari nutrien disebabkan oleh aliran darah yang terjejas. Bekam membantu membuang toksin-toksin ini, mengurangkan asid darah, badan dapat menghasilkan hormon "gembira" yang dipanggil endorfin yang membuatkan anda rasa lebih segar dan rilek.

Kadang-kadang ada juga orang yang telefon saya bertanyakan apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masaalah. Sejujurnya susah saya nak jawab sebab saya hanya dapat mengagak puncanya. Kalau tak dilihat secara fisikal dan testing lokasi sakit saya tak dapat bagi cadangan membina. Kerap juga semasa mengurut baru mendapat ilham rawatan. Hanya Allah yang maha mengetahui.