Tuesday, February 1, 2011

Masalah sakit pinggang, punggung, dan pinggul.

     Pengalaman mengurut menemukan saya dengan ramai wanita yang menderita sakit sekitar pinggang, punggung, dan pinggul (back, sacrum, & pelvic area). Masalah bermula semasa mereka mengandung atau selepas bersalin. Antara ciri-ciri kesakitan yang dialami ialah:-
- sakit pinggang
- sakit sekitar tulang pubik
- sakit sekitar pangkal paha atau pinggul
- sakit jika baring melentang ditempat keras dan kesakitan bertambah buruk ketika berpusing untuk bangun.
- sakit ketika menaiki tangga.
    Untuk memahami puncanya mari kita sama-sama memahami Anatomi Girdel Pelvik. Walaupun ia kelihatan seperti seketul tulang yang besar, ia sebenarnya terdiri daripada empat tulang - Sakrum dan Koksiks di belakang, dan dua tulang pinggul di kiri dan kanan (Ilium). Sakrum dan Ilium disambung dengan Ligamen yang boleh meregang semasa mengandung dan bersalin. Dua tulang Ilium yang bertemu dihadapan disambungkan dengan Simfisis Pubis.  Dalam keadaan biasa jarak Simfisis Pubis sekitar 4-5mm dan meregang sebanyak 2-3mm lagi semasa mengandung. Sekiranya regangang lebih dari kadar ini ia akan mengakibatkan ketegangan di persendian Girdel Pelvik yang lain. 
     Semasa proses bersalin Simfisis Pubis bertambah meregang bagi memberi laluan kepada bayi. Sepatutnya ia kembali kepada keadaan asal, tapi ada sesetengah kes ianya gagal. Sebab itulah semasa berpantang wanita sangat digalakkan memakai bengkung. Sekiranya masalah ini dikesan awal doktor mungkin mencadangkan anda berbengkung setiap masa selama dua minggu bagi merapatkan semula Girdel Pelvik. Anda juga dinasihatkan supaya kurangkan berjalan dan banyak berehat. Kalau masalah ini dibiarkan anda akan menderita berpanjangan dan keadaan bertambah teruk pada kehamilan seterusnya. Sekiranya anda masih mengalami masalah ini saya cadangkan anda berurut.
     Urut semasa mengandung dapat mengurangkan masalah yang disebabkan oleh perubahan fisikal serta memperbaiki otot dan keseimbangan hormon. Pilihlah tukang urut yang faham apa yang dilakukan bagi memastikan keselamatan ibu dan anak. Urutan di bahagian perut tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan tali pusat terbelit. Urutan 12 minggu pertama perlu kebenaran doktor. 
    Ramai yang mengalami masalah tegang otot disebabkan perubahan postur badan. Urutan dapat memberi kelegaan dan merilekkan. Urutan sangat berkesan bagi sesiapa yang berhadapan dengan masalah sakit Girdel Pelvis / Simfisis Pubis Dysfunction (SPD) tetapi perlu dilakukan dengan hati-hari kerana adanya saraf berkaitan sistem pembiakan. 
    Selepas bersalin urutlah seberapa awal yang boleh kerana urutan menolong dalam memperbaiki postur dan kedudukan tulang rangka (alignment) badan. Ramai yang tidak sedar mereka yang bersalin melalui pembedahan juga boleh diurut seluruh badan melainkan perut. Biasanya saya urut lepas seminggu atau setelah ibu selesa berbaring mengiring. Ada juga yang minta diurut selepas dua tiga hari bersalin. Dalam keadaan ini saya urut semasa dia duduk di kerusi. 

7 comments:

  1. assalam...rasanya sy mungkin mengalami masalah2 di atas. sy baru melahirkan pd 31 ogos yg lalu. dari mengandung trimester ketiga hingga saat ini sudah melahirkan sy masih lagi mengalami kesakitan di bahagian pinggul. tidur juga dlm posisi berhati2 untuk ke kiri dan ke kanan. bila sudah berjaya mengiring nanti akan kedengaran tulang pinggul sy berbunyi rasa seperti hendak tercabut. sy sudah berurut dengan bidan urut di kampung. sakit hilang tetapi beberapa hari kemudian datang kembali. ada cara lain tak untuk mengubatinya?

    ReplyDelete
  2. Wksalam. Rasanya selain dari berurut untuk menghilangkan sebarang ketegangan di sekitar tulang sekrum, pelvik, dan pinggul (otot-otot yang menyambung kepala tulang paha & tulang pelvik)pergerakan lembut (umpamanya guna gym ball) bagi menguatkan otot-otot teras (core muscles) sangat mustahak, tapi saya tak galakkan pergi ke gym kerana pergerakan aggresif boleh memudharatkan. Kekuatan core muscles sangat mustahak bagi menentukan postur yang betul, dan postur betul dapat menyeimbangkan badan tanpa menambahkan tekanan kepada mana-mana bahagian badan. Postur yang betul sangat bergantung kepada kekuatan core muscles untuk menyokong tulang belakang. Sekiranya puan telefon saya, 012-3159028 bolehlah saya dapat gambaran lebih jelas tentang masalah puan, dan mungkin dapat cadangkan tindakan yang lebih tepat.

    ReplyDelete
  3. salam makcik rokiah,

    boleh ke saya booking makcik untk mengurut sy selepas bersalin nanti?tarikh jangkaan 17 mac 2012. untuk pengetahuan makck, saya tinggal di ampang. berapakh bayaran yg makcik kenakan?bolehkah sya mengurut untuk tempoh 5 hr atau 7hr berturut?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mak cik..
    saya tlh bersalin pada 2008.kini anak saya berusia 4thn.slps bersalin saya mengalami sakit2 dan lenguh2 paha & kaki yang teruk.boleh dikatakan saya tidak dapat merasa kaki saya yg sprt dulu lg.untuk pengetahuan makcik,saya tlhpun mengurut dengan 3 4 org bidan kampung,mereka mengatakan masalah urat n tulang.utk menahan sakit,saya ambil ubat thn sakit(ubt saraf) ttpi ianya hanya berkesan untuk smntara waktu shj.bantu saya.trima kasih

    ReplyDelete
  5. Saye pun mengalami sakit tulang pinggul mcm yg mrs. Faizalriza alami..selalu benbunyi ketika alih posisi atau mengangkat baby.

    ReplyDelete
  6. bestnyer kalau dapat berurut lepas bersalin.. :)

    ReplyDelete
  7. saya betul2 menderita sakit tulang belakang dan tulang di bahagian punggung,, kalau admin seorang tukang urut boleh tak saya dapatkan no telefon supaya dapat berurut.. sekian

    ReplyDelete