Urutan membuatkan tisu organ lebih sihat, meningkatkan penyembuhan, serta memperbaiki fungsi sistem secara keseluruhan. Oleh kerana sistem organ berinteraksi dengan pelbagai cara, manfaat dari urutan keatas mana-mana sistem akan memberi kesan kepada sistem yang lain juga. Sebagai contoh: sistem organ tertentu mempunyai pasangan seperti otot-rangka, peredaran darah-limfa, saraf-endokrin, dan pernafasan-peredaran darah-otot.
Bagaimana urutan memberi kesan keatas Fisiologi?
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi tubuh. Ada sebelas sistem organ utama yang membentuk tubuh manusia. Urutan bertindak keatas setiap sistem organ seperti berikut:-
1. Sistem Otot
-Mengurangkan rasa sakit, ketegangan, dan simpulan (stiffness)
-Meningkatkan tona otot
-Meningkatkan fleksibiliti dan liputan gerak sendi
-Meningkatkan aliran nutrisi ke otot dan sendi,
-Mempercepatkan pemulihan daripada keletihan dan kecederaan
-Mengurangkan tisu parut
-Menghindar atau mengurangkan tisu otot melekat
-Mempercepatkan pemulihan selepas bersukan
-Meningkatkan kebebasan bergerak
-Mencegah atau melambatkan lemah otot, akibat dari tidak aktif yang disebabkan oleh kecederaan, usia, pembedahan, atau penyakit
-Meningkatkan keyakinan fizikal
-Mengurangkan rasa sakit dan bengkak
2. Sistem Rangka
-Memperbetulkan postur / alignmen tubuh
-Mengurangkan kaku sendi
-Mengurangkan keradangan sekitar sendi
-Mengembalikan tahap kemampuan pergerakan sendi
-Menghilangkan rasa ketat persendian (otot dan tendon)
-Melepaskan fasia melekat diantara kelompok-kelompok otot
-Meningkatkan peredaran dan zat (nutrien) pada sendi
3.Sistem Alimentari (berkaitan kelenjar)
-Memperbaiki tona kulit dengan menanggalkan sel-sel mati dan meningkatkan peredaran
-Mengganti tisu baru termasuk bekas terbakar, luka, dan kedutan
-Membantu mengembalikan fungsi kelenjar
-Meningkatkan keanjalan kulit
-Merangsang aliran darah untuk menyihatkan kulit
4. Sistem Peredaran Darah
-Meningkatkan aliran darah (kepada tisu dan organ), seterusnya mengurangkan rasa sakit otot dan sendi (terutama yang bengkak)
-Meningkatkan aliran oksigen dan nutrisi (untuk sel dan tisu), seterusnya menghilangkan sumbatan di seluruh tubuh
-Meningkatkan jumlah sel darah merah, terutama dalam kes anemia
-Menurunkan tekanan darah
-Mengurangkan degup jantung (membantu menguatkan jantung)
-Menghapus sisa metabolisme
5. Sistem Limfa
-Membersihkan tubuh dari toksik
-Meningkatkan peredaran limfa
-Merangsang sistem kekebalan tubuh (menguatkan ketahanan terhadap penyakit)
-Mengurangkan edema ekstremitis (sembab tangan dan kaki)
-Menghapuskan asid laktik dari otot letih dan sakit (mempercepatkan pemulihan)
-Meningkatkan keupayaan buah pinggang
-Memperbaiki kandungan fosforus, nitrogen, dan sulfur untuk kebaikan tulang
-Mempercepatkan pemulihan dari penyakit
6. Sistem Pernafasan
-Memperkuatkan otot pernafasan
-Memperbaiki kadar pernafasan
-Membantu bernafas dengan lebih dalam dan mudah
7. Sistem Saraf
-Merangsang Sistem Saraf = meningkatkan tenaga
-Menenangkan Sistem Saraf = rilek
-Meredakan kegelisahan dan insomnia
-Meredakan kesakitan akibat saraf tersepit
-Mengurangkan sakit kronik
-Merangsang pelepasan endorfin (ubat tahan sakit semulajadi)
8. Sistem Endokrin (kelenjar)
-Membantu tubuh dalam pemulihan dan penyembuhan
-Membantu tidur nyenyak
-Meningkatkan kadar hormon yang tepat (mengembalikan keseimbangan sistem tubuh)
9. Sistem Pencernaan
-Mengatasi masalah sembelit (khususnya jika diurut perut)
-Menenangkan otot perut dan usus (menghilangkan ketegangan di kawasan ini)
-Merangsang fungsi hati dan buah pinggang
10. Sistem Urin
-Menghapuskan sisa metabolisme
-Membersihkan tubuh dari toksin dan racun
-Meningkatkan keupayaan buah pinggang
11. Sistem Reproduktif
-Mengurangkan kemurungan dan kesakitan yang berkaitan dengan PMS (kedatangan haidh)
-Mengurangkan sembab semasa mengandung
No comments:
Post a Comment