Tuesday, January 4, 2011

PENUAAN DAN KESAKITAN

     Semakin usia meningkat mestikah badan kita menjadi semakin lemah, sakit-sakit & tak bermaya? Melalui pemerhatian memanglah proses itu akan dilalui tapi ada banyak perbezaan antara cepat atau lambat ianya berlaku keatas kita dan ia bergantung kepada:-
 … attitude dan cara kita berfikir (positif / negatif). Terpulanglah mana yang jadi pilihan.
 … keupayaan badan kita menghasilkan sel-sel dengan cepat. Ini bergantung kepada pemakanan dan cara hidup.
 … tahap kekejangan otot. Ini bergantung sama ada pernah mengalami kecederaan, postur salah, banyak melakukan pergerakan, atau tidak melakukan pergerakan dalam masa yang lama. Sekiranya kekejang ini dibiarkan ianya akan menjadi semakin teruk, badan semakin sakit, tegang, dan postur berubah. Terpulanglah kepada anda samada menerima kenyataan itu atau melepaskan diri dari cengkaman yang boleh diatasi ini!

Mengatasi masalah kekejangan otot Cara paling mudah ialah melawan dengan melakukan regangan. Lakukan regangan keatas sebarang pergerakan yang terbatas, tapi ingat - bersederhana, jangan melampau - yang mustahak ialah kekerapannya. Sekiranya latihan ini dilakukan sejak usia muda kesannya lebih besar. Sekiranya inginkan kesan yang lebih cepat lakukan urutan dan ulangi dengan regangan.      

No comments:

Post a Comment