Sunday, January 16, 2011

Gunalah nikmat bersuara untuk kebaikan

Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun telah melakukan kajian saintifik dan menemui satu penemuan sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut dan menjadikannya berbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya hinggalah ke hodoh dan menggerunkan. Air Zam-Zam mempunyai rupa yang cantik bercahaya, molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna.
    
Air yang dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, molekulnya kelihatan seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Air yang sama bila dikeluarkan kata-kata yang tidak elok, maka molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
    
Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. 

Badan manusia mengandungi 70 peratus air, satu peratusan yang besar berbanding bahan lain yang menjadi jisim di dalam badan. Molekul air dalam badan kita akan berubah mengikut bunyi yang kita keluarkan dan kita dengar. Makcik beranggapan molekul yang cantik akan menjadikan badan kita sihat. Mungkin inilah juga sebabnya kita boleh minum air zam-zam, dan air yang di baca ayat-ayat Quran serta selawat sebagai penawar. Bila jumpa makcik-makcik yang berumur 80 tahun keatas dan sihat tubuhbadan makcik akan tanya mereka apakah amalan yang menjadikan mereka sihat. Jawapan yang diterima adalah sama - rajin mengaji Quran dan lakukan solat Tahajud. 

No comments:

Post a Comment