Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran dengan membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin. Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan. Buang toksin atau detox berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Organ hati membuang toksin menerusi pembuangan air kencing.
Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, sebahagian besarnya disebabkan oleh sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, dan tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Proses membuang air besar yang normal dan baik ialah sekali sehari. Meminum air sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari dapat menolong proses ini. Jika tidak dibuang seperti yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh dan manjadi punca penyakit kerana toksin itu diserap semula dalam badan.
Antara tanda-tanda seseorang banyak toksin ialah berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur, banyak angin dalam badan, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat. Toksin berlebihan dalam badan boleh menyebabkan lymphatic system (sistem limfa) tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Ia bukan sahaja mengganggu fungsi anatomi tetapi juga menyebab individu kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang.
Urutan dapat menggerakkan toksin keluar dari ruang-ruang yang tersumbat. Sebelum menerima urutan kita perlulah minum air kerana tubuh yang mengandungi air mencukupi akan lebih senang menolak keluar toksin. (Makcik suka bandingkan proses minum air dan mengurut dengan cara kita membersih longkang yang kotor). Selepas menerima urutan kita juga perlu minum banyak air bagi meningkatkan proses detoksifikasi. Kalau terasa sakit semula selepas diurut cubalah minum air, insya Allah sakit akan hilang atau berkurangan.
Urutan hendaklah dilakukan menghala ke jantung. Ini kerana darah mengalir dalam arteri melalui degupan jantung. Darah dalam saluran vena dan cecair dalam sistem limfa mengalir dengan bantuan pergerakan otot. Jadi dengan cara mengurut menghala ke jantung kita dapat membantu darah balik ke jantung, dan pembersihan sistem limfa.
Bekam darah atau hijama adalah cara yang paling berkesan untuk membuang toksin. Darah yang keluar melalui bekam tidak sama dengan darah yang keluar semasa proses derma darah. Ini kerana darah dalam proses derma darah diambil dari saluran vena, dengan pandangan mata kasar pun kita dapat lihat yang darah ini berwarna merah dan cair, tidak seperti darah bekam yang gelap dan kental. Kajian saintifik juga membuktikan yang darah bekam mengandungi sel darah yang telah rosak, dan berbagai jenis racun dalam darah. Inilah hikmah hijama yang sangat dianjurkan dalam islam.
No comments:
Post a Comment