Qi boleh ditakrif sebagai 'tenaga kehidupan'. Ketika kita sakit kita merasa lemah dan mempunyai tahap tenaga yang rendah, bila sihat kita merasa lebih bertenaga dan kuat. Jadi kita semua mengalami kewujudan Qi. Gerakan apapun memerlukan Qi dan seringkali ia dikesan sebagai panas. Kurangnya tenaga Qi ditandai dengan sejuk.
Stagnasi sistem tubuh boleh disebabkan oleh kurang pergerakan, kecederaan, stres, atau terdedah kepada unsur sejuk ke dalam tubuh dan sendi melalui minuman dan makanan. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
Semasa proses berbekam tarikan tekanan rendah mengaktifkan pembuluh darah. Bila darah dan toksin disedut keluar segala unsur yang mengganggu pengaliran (stagnasi) dapat diatasi. Darah yang mengalir lancar dapat membawa lebih oksigen dan nutren ke sel-sel dalam tubuh. Suhu badan meningkat dengan peningkatan darah yang mengalir, kulit kelihatan lebih cantik, kekejangan otot dan sendi hilang. Pengedaran cecair limfa dan rembasan hormon bertambah baik, fungsi organ semakin aktif, Qi dan sistem pertahanan tubuh meningkat.
Bekam membersihkan saluran arteri, vena dan kapilari dalam tubuh manusia. Analisa saintifik menunjukkan darah yang dikeluarkan mengandungi hanya toksin dan sel-sel darah mati, tidak ada sel-sel darah hidup yang keluar. Inilah mukjizat dari berbekam, sesuatu yang mudah bagi Allah!
Jasad kita kepunyaan Allah. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah.
No comments:
Post a Comment