Hampir semua pasangan berkahwin mengharapkan kehadhiran zuriat tapi tak semua orang bernasib baik terus dikurniakan anak. Ada yang dianugrahkan anak pertama selepas berbelas tahun kahwin. Ini semua kuasa Allah tapi kita juga kenalah berusaha. Terus berusaha, jangan putus asa, berdoa dengan penuh pengharapan, tapi jangan sampai stres.
Kali ni makcik nak kongsi pengalaman yang dilalui:-
Kes 1 - semasa team building tempat kerja makcik ditempatkan sebilik dengan seorang rakan yang dah kahwin 5 tahun tapi belum mempunyai anak. Bab anak ni memang isu sensitif jadi makcik tak akan tanya orang yang dah diketahui tak mempunyai anak. Tak semena-mena dia yang buka cerita. Katanya "Rokiah I bukan tak nak anak tapi I dah pergi urut & jumpa doktor tapi masih tak dapat". Kebetulan masa tu makcik dah baca 2-3 buku pasal Refleksologi jadi makcik kata "mana nak tenguk kaki". Walaupun dia seorang yang aktif bersukan sekatar buku lali dan ketingnya kelihatan bengkak. Bila dipicit (reflek poin untuk sistem peranakan) dia sakit. Jadi makcik pesan padanya supaya suaminya urut bahagian yang sakit tu setiap malam. Lepas 3 bulan makcik terjumpa dia di surau. Tau apa katanya? "Rokiah I dah mengandung". Tapi bukan semua orang berjaya sebab seorang lagi rakan sekerja cuba cara yang sama tapi tak berjaya.
Kes 2 - seorang klien telefon "makcik kawan saya nak urut, dia nak anak". Katanya dia mengandung lepas urut dengan makcik. Rupa-rupanya ramai yang mengandung lepas makcik urut dua tiga kali. Apa yang makcik tekankan ialah makcik tak pandai urut untuk dapatkan zuriat, makcik hanya urut dengan harapan dapat mengatasi masalah ketegangan otot yang makcik dapat rasa dengan tangan. Anda berdoalah kepada Allah semasa makcik mengurut.
Kes 3 - ada sorang tu dah kahwin setahun lebih. Dia kurang sihat selama seminggu dua dan minta urut. Dia period sekali. Tak lama lepas tu dia berbekam. Terus mengandung. Makcik tanya dia agak-agak macamana boleh mengandung pulak? Dia kata rasanya sebab berbekam. Makcik pun buat carian di internet. Rupa-rupanya ada yang claim berbekam sebagai satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Jadi sekarang ni makcik sarankan berurut dan berbekam. Untuk langkah berjaga-jaga masa yang paling selamat pada fikiran makcik ialah sebaik sahaja habis haidh.
No comments:
Post a Comment