Friday, January 28, 2011

Perkhidmatan yang di tawarkan

1. Urut wanita - mengandung, lepas bersalin (biasa / operate), tegang urat, sakit badan, & angin. Sesi rawatan biasanya dimulakan dengan bertanya masalah yang dihidapi dan puncanya sekiranya tahu. Sekiranya mengidap penyakit atau masalah yang perlukan urutan secara berhati-hati sila bagitau. Anda tidak digalakkan memakai barang kemas supaya tidak mengganggu urutan.

Makcik gemar mulakan rawatan dalam posisi meniarap, sekiranya boleh. Seluruh badan akan diselimut dengan tuala. Makcik mulakan dengan menekan-nekan seluruh badan dari bahu hingga ke kaki. Ini dapat merilekkan otot-otot, mengurangkan rasa suspen pelanggan pertama kali sambil memberi feel kepada urutan makcik. Insya Allah dengan menggunakan tangan dan matahati makcik dapat scan dimana masalah yang dihidapi (kadang-kadang pesakit sendiri pun tak tahu yang dia ada masalah di sesuatu tempat kerana masalah sudah terlampau lama bersarang hinggakan saraf tak dapat membezakannya lagi).


Sebarang maklumbalas dialu-alukan kerana ia dapat membantu dalam urutan. Sekiranya terlampau kuat atau perlahan sila bagitau. Prinsip makcik ialah urut setakat sakit-sakit sedap. Ini kerana urutan adalah untuk mengendurkan otot-otot yang tegang. Sekiranya urutan terlampau kuat untuk orang yang diurut, otot-ototnya akan menegang kerana menahan sakit. Jadi ini berlawanan dengan apa yang ingin dicapai.

Sedaya upaya makcik akan tumpu tempat-tempat yang menjadi punca masalah, tak semestinya tempat yang sakit. Sambil tu makcik akan bagi penerangan. Sekiranya disebabkan salah postur, makcik akan bagi cadangan untuk mengelak masalah berulang, tapi kenalah bertanya sebab kadang-kadang lupa nak bagitau.


Biasanya sesi urutan selama 90 minit tapi terpulanglah kepada pelanggan berapa lama mahu diurut. Berapa cepat masalah dapat diatasi bergantung pada dah berapa lama anda mengalami kesakitan, biasanya masalah baru dapat dipulihkan dalam masa yang singkat, tapi kalau dah lama ia memerlukan urutan berulang kali. Jadi jangan biarkan kalau dah sakit.

Caj urutan RM50 sejam. Sekiranya perlu ketempat anda caj transport akan dikenakan bergantung kepada berapa jauh dari rumah makcik. Kawasan yang biasa makcik pergi ialah sekitar Shah Alam, Kelang, dan Subang Jaya.

2. Bekam wanita - bekam darah menggunakan pen & jarum pakaibuang (bukan pisau). Caj RM5 untuk setiap tapak cawan, tapi caj minimum ialah RM50 (10 tapak).

Semasa rawatan berdoalah kepada Allah apa yang dihajati samada untuk menghilangkan sakit-sakit badan, membuang angin, atau untuk mendapatkan zuriat. Makcik hanya alat dalam berikhtiar, Allah yang menyembuhkan.  

No comments:

Post a Comment