Friday, January 14, 2011

FAR INFRARED SAUNA

Hari ni makcik nak kongsi pengalaman menggunakan FIR sauna. Makcik beli sauna ni sebab nak kontrol tekanan darah tinggi & kolestrol. Kolestrol makcik memang tinggi sebab keturunan. Doktor dah bagi ZOCOR 20mg selama setahun pun kolestrol turun sikit aje, lepas tu naik balik, padahal makcik bukannya suka makanan lemak & berminyak. Yang sebanarnya makcik tak berapa gemar makan ubat sebab side effect (tapi makcik tak galakkan orang lain ikut cara makcik ye nanti apa-apa hal terjadi makcik pulak yang di persalahkan). Walaupun makcik dah tak ambil ubat tapi makcik sentiasa cek tekanan darah dan sekiranya tinggi makcik ada cara sendiri untuk menurunkannya.

Sebelum beli sauna FIR makcik dah buat kajian di internet tentang kebaikan dan keberkesanannya untuk kesihatan. Makcik beli tahun 2007 selepas pencen usia 56 tahun. Masa tu dengan ketinggian 150cm berat badan makcik 64kg, BMI 28. Yang bagusnya sebab selalu peka dengan kesihatan diri dan prihatin apa kata badan, bila BMI melebihi 26 mesti makcik rasa tak selesa. Masa tu bukannya makcik kuat makan, malah nasi pun sekali sekala aje, makcik lebih banyak makan roti bila terasa lapar. Mungkin metabolisma menurun bila usia meningkat.

Pada mulanya makcik masuk sauna ni 30 minit setiap hari. Tiada perubahan lain dari segi makanan & aktiviti selain dari sudah bersara. Dalam masa 4 bulan berat badan makcik turun kepada 57kg. Alhamdulillah… Badan terasa ringan, bertenaga & lebih sihat. Kesan sampingan - kulit semakin lembab (tiada lagi garisan putih bila dicakar dengan kuku) dan kulit muka kurang kendur. Kenapa? Sebabnya sauna FIR meningkatkan pengaliran darah dalam badan dan meningkatkan degupan jantung. Kesannya seolah-olah kita melakukan exercise. Dulu sebelum ada sauna makcik biasa melakukan brisk walking (berjalan laju) selama 30minit tapi peluhnya tak seberapa. Tapi dengan 30 minit sauna peluhnya memang banyak, kalau digunakan tuala mandi, basahnya mengalahkan kita mandi. Tapi ingat, mesti minum banyak air. Air ni sangat mustahak untuk kesihatan kita. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari, kalau bersukan lebihkan lagi. Jangan malas minum sebab malas ke bilik air. Satu lagi, minumlah air jika terasa dahaga, itu caranya badan kita memberitahu yang kandungan air dalam badan berkurangan.

Sebagai perbandingan peluh yang keluar bila menggunakan sauna FIR adalah 100% peluh dari badan kita sebab sauna ini tidak menggunakan sebarang air. Dengan menggunakan sauna FIR selama 30 minit badan akan membakar sebanyak 600-900 kalori. Jika kita guna sauna herbal (steam sauna) memanglah badan kita akan basah kuyup, bezanya peluh kita hanya 10% dari jumlah air yang kelihatan. Selebihnya air dari wap sauna (tak percaya? tenguklah tutup periuk pun boleh berpeluh bila diletak atas periuk panas)

No comments:

Post a Comment